RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 31 Mei 2014

MATC/PEMILIHAN DI PAYA BESAR HARI INI - SIAPA PILIHAN AKU?

HARI ini (31/5/14), tiba giliran aku pula untuk mengundi bagi pemilihan pimpinan Cabang Paya Besar dan pimpinan Pusat.  Demokrasi mesti diraikan walaupun tiada kewajipan dari segi perlembagaan parti untuk kita mengundi, namun apalah ertinya menjadi ahli di dalam satu-satu jemaah jika kita tidak ambil kisah siapa pemimpin kita.  

Di dalam kepala aku sudah di setkan siapa pimpinan Cabang yang aku yakin lebih baik kerana bagi aku yang menawarkan diri sebagai Ketua Cabang itu terdiri dari yang baik-baik belaka, paling kurang lebih baik dari pimpinan Umno.  Di Paya Besar, jawatan Ketua Cabang ada dua calon.  Seorang adalah Penolong Setiausaha parti di peringkat negeri, manakala seorang lagi adalah mantan bekas calon parti di dalam PRU 13 yang lalu.  Kedua-duanya telah bekerja untuk parti dan ada jasanya kepada parti.

Jawatan Timbalan Ketua Cabang pula, terdapat dua calon juga.   Seorang berbangsa Cina dan seorang lagu berbangsa Melayu.  Adakah aku mesti memilih berdasarkan kaum?  Jika aku fanatik sangat dengan kaum, buat apa aku sertai PKR?  Lebih baik aku sertai Umno, sebab Umno memang untuk kaum Melayu.  Tentunya aku memilih yang telah menunjukkan kerja dan berminat untuk membantu parti.  Jadi, perkauman aku tolak ke tepi.

Di peringkat Pusat, aku ada dua pilihan kini bagi aku memilih siapa Timbalan Presiden.  Calonnya ada tiga, tetapi aku akan pilih satu daripada dua yang aku rasa terbaik untuk parti.  Satu lagi calon awal-awal lagi aku rejek dari pemikiran aku kerana terlalu banyak "jasa'nya merosakkan parti.  Naib Presiden pula, yang pastinya aku mahu tentukan YB Fuziah berada di dalam Naib Presiden.  

Aku harap pagi nanti, MATC dan pemilihan akan berjalan dengan baik.  Jika ada yang mahu wujudkan suasana tegang, calon berkenaan akan aku rejek dari pilihan aku.  Tidak mudah untuk aku buat pilihan kerana kedua-dua calon Ketua Cabang rapat dengan aku.  Aku mahu lihat salah seorangnya akan jadi pemimpin yang aktif di Paya Besar nanti.  Jika sekadar mahu jawatan tetapi tidak berminat untuk kembangkan parti, elok rasanya jangan bertanding.

 

7 ulasan:

  1. He..he..pastikan ko pakai topi keledar yer..bahaya !

    BalasPadam
  2. Hehehe...jgn bwk lari pulak peti undi tu

    BalasPadam
  3. Yg aku khuatir ahli berdaftar cabang tu 200 org, tapi yg dtg mengundi 500 org.

    BalasPadam
  4. Jgn lupa bawak torch light. Nnt ada yg bikin black out.......KAHKAHKAH.....

    BalasPadam
  5. Situ ada kilang tak? Bukn apa nnti bas kilang bangla pegi keje kene tahan lak ingt pngundi hantu..hehe

    BalasPadam
  6. Kalau cina dh beralih ke BN dan melayu Pas dah mula sangsi dgn Dap, apa kah survival politik PR . Apa peluang kira pru14?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde pluang la bro...masuk angin keluaq asap
      Kuahaha!!

      Padam