RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 21 Februari 2018

DIKALA HADI SIBUK NAK SERANG PERMATANG PAUH, TUN M AKAN GEMPUR PEKAN HUJUNG BULAN INI


PEKAN, adalah satu2nya kawasan yang jarang diusik oleh Pembangkang. Ini kawasan kubu kuat PM, Najib yang mana kawasan ini telah di'pagar' serapi2nya agar Pembangkang tidak boleh masuk ke sini. Namun, belum tercatat sejarah di Pekan, Umno/Bn menang tidak bertanding di situ.

Aku teringat sebelum PRU13 yang lalu, Pekan pernah digempur oleh Anwar di dalam jelajahnya ke Pahang. Di dalam programnya, di dalam satu hari ada tiga program Anwar di Pahang bermula di Lanchang di sebelah petang, kemudiannya bergegas ke Taman Seri Mahkota Jaya, Bt 11, Paya Besar , Kuantan untuk berceramah di mana sekitar 7 Ribu memenuhi padang taman tersebut. Selepas berceramah di situ, beliau telah bergegas ke kawasan Pekan pula untuk ceramah terakhirnya. Aku waktu itu terlibat sebagai anggota keselamatan mengiringi kenderaan beliau untuk ke Pekan.
 


Ceramah di Pekan diadakan di Markas PAS, Kg.Mengkasar berhampiran dengan pintu masuk utama ke bandar Pekan. Akibat kesesakan jalan yang teruk, di mana terdapatnya sekatan jalanraya yang diadakan, Anwar terpaksa menaiki motosikal orang ramai yang lalu lalang di situ untuk sampai ke tempat ceramah. Beliau sempat berceramah selama satu jam sebelum pihak polis mengarahkan acara ditamatkan sekitar jam 12.00 malam. Sokongan rakyat di Pekan juga sungguh menakjubkan serta dilaporkan sekitar 5,000 orang telah hadir mengikuti ceramah tokoh reformasi ini.

Ertinya, kita tetap menggempur Pekan dan tidak akan membiarkan Najib bernafas lega di situ walaupun terdapat perkampungan Kemboja diwujudkan di Pekan selain dari pengundi2 pos/awal di Pengkalan Tentera Kem Batu 10 (Tentera Darat) dan Kem Batu 9 (TUDM) yang banyak membantu kemenangan Umno/Bn. Kita masih ingat, Najib hampir tewas di Pekan suatu ketika dahulu dengan memperolehi majoriti begitu tipis, itu pun dengan bantuan undi pos.

PRU14 kali ini, Najib juga tidak boleh menarik nafas lega setelah memenjarakan Anwar di Sg Buluh. Perancangan Najib tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Ditakdirkan, Anwar masuk penjara, Tun M pula keluar dari Umno/Bn dan menyertai gerakan Pakatan Harapan yang membawa obor2 perjuangan dan semangat reformasi yang dicetuskan oleh Anwar sejak tahun 1998.

Di dalam usia mencecah ke 93 tahun, mantan PM selama 22 tahun dan mantan Presiden Umno, Tun M mungkin tidak secergas Anwar untuk bergerak pantas 3, 4 program serentak di dalam satu hari. Namun, Tun M di dalam keadaan usia dan kesihatannya yang sering terganggu sanggup turun ke merata2 kawasan demi memastikan Najib, Umno/Bn terkubur di dalam PRU14 akan datang. Bakal PM ke 7 itu tidak pernah melupakan Pekan jauh sekali untuk takut menggempur Pekan.

Di dalam Jelajah Pimpinan PH ke Negeri Pahang, kawasan yang telah dikenalpasti untuk digempur oleh Tun M bersama panglima2ya yang lain iaitu, Kak Wan, Mat Sabu serta Guan Eng adalah di sebuah kawasan felda di Dun Chini, Pekan. InsyaAllah, penghujung bulan ini sekiranya keadaan kesihatan Tun M mengizinkan, beliau akan turun ke Pekan. Tarikh serta lokasi yang tepat akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Sehubungan itu, ayuh semua warga Pekan terutamanya, warga felda khususnya dan semua rakyat Pahang kita berkumpul beramai2 untuk mengikuti apa yang akan diperkatakan oleh Tun M di hadapan 'pintu rumah' Najib. Apakah akan ada gangguan atau sekatan terhadap program ini nanti? Adakah Najib berani menyaksikan demokrasi diamalkan secara sihat di kawasannya? Sama2 kita nantikan.

16 ulasan:

  1. Jangan mimpilah Pekan akan jatuh ke tangan Madey dan PH..langkah mayat warga Pekan dulu. mana2 calon PH yang berani bertanding kat situ..bersedialah untuk hilang wang deposit, termasuklah Madey. Warga Pekan sudah berjanji setia untuk terus memastikan DSNR dan UMNO/BN kekal mentadbir negara tercinta selepas PRU14 nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perancangan ALLAH SWT mengatasi segala2nya, lupakah anda?

      Padam
    2. hahaha sebelum ni brp majoriti ya .. sblm tentera.. ada kemungkinan utk kalah ada

      Padam
    3. Baca nama pena ko pun aku rasa nk termuntah wek wek wek

      Padam
    4. Pakatan Haprak perasan diorang akan menang kat Pekan...orang Pahang not stupid lah...buat apa sokong Pakatan Haprak kerana mereka nih bukan ada sumbang kepada rakyat..tapi pasal kondem itu tak betul,ini tak betul,kamu terer lah...tapi bab sumbangan kat rakyat Pahang...hampas!...PH diterajui org2 gila kuasa dan nak buat harta kalau diberi kuasa...muka madey dan muka nuar,semuanya muka useless...

      Padam
    5. melayu bangsat aja sokong penyamun sbb hidup dgn dedak ...bebalnya melayu lembu ni!

      Padam
  2. Harap menang la najib boleh juga jd ketua pembangkang

    BalasPadam
  3. Habislah! kalu mamak situa kutuk tak sedor diri berkelobrasi dgn ketua peliwat nak tawan Pahang...selisih malaikat 44...nahuzubillah bizalik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mngguna agama utk mmfitnah dan berbahasa org fasik.

      ini sajalah tahap otak pasno

      Padam
    2. Tahap PAN membela hak golongan LGBT daa..

      Padam
    3. Ha yg ni pulak pecacai pengadu domba

      Padam
  4. najib berbangga dgn majoriti besarnya di pekan. padahal itu semua undi pos daaa.. kasi je najib menang tanpa bertanding di pekan, pakatan x payah letak calon di sana. akan sepilah pengundi di pekan dr suasana pilihanraya... no pilihanraya, no dedak... no rasuah bagai. clean..

    BalasPadam
  5. Mentaliti lembu2 UMNO setakat class yg diperintah umno jer lah..xkan berkembang sampai kiamat,,Negara lain macam korea dlm era70an tlh jauh meninggalkan Malaysia.Malaysia yg diperentah UMNO rakyat nya tiap tahun semakin melarat.Norway cnth nya mnemui petroleum th 1974,,rakyat nya diistihar semua jutawan sekitar 2004.Malaysia mnemui petroleum 1974,,tp saban tahun nk mengkedarah pon makin miss sama sama renungkan..

    BalasPadam