RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 4 November 2014

PEGUAM YAKIN ANWAR BEBAS

PUTRAJAYA 3 NOV: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yakin Ketua Umum KEADILAN itu tidak bersalah sekaligus keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada anak guamnya itu.

Ram Karpal Singh berkata, mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Anwar dijatuhkan hukuman.


“Kalau kita lihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎

“Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎,” ujarnya.

Ram menjelaskan, tidak ada bukti baru yang didedah pihak pendakwa sebaliknya mereka membangkitkan bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.

“Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.

“Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan,” jelas beliau seperti dilaporHarakah Daily.
‎Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan turut berpendapat, hujah yang dikemukakan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak kukuh.
“‎Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya,” katanya.
Mahkamah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari tadi akan bersambung pagi esok dengan pihak pendakwa menyambung semula hujah mereka sebelum pihak pembela mengambil giliran pada sebelah petang.‎/KD

15 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia yakin yg bersalah akan dihukum.

    BalasPadam
  2. Punca sebenar Anwar Ibrahim tidak mahu memberikan DNAnya untuk disiasat sudah dikenalpasti apabila contoh DNA yang diambil pada sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong kepunyaan Anwar adalah sama dengan rektrum yang berada dalam dubur Saiful.

    Menurut Shafee, Anwar Ibrahim telah diminta untuk memberikan DNA tetapi malangnya dia enggan untuk berkerjasama dan pihak polis terpaksa menahan beliau sehari dalam lokap. Pihak polis tidak memaksa beliau setelah beliau enggan memberikan DNA untuk disiasat.

    Seperti pembunuh yang menggunakan pisau tapi enggan memberikan cap jari untuk disiasat.

    Sewaktu dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pihak polis telah berjaya mendapatkan DNA melalui berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

    Sementara itu Anwar Ibrahim yang memberi kenyataan kepada media terus menyerang peribadi Tan Sri Muhammad Shafee kononnya Shafee diupah oleh UMNO.

    Beliau mendakwa ini semua hanyalah mainan politik UMNO yang mahu beliau dipenjara.

    Apabila ditanya kenapa beliau enggan memberi DNA, Anwar Ibrahim terus meninggalkan wartawan tanpa sebarang jawapan. 

    BalasPadam
  3. Lim Guan Eng masih mahu menegakkan benang yang basah tentang Pakatan akan 'habis' jika Anwar dipenjarakan. Realitinya, DAP dan PAS tidak sebulu di dalam politik. Lebih-lebih lagi sekarang apabila parti PAS dihina dengan teruknya oleh rakan-rakan politiknya sendiri. 

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedangkan lidah lagi tergigit ....... perkara biasa dalam politik....cubit2 manja
      berselisih faham untuk lebih faham.....

      Padam
    2. amak acik yena dei amak..5 November 2014 pada 12:56 PG

      ko.komunis ker

      bukan aku kkartunis

      kau kapir ke...

      dak aii. aku parti sahabat nabi..la..

      begitu lah senda gurau..

      Padam
  4. nk tnya skit....abg fauzdin ada lg ke kat putrajya atau dh blik kmpg. ..kik kik kik

    BalasPadam
  5. buka pintu hati seikhlasnya untuk melihat kebenaran dan keadilan. carilah info sebanyaknya baik dari pihak pendakwaan maupun pihak pembelaan. Insya Allah pasti kamu akan dapat melihat ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Jangan jadikan diri sebagai alat menyebarkan fitnah jijik dan tidak bertamadun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih tuan. Berkat doa dan istikharah nmpknya mmg ada anasir2 liberalism dan anti Islam yg bergerak aktif menyusup masuk ke masyarakat kita skrg ini. Pergerakan ini berselindung dan bergerak diata landasan politic dan menggunakan ikon tertentu utk mencapai matlamat mrk. Terima kasih sekali lg tuan.

      Padam
    2. Hmmmm.....siapa ikon tu ye?

      Padam
    3. atau mungkin kah Lord Anwar...???
      Jeng jeng jeng..... :-p

      Padam
    4. I rest my case my loard...hehe tiru mcm mosabit mosibat sigay tua

      Padam
  6. apa perlunya anwar mempertikai dan memperlekeh kredibeliti pendakwa? sekiranya pendakwa adalah peguam yang tidak bagus dan tiada kredibeliti, ia adalah BERITA BAIK untuk anwar. seorang peguam pendakwa yang lemah sepatutnya dipuji oleh anwar, bukan memperlecehkannya. bukankah peluangnya UNTUK BEBAS lebih cerah jika pendakwa lemah, lembab dan tiada kredibeliti? apa maksud anwar sebenarnya. sebelum ini anwar bersungguh2 untuk menolak perlantikan shafiee abdullah sebagai pendakwa sebab dia lemah? kah!kah!kah! orang gila sahaja yang suka didakwa oleh pendakwa yang hebat..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmmmmm....betul jugak tu. Make sense...

      Padam
  7. Anwar Ibrahim memang kelihatan dizalimi tetapi bagi yang membuka pintu hatinya luas-luas pasti akan melihat sebenarnya Anwar Ibrahim menzalimi diri sendiri dengan menyeret keluarga dan menggunakan penyokong tegar yang tidak tahu hujung pangkal. Jumlah penyokong yang datang setiap kali program Anwar sudah jauh berkurang berbanding dulu-dulu. Sejarah akan membuktikan Anwar Ibrahim bukan watak perjuang sebenar terlalu jauh untuk jadi seorang pejuang... seperti Nelson Mandela.

    BalasPadam