CHUA SOI LEK, Presiden MCA telah membantu kita memperkenalkan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh Islam, berbeza dengan beberapa tuduhan dari kepimpinan Umporno yang setiap hari melabelkan Anwar sebagai rendah moral dan ejen Yahudi.
Seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini, Chua Soi Lek menyebut perjuangan Anwar sama seperti Pak Lah yang asyik menyebut tentang Islam dan doa. Cuma bagi aku bezanya Pak Lah kuat tido, Anwar kuat bekerja. Melucukan juga kenyataan Chua Soi Lek apabila beliau sebut, Najib berbeza dari Anwar kerana Najib mahir dan pakar dalam pengurusan ekonomi. Mungkin kehebatan ekonomi itulah yang menyebabkan negara sekarang berhutang sehingga ke tahap lebih 500 bilion, satu sejarah yang amat hebat berbanding sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu. Sikap mengampu Chua Soi Lek itu jelas menunjukkan kebodohan beliau sendiri.
Selama ini pemimpin Umporno ke hulu je hilir menjaja Anwar anti Islam dan Anwar memperjuangkan dasar 'liberalisme', tapi Chua Soi Lek tidak beranggapan sedemikian. Chua Soi Lek sedar Anwar mempunyai semangat perjuangan Islam yang tinggi. Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga sekutu Umporno memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah selesa dengan perjuangan Islam. Betullah tu, mana ada 'pelakun seks' suka dengan Islam?
Kempen Bn di dalam PRU 13 kali memang nampak bercelaru sekali. Mereka tidak sepakat walaupun untuk mencipta fitnah. Sekejap kata Anwar anti Islam, sekejap kata Anwsr itu adalah pejuang Islam.
cukuplah tu, ini kalilah, kami akan tamatkan riwayat rejim kaki temberang selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan