RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 November 2013

MAHATHIR GAGAL HARAMKAN NAMA ISLAM DI DALAM PAS, SIAPA KARPAL SINGH?

BENARKAH Karpal Singh mahu agar semua parti tidak boleh gunakan nama berdasarkan kaum atau ugama?  Dan, adakah maksud Karpal Singh itu ditujukan kepada rakan sekutu DAP dan PKR iaitu PAS?  Dan, tepatkah Ketua Penerangan PAS Pusat, Us Tuan Ibrahim Tuan Man menyanggah kenyataan Karpal?

Aku berpendapat kenyataan Karpal itu lebih ditujukan kepada Umno, MCA dan MIC.  Umno mengaku sebuah parti Melayu, begitu juga MCA parti kaum cina dan MIC bagi kaum India.  PAS mustahil boleh disangkutkan dengan apa yang disebut oleh Karpal Singh kerana PAS telah buktikan bahawa parti itu mempunyai Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari berbagai kaum dan agama.  PAS juga pernah meletakkan kaum India berugama Hindu sebagai calon yang meminjam kerusi PAS untuk bertanding di Johor.

Jadi, PAS tiada masalah dan tiada kaitan dengan kenyataan Karpal Singh.  Tetapi, sanggahan yang dibuat oleh Us Tuan Ibrahim Tuan Man itu amat tepat sekali biarpun Karpal 'mungkin' tidak merujuk kepada PAS di dalam kenyataannya.  Ini adalah kerana apa yang disuarakan oleh Us Tuan Ibrahim itu hanya sebagai amaran atau ingatan kepada mana-mana pihak agar memahami dasar PAS sebelum mahu mengeluarkan kenyataan atau kritikan pada PAS.  Dasar PAS adalah jelas iaitu Islam berpandukan Al-Quran, Hadis, Ijmak, Ulamak dan Qias.  Tiada siapa berhak minta PAS tukar dasarnya, sama juga PAS tidak boleh desak DAP tukar dasar parti mereka, begitu juga dengan PKR.  Di dalam PR, dasar parti masing-masing mestilah dihormati kerana dasar parti adalah tulang belakang atau tunjang parti.

Jika Karpal anggap terlalu merbahaya jika ugama dijadikan asas atau nama parti, kita minta beliau berikan satu contoh sahaja selama PAS wujud di negara ini bila masakah PAS telah membahayakan kaum atau ugama lain?  Bahkan, PAS banyak membantu sesama rakan di dalam PR bagi menambahkan Kerusi PR.  Tiada sebab untuk PAS terima hujah Karpal Singh jika benar beliau bermaksud agar PAS menukar nama parti atau dasar partinya kepada selain dari Islam.

Contoh terbaik, baru-baru ini di dalam PRK Dun Sg Limau yang bertanding adalah calon PAS.  Kaum Cina di kawasan itu bukan sedikit yang membantu PAS memenangi Dun tersebut.  Bukankah cara ini sudah teramat baik di dalam perkongsian sesama PR?  Di mana letaknya bahaya PAS ini?  Contoh juga boleh dibuat di Dun seperti di Bentong, Pahang.  Bukan sedikit kaum Melayu dari PAS yang telah membantu kemenangan DAP di beberapa Dun.  Adakah Karpal Singh tidak sedar hal ini?

Aku lebih suka mengandaikan kenyataan Karpal itu merujuk kepada parti Umno, MCA, MIC mahupun parti komponen Bn di Sabah dan Sarawak.  Sekiranya memang benar Karpal merujuk kepada PAS, aku membantah keras dan bersedia berdiri teguh di belakang Us Tuan Ibrahim agar nama dan dasar PAS dipertahankan.  Jika dahulu cubaan Mahathir untuk mengharamkan nama Islam di dalam PAS tetap gagal, siapakah Karpal Singh yang ingin mencubanya?

2 ulasan:

  1. jahat dap pun tak sampai macam parti dajjal sekutu apco menyaman hudud di kelantan tempoh hari ! ABU !

    BalasPadam