RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 6 Mac 2013

SELESAI MISI DI PERBATASAN NANTI, PULANGLAH KEPADA RAKYAT UNTUK PERJUANGAN YANG LEBIH BESAR DAN BERMAKNA

SEPERTI kata YB Azmin Ali, "Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu. “Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi dan kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?” 

Bukti jelas kegagalan Najib dan sepupunya Hishamuddin, sekaligus kegagalan Umno/Bn menjaga keselamatan negara ini dan parti ini tidak layak untuk diteruskan menjadi kerajaan lagi selepas PRU ke 13 nanti.  Nasi sudah menjadi bubur, suka atau tidak, meluat mahu pun jijik dengan perangai pemimpin yang hanya tahu mahu mengekalkan kuasa ini, pasukan keselamatan Polis dan Tentera terpaksa juga menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat untuk menjaga keselamatan negara tercinta ini.

Kini mereka sedang berjuang di perbatasan Sabah.  Selepas selesai misi ini nanti, perjuangan seterusnya adalah untuk bersama rakyat menumbangkan rejim Umno/Bn yang terbukti gagal dan mengecewakan rakyat di dalam menangani isu keselamatan negara ini.  

1 ulasan:

  1. rasanya elok kalau kobat siarkan
    demi utk kebenaran kematian 'antutuya' la..

    Satu lagi rasa pelik kita timbul dengan jawapan Anwar Ibrahim iaitu 'sibuk dan enggan menerima tawaran media Filipina itu dengan segera'. Peliknya ialah Anwar Ibrahim melenting apabila ditanya tentang kaitan pakatan pembangkang dengan dalang pencerobohan di Sabah. Kata mudah, Anwar dilihat begitu tertekan dengan krisis di Sabah ini. Tetapi apabila diberi peluang untuk mempertahankan diri beliau sendiri, Anwar tidak pula mahu menyegerakannya! Sungguh pelik! Kepimpinan pakatan pembangkang dan pencacai-pencacai mereka juga menyalahkan pihak berkuasa kerana mereka mahu pihak berkuasa bertindak dengan kadar segera. Bagus juga mereka ini memaksa Anwar menerima tawaran Inquirer News dengan kadar segera. Logik juga mengatakan bahawa jika Anwar bertindak segera, ianya mungkin satu political mileage untuk Anwar tetapi beliau tidak mahu lakukan. Pelik!


    .

    BalasPadam