TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

RADIO KOBAT FM

Ahad, 25 Ogos 2019

HARI SUKAN NEGARA MAHU DI UBAH KEPADA BAHASA INGGERIS? GILA APA INI?


Nampak isu ini macam remeh, hanya tukar nama dari bahasa kebangsaan kepada bahasa Inggeris. "Hari Sukan Negara" mahu ditukar kepada " Malaysia Sports Challenge".

Sepatutnya kita pertingkatkan bahasa Kebangsaan, bukan mencabutnya satu demi satu. Apa yang penting adalah kualiti sukan dan kualiti penganjurannya, bukannya nama. Mengapa kerajaan suka buat sesuatu tanpa berfikir dan peka terhadap kehendak majoriti rakyat?

Tahukah kementerian sukan bahawa rakyat memilih PH adalah kerana janji kita di dalam manifesto, salah satunya adalah memartabatkan bahasa kebangsaan? Mengapa dengan sengaja janji ini dilanggar? Lupakah kepada rakyat yang memilih kita?

Saya mohon agar menteri kembali pergi belajar dan hadam manifesto PH, terutamanya yang asas. Isu bahasa adalah asas kita bahkan termaktub di dalam perlembagaan. Ini masalahnya apabila menteri tidak mempunyai sedikit pun roh reformasi sedangkan rakyat memilih kita untuk " reform" negara ini.

Jangan pandang remeh isu bahasa. Mengapa terikut-ikut dengan budaya asing yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehinggakan sukan di dalam negara sendiri pun kita mahu angkat bahasa lain? Menteri seperti ini tidak layak menjadi menteri di bawah Pakatan Harapan.

3 ulasan:

  1. Bila ramai yang tak fasih berbahas Malaysia jadi pemimpin kerajaan, beginilah jadinya.

    BalasPadam
  2. Program sukan tu utk rakyat Malaysia. Jadi gunakanlah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia.

    BalasPadam
  3. Yang jadi pemimin pula bukan semuanya fasih berbahasa Inggeris...

    BalasPadam