RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 4 Januari 2015

MUSIBAH BANJIR - AZMIN TAMPILKAN WAJAH PR

AZMIN, selaku MB Selangor setakat ini telah berjaya menanamkan sedikit keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.  Anak didik Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak telah berjaya mengimplimentasikan cita-cita Ketua Umum PKR itu yang mahukan kekayaan Selangor dikembalikan kepada rakyat, bahkan boleh juga dinikmati bersama oleh rakyat di luar Selangor disaat-saat mereka memerlukan.
 
 

Musibah banjir baru-baru ini yang melanda di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur dan kini merebak ke Selatan, termasuk Malaysia Timur telah memberi kesempatan kepada kepimpinan Azmin di Selangor untuk membuktikan bahawa PR mampu merentasi sempadan politik sempit.  Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan berjumlah RM 1 Juta, manakala lain-lain negeri seperti Pahang, Terengganu dan Perak masing-masing mendapat RM 100 Ribu.  Hanya Kelantan yang dikuasai oleh PAS, manakala lain-lain negeri kesemuanya di bawah Umno/Bn, namun tidak tertinggal untuk mendapat manafaat dari kemurahan hati Kerajaan Negeri Selangor.
 
 

Ada yang berpendapat adakah bijak Azmin menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di bawah Umno/Bn sedangkan mereka mempunyai 'ibu-bapa' di Pusat yang lebih kaya raya?  Sebenarnya jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang tersirat di sebalik bantuan yang diberikan.  Kita ingin memberikan contoh kepada pihak musuh politik kita bahawa tidak selama-lamanya kita mesti berfikiran kolot dan sempit.  Politik lebih dinamik dan sihat mesti dimulakan apatah lagi apabila melibatkan isu keselamatan rakyat.  Konsep PR yang ingin melahirkan kerajaan yang berkebajikan harus ditampilkan dan Selangor serta Pulau Pinang telah memainkan peranan itu.  
 
 
Apakah tindakan Selangor itu bererti wujud 'UG' di antara PKR dan Umno/Bn?  Jauh sekali.  PKR bukan parti yang berahi sangat untuk bersama rejim.  Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa negeri di bawah Umno itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana demi rakyat.  Itulah yang PR mahu Umno/Bn turut lakukan.  Kita bukan mahu Umno/Bn ber'UG' dengan kita, tetapi kita mahu mereka membantu dan berganding bahu demi rakyat.  Bezanya dengan "UG' adalah objektif UG hanyalah kepentingan politik dan kuasa iaitu bergabung untuk mewujudkan kerajaan bersama atas berbagai alasan yang diberikan termasuklah kononnya untuk kepentingan Melayu Islam.
 
Kerajaan Selangor tidak ber'UG' dengan Umno/Bn.  Kerajaan negeri di bawah Azmin Ali cuba merealisasikan Konsensus Nasional walaupun setakat ini hanya bertepuk sebelah tangan.  Konsensus Nasional (KN) bukan berpaksikan kerajaan camporan atau gabungan PKR/Umno, tetapi merentasi sempadan politik dengan terus berbuat kebajikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik.  PKR tetap PKR dan PKR komited dengan PR.  Umno tetap Umno dan ianya terus bersama BN dan parti ini tetap musuh nombor wahid kita di dalam politik.  Apakah kerana mereka musuh politik, maka kita mesti menghukum rakyat keseluruhannya?  PR mesti membela nasib rakyat tanpa mengira siapa mereka.
 
Nampaknya usaha MB Selangor sekarang ini berjaya meningkatkan imej PR di mata rakyat.  Begitu juga Kerajaan Negeri P.Pinang.  Kepimpinan DAP di P.Pinang sedikit pun tidak terguris dengan berbagai gelaran yang diberikan oleh beberapa pihak.  Isu Hudud bukan ada kaitan dengan DAP untuk tidak membantu Kelantan yang dilanda musibah. DAP ada pendirian, begitu juga PAS ada prinsipnya yang tersendiri.  Namun DAP tidak melihat isu tersebut untuk melupakan dasar PR iaitu rakyat mesti dibela dan dibantu.  
 
Azmin juga tidak lagi melayani karenah beberapa pihak yang kelihatan seperti ingin menjejaskan tumpuannya terhadap negeri Selangor.  Isu apa pun mesti ditangani berasingan, tetapi tugas dan tangungjawab yang diamanahkan mesti dipikul tanpa alasan.   Mereka ada sebab untuk mengkritik Azmin, tetapi Azmin juga ada sebab untuk meneruskan kerjanya.  

Semoga rakyat akan dapat menilai bahawa PR sebenarnya mampu mentadbir negara ini jauih lebih baik dari Umno/Bn.  Kita telah buktikan.

15 ulasan:

  1. Setuju dengan admin, PR dah lama bermula. Pentadbiran PR yang telus, beramanah dan bertangungjawab bermulanya di Selangor dibawah TSKI dan diikuti oleh Azmin. Syabas PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam la duit bapak dia...
      Tu duit khalid gagap simpan la, dol!

      Padam
    2. LAGU YANG KO SIARKAN MACAM SIAL AJE LA DIN. LAGU ORANG TUA BELAKA. TAK ADA LAGU YANG ROCK SIKIT KER DIN?

      REKOD LAMA KER DIN? TAK MAMPU KER NAK BELI CD ORI BARU?

      Padam
  2. kalau pas buat mcm tu, ramailah macai kata pas berUG........tp cerita pasal tampilkan 'wajah' ni .....waktu keadaan terdesak beginilah ramai pihak cuba tampilkan 'wajah' dgn seribu satu tujuan termasuklah ........jadi berhati2lah 'jgn kerana budi nanti tergadai body'. Satu lg org melayu kena revise semula sikap terlalu rasa terhutang budi jgnkan krn subsidi, sedikit bantuan dsbnya maka hutang budi ni bawa sampai ke mati.......cuba contohi sikap satu komuniti ni.......walaupun dpt satu negeri yg paling maju kat selatan nu secara percuma siap gaduh lg pasal air, pasal jambatan,pasal pulau batu putih malah depa nak mcm2 lg dan jd jiran yg jahat ! Sbb tu jgn terpukau sgt dgn serpihan geng depa yg ada kat sini.........apa2 pun teringat juga kat Amerika yg tampilkan 'wajah' semasa Aceh dilanda tsunami.............mgkn ramai yg rasa terharu dgn kebaikan mrk ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KUAT BETUL DIN NI MENGIPAS...

      Padam
  3. Sejuk muka kene angin kipas......laju sikit lg.

    BalasPadam
  4. Kipas din kipas..

    Aku ingat rumah kamu dilanda banjir ada la keinsafan....hmmmm sama je.

    BalasPadam
  5. din kipas….sedap nama tu...

    BalasPadam
  6. Satu sbb ngapa ada ketua dgn pecacai PR xsetuju Unity Govt ialah bila Pas jd sebahagian dari kjaan pusat maka mrk akn lihat sendiri bahawa rasuah yg digembar gemburkan kononnya berlaku adalah FITNAH semata mata. Fitnah dan PKR DAP berpisah tiada.

    BalasPadam
  7. Tu bukan Anwar Tu Azmin anak didik Anwar
    Jika tak ada halangan dgn menguna mahkamah yg jadi MB Anwar
    Tangan Anwar lah yg memberi bantuan tersbt Dan yg pasti Najib tak kan main golf dgn Obama sebab kecut nama Anwar akan di puja puja Boo

    BalasPadam
  8. Din.....
    kalu bontot ko gatal sebab berkudis dan berkurap, tak perlulah ko sebuk intai kudis kat bontot orang lain.... Kang bertokak pulak bontot ko turr....ABU!!

    BalasPadam
  9. Din..... kalu bontot ko gatal sebab berkudis dan berkurap, tak perlulah ko sebuk intai kudis kat bontot orang lain.... Kang bertokak pulak bontot ko turr....ABU!!

    BalasPadam
  10. Din..... kalu bontot ko gatal sebab berkudis dan berkurap, tak perlulah ko sebuk intai kudis kat bontot orang lain.... Kang bertokak pulak bontot ko turr....ABU!!

    BalasPadam
  11. MB negeri BN tak buat macam Azmin ke?
    Nak buat macamana Gaji pemain bola pun tak bayar bayar

    BalasPadam