RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 12 Februari 2014

PRK DUN KAJANG - KETEGANGAN MENGENDUR SESAMA PR, UMNO/BN MULAI TERASA PANAS

SETELAH pendirian resmi dibuat oleh PR untuk terus memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim bertanding di PRK Dun Kajang, kini sokongan diperolehi pula dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) meskipun parti tersebut bukan dari PR tetapi sebuah parti yang kimited menentang Bn.
 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.  Dalam kenyataannya hari ini, PSM tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.  “PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoritu rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.  “Kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca kepada pelbagai masalah di negara kita,” kenyataan PSM dipetik.

Jelas, kali ini Umno/Bn akan ditentang habis-habisan dan PR akan mempastikan cita-cita atau strategi Umno/Bn untuk memperkuatkan pengaruhnya di Selangor selepas PRU 13 dihentikan terus.  Selangor wajib dipertahankan kerana terbukti di bawah PR, negeri terkaya ini jauh lebih baik diurus dan ditadbirkan berbanding di zaman Khir Toyo.  

Kemasukan DS Anwar Ibrahim yang tentunya merimaskan Umno/Bn, strategi yang baru mereka rancang terbantut dengan tindakan drastik membawa kemasukan Ketua Pembangkang tersebut.  Sejak awal apabila Kerusi Dun Kajang ini dikosongkan, Umno/Bn cuba untuk mengapi-apikan syak wasangka di antara rakan-rakan PR melalui media kawalan mereka.  Peringkat awalnya, usaha mereka tampak seperti berhasil namun atas kepintaran DS Anwar Ibrahim dan pimpinan PAS dan DAP yang membuat keputusan muktamad bahawa apa jua berlaku "Umno/Bn mesti ditentang".  
 
Sekarang kita dapat lihat peperangan cyber terutamanya di FB di antara kita di dalam PR semakin mengendur di dalam membahaskan isu PRK Dun Kajang.  Ini adalah kerana kita tahu, selemah mana pun rakan kita di dalam PR, melakukan kesilapan apa pun sesama kita, kita masih berada di dalam kedudukan atau ketelusan yang jauh lebih baik dari Umno/Bn.  Tiada pilihan lain, Umno/Bn mesti dikuburkan di Selangor mulai sekarang.

5 ulasan:

  1. Hehe...Pakatan syok sendiri

    BalasPadam
  2. Dalam klip video tahun baru cina terbitannya bukan main lagi Teresa Cock bercakap tentang rasuah dan mengajak orang ramai bersamanya menentang rasuah. Nah ! Sekarang RM 1 bilion punya projek rasuah…

    Akhirnta lihat apa yang didedahkan oleh ahli DAP sendiri

    …Jika tidak ada rasuah atau penyelewengan bagaimana mungkin cadangan projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dibawa mesyuarat dalam masa 2 minggu sahaja ?Syarikat berkenaan menghantar surat kepada Yayasan Selangor pada 14 Disember 2011. Pada 22 Disember pula Yayasan Selangor mengeluarkan surat minat pula kepada syarikat itu. Pada 28 Disember pula mereka telah mengadakan mesyuarat dengan syarikat itu untuk menjalankan projek. RM 1 bilion beb…1 bilion punya projek dua minggu boleh settle ke ? Ini bukan projek buat longkang tepi jalan…

    Mana pergi dasar tender terbuka yang dicanang selama ini ?Mana pergi CAT yang dilaung-laungkan DAP ? 

    Yang hairannya ramai pulak Melayu totok spesis Zombies ni yg menyokong parti cina sepet ni

    BalasPadam
  3. Isunya siasatlah? SPRM boleh siasat dan DAP pun cabar untuk disiasat.....kahkahkah...ingat DAP takut? Bukan mcm Taib Mahmud kawan Umno tu.....

    BalasPadam
  4. Samada SPRM siasat atau tidak itu isu lain. Yg jadi persoalan skrg ini adalah dapigs juga bergelumang dgn rasuah dan salahguna kuasa. Itu yg melayu spesis bingai nk jilat jugak tu

    BalasPadam
  5. Bukan DAP saja.. PKR DGN PAS pun apa kurangnya. Lagi teruk wehhh...siap scandal dgn bini orang lagi, jantan betino abis dibalun.yg mcm ni macai melayu tutup mata pulak donia donia,,,

    BalasPadam