RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 29 Ogos 2019

KAMU INGAT ANWAR SUKA DENGAN "SURAT CINTA"? DATANGLAH MESYUARAT BILA TERIMA NOTIS


Saya telah membaca kenyataan Zuraidah, beliau memberi alasan ketidakhadirannya dan rakan-rakan di dalam banyak mesyuarat parti adalah kerana surat mereka untuk bertemu Anwar tidak dilayan.

Inikah mentaliti seorang bekas Ketua Wanita, menteri dan Ahli Parlimen? Ertinya selama ini beliau dan beberapa temannya yang lain itu memberi alasan bohong kepada parti atas ketidakhadiran mereka di dalam mesyuarat parti? Alasan ada tugas kementerian, alasan merasmikan pejabat bomba, alasan trafik jem, alasan mahu sambut harijadi dan pakai topeng Batman dan seumpakanya itu adalah bohong belaka? Hakikatnya, "surat cinta" untuk bertemu Anwar tidak dilayan?

Kita sedia maklum, kesemua mereka yang dipilih di dalam MPP itu adalah ahli jemaah MPP dan berhak bahkan wajib hadir dalam setiap mesyuarat MPP. Bukankah mesyuarat telah ditetapkan setiap bulan? SUA akan keluarkan notis untuk mesyuarat, maka datanglah. Mengapa perlu kamu pula yang beri "notis" kepada Anwar?

Alasan kamu adalah kononnya untuk menyelesaikan masalah hubungan kamu dengan parti atau Presiden, bukankah waktu paling baik dan tepat adalah sewaktu program Retreat keadilan baru-baru ini yang telah dibuat di Port Dickson? Mengapa tidak hadir? Mesyuarat MPP telah beberapa kali diadakan, mengapa tidak hadir? Parti arahkan untuk hadir, kamu ponteng. Sebaliknya kamu pula yang beri "notis" kepada Presiden untuk bertemu kamu. Sekiranya ada masalah peribadi, itu soal lain dan tentunya boleh mohon bertemu Presiden secara empat mata. Tapi kalau mahu bertemu Presiden secara beramai-ramai, bukankah tempatnya adalah mesyuarat parti? Ada peluang kamu gagal rebut, tetapi mahu ikut kepala sendiri.

Kenyataan Zuraidah itu lebih jelas menampakkan kesombongannya serta tidak hormat beliau kepada Presiden dan parti. Beliau mahu Presiden melayani kehendak kumpulannya sahaja. Beliau tersilap, beliau berhadapan dengan Anwar.

8 ulasan:

  1. Tak sangka bila dah naik jadi kodo naik junjung. Kalau ada pemilihan parti jangan haraplah nk menang... kesia rafizi and the gang jadi mangsa kartel ini... sabor bro rafizi. Roda akan berputar..

    BalasPadam
  2. jenis manusia tak sedar diri... doakan agar diberi petunjuk,,,,, mudah mudahan ada tawadduk dalam diri.... bila jadi menteri sebenarnya Allah sedang menguji dan diuji.... belajar agama sikit,,,, wahai menteri tut

    BalasPadam
  3. Kesian Rafizi, menteri2 PKR kebanyakan kartel Azmin

    BalasPadam
  4. TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA PM SEGERA

    Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.

    “Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.

    “Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini..

    Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    KIKIKI SAPA SEBUT PH KALAH ATOK AMIK TINDAKAN PULA
    INI OLANG ADE ATI PULAK NAK TETAPKAN PERALIHAN
    TAK PE KAU ORG ONN KAN SAJER PERALIHAN KUASA
    ATOK KAU TU ACAH2 POWER KUASA PIBG LAGI POWER KANNN..!!

    KIKIKIKIKI...

    Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

    #popcorntambahdantepukkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi awang jadi pm? Mengigau di siang hari.

      Padam
  5. PAKAI TANJAK TENGKOLOK #HPU914

    PIAGAM PENYATUAN UMAH 14.9.2019 AWASI SABOTAJ DAN HIJACK MADEY

    Persetujuan diantara Pas dengan Umno untuk bergabung dan bekerjasama yang akan dipamerkan dalam majlis menandatangani Piagam Ta'awun Siyasi 14 September 2019 di Bangunan UMNO PWTC nanti adalah satu titik tolak politik besar demi untuk negara Malaysia akan datang.

    Peristiwa 14 September bersama 11 Muharram 1441 akan datang ini adalah peristiwa besar yang penting bagi umat Melayu khasnya dan dunia politik amnya.

    Peristiwa kehadiran lebih 10,000 pimpinan peringkat bawahan seluruh negara kedua-dua parti PAS dan UMNO ini menjadi satu titik tolak politik kebncian dikuburkan dan POLTIK MATANG DAN SEJAHTERA akan memainkan peranan dalam politik tanah air.

    #HPU914 KITA BERTANJAK TENGKOLOK
    PENYATUAN UMAH ISLAM DAN MELAYU
    KINI SARANG TABUAN SUDAH DIJOLOK
    KE MEDAN PERANG #HPU914 KITA BERSATU


    AYOHHHH HAPUSKAN SI MUNAFIK DAN SANG FITNAH

    Piagam Ta'awun Siyasi akan disambut dengan takbir, Allahuakbar! dan gemaan Hidup Melayu! oleh Pas dan Umno. Bagi mereka kejayaan mengadakan gabungan dan kerjasama politik itu merupakan satu kelahiran politik baharu di negara ini yang akan mengubah era politik tanah yang selepas 62 tahun merdeka.

    #hpu914boikotbarangcina
    #buymuslimprodukonline

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dpt kltn ngan ngganu jer. Klu sabah swak tak buleh kat pas jgn haraplah nak tukar kejaan. Mimpi boleh la

      Padam
  6. Kartel yg keras kepala mesti dipecat untuk mengukuhkan semula parti. Biar mereka masuk parti lain.

    BalasPadam