RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 19 Mac 2014

HARI-HARI HISHAMUDDIN COVER NAJIB, NAJIB PULA SIBUK DENGAN HARGA AYAM

TEKANAN buat Najib bertambah hebat.  Tragedi pesawat MH370 benar-banar buat pemimpin kerajaan 47% ini tidak tidor malam.  Jika beliau yang bertanggungjawab tidak tidor malam, bayangkan waris-waris kepada semua mangsa dan krew yang terlibat.  Tentunya mereka lebih tertekan.

Terbaru dengar khabarnya waris-waris yang terlibat di China ingin mogok kerana mereka tidak berpuas hati dengan negara ini menangani tragedi malang ini.  Bagi mereka banyak yang tersembunyi dari yang mereka ingin ketahui tentang nasib keluarga mereka.  Jika benar mereka ini akan melancarkan mogok, ianya merupakan satu tekanan baru yang lebih hebat buat Najib.  Aku tidak lagi terperanjat jika Najib umumkan letak jawatan sekiranya dua tiga hari ini tragedi malang ini menemui jalan buntu.

Ramai yang merasakan sebenarnya Najib tahu apa yang berlaku dan apa yang beliau tahu terlalu lama beliau pendamkan dan tidak mahu berterus terang.  Hati siapa yang tidak sedih bercampur marah jika Najib tidak boleh bertindak pantas dan apa yang dilaporkan setiap hari tidak berubah atau menunjukkan perkembangan positif.  Rahsia tetap rahsia.

Kita tahu memang ada yang perlu dirahsiakan, tetapi masakan semua perkara mahu dirahsiakan?  Berita bahawa pencarian masih berjalan diulang setiap hari.  Belum pun Najib dapat meyakinkan mereka tentang tindakan kerajaan sekarang adalah serius untuk mencari pesawat tersebut, media kita bagaikan haramjadah memainkan isu mengaitkan latarbelakang politik Pilot yang terlibat.  

Rakyat China bukan mahu dengar kisah politik haprak negara ini.  Mereka mahu tahu apakah langkah bijak kerajaan di dalam menyelesaikan perkara ini.  Mereka bukan mahu lihat tikar terbang, teropong mahupun buah kelapa atau Bubu.  Peristiwa bodoh itu biarkan si bodoh dacing baghdad saja yang melihat dan mempercayainya.  Dunia luar anggap kerja bodoh Tok Bomoh 1 Malaysia itu hanya sebagai bahan jenaka.  

Setiap hari hanya Hishamuddin yang terpaksa berdepan dengan wartawan seluruh dunia.  Di mana Najib?  Sepatutnya di tahap ini, Najib yang perlu ke depan.  Sebagai PM, Najib bukan layak bercakap soal harga kangkung mahupun tentang harga ayam seringgit.  Najib mesti tunjukkan beliau bukan hebat di TV3 suku sahaja.  


12 ulasan:

  1. Sama macam Kak Jijah? Hari2 kena cover Anu arr... hahaha.... cukuplah tu.. rakyat dah bosan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak jijah cover anwar sbb tu SUAMI dia...betul lah tindakan kak jijah tu...

      rakyat lagi muak, bosan, meluat tengok najib dan para menterinya yg makan gaji buta

      Padam
    2. Nk cover tu tgk tmpt la..

      Takkan nk cover chinadoll kot

      Hihihih

      Padam
    3. Mana anuar time krisis2 mcm ni? Nak kata tak dijemput time briefing pasal MH370 tu la alasan nya tu. Tp kalau time buat demonstrasi tu pandai pulak.. Tak perlu disuruh lagi. Pandai lak buat sndri. Dasar busuk hati.Sdgkan jam omega pun tak jumpa. Dalam rumah lak tu. Fikir logik akal sikit la. Cri dlm lautan hindi lak tu. Bodoh.

      Padam
  2. https://www.facebook.com/johari.salim.75?hc_location=timeline

    BalasPadam
  3. Korang cari dulu jam omega tu, blh jumpa ke tak.
    Lps tu baru blh komen psl mh370..

    BalasPadam
  4. Kalau setakat minda taraf pkr ni..mmg tak layak nk komen....

    BalasPadam
  5. Sebelum ni Wan Azizah buat kenyataan bahawa Anwar tak kenal dengan juruterbang #MH370.. Bila media dedahkan gambar yang buktikan pilot tu adalah pakcik kepada menantu Anwar, terus cerita jadi lain... Tak lama lepas tu Anwar buat kenyataan pulak bahawa dia kenal dan jumpa pilot tu hanya sebagai aktivis PKR.. Dan Anwar tak berapa kenal rapat pilot tu walaupun dia ada hubungan keluarga dengan beliau.Tapi semalam dalam satu ceramah di Kajang, Anwar mengaku didepan orang ramai bahawa juruterbang MH370 tu menangis apabila dengar keputusan Mahkamah Rayuan yang jatuhkan hukuman bersalah kes liwat Anwar..

    Korang nampak tak spin gampang yang cuba Anwar buat? Mula-mula mengaku tak kenal..., lepas tu mengaku pulak kenal sikit-sikit...,

    dan tak mustahil last sekali Anwar akan kantoi macam kes Saiful dulu.. Masa awal kes liwat Anwar dan Saiful dulu..., Anwar mati-mati tak mengaku kenal Saiful.. Bila semakin banyak bukti dikeluarkan, Anwar mengaku pulak hanya kenal Saiful sebagai majikan dan pekerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak heran..itu mmg perangai kohok dia. Yg aku takpham ramai pulak macai2 yg prcaya nk mampos dgn dia. Kalau suruh cium bontot pun sanggup

      Padam
  6. Tidak ada yang mustahil untuk dipercayai oleh para penyokong PKR memandangkan mereka adalah golongan yang sangat bodoh dan hanya memikirkan Anwar Ibrahim mengatasi segala-galanya, sehinggakan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, hatta mencucuk ibu mereka sendiri pun, mereka percaya ia adalah fitnah UMNO!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zombies. ..mcm tu la

      Padam
    2. tu la kesiannnn kan.. org mcm ni bodoh sombong!

      Padam