RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 28 Ogos 2019

LYNAS - PH MASIH BERHUTANG DENGAN KAMI


Aku tidak peduli syarikat mana yang dapat share dan keuntungan dlm industri yang bobrok ini. Samada Kencana itu syarikat milik anak pemimpin negara atau tidak, itu bukan isunya. Aku tidak pernah ambil tahu betul atau tidak dakwaan kononnya Kencana itu ada kaitan dengan anak Tun M dan syarikat ini kaut untung dengan kilang Lynas ini.

Isunya, kami rakyat Pahang telah turun puluhan ribu di Kuantan dan berjanji untuk tidak memusnahkan negeri ini dengan sebuah kilang yang tidak perlu bayar cukai 12 tahun dan akan meninggalkan sisa2 proses kilangnya untuk anak cucu kita telan.

Waktu kita berhimpun dulu, berebut-rebut pemimpin kita, khususnya dari KEADILAN yang ingin menandatangani bantahan terhadap Lynas. Begitu bersemangat mereka. Ada yang berucap dan menjerit waktu itu dengan suara lantang, berapi-rapi mengalahkan YB Fuziah Salleh sendiri. Punyalah hebat.

Himpunan terbesar menjelang PRU14, puluhan ribu memenuhi pinggir bandar Kuantan dalam satu himpunan terbesar yang turut dihadiri oleh Tun M, iaitu PM sekarang. Sekali lagi, di hadapan Tun M, pimpinan kita bercakap pasal bahayanya kilang Lynas ini untuk jangkamasa panjang.

Sekarang PH berkuasa. Mana suara-suara itu? Aku tidak pelik kalau parti bunga sokong dan ampu Lynas kerana waktu kita bertahun menentang Lynas, mereka masih berada di dalam parti keris telanjang tidak bersarung. Tapi mustahil Tun M tidak tahu bahawa PH waktu itu tidak pernah bersetuju dengan Lynas? Atau, dia mudah lupa?

Aku rasa lega apabila YB Fuziah Salleh meskipun hanya Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal agama, beliau tetap istiqomah dan lantang bersuara tentang Lynas. Beliau MP Kuantan yang berani mengambil risiko menongkah arus. Lebih rasa lega lagi apabila Presiden KEADILAN, DSAI sendiri menyatakan isu Lynas ini perlu dikaji semula. Beliau sahaja tahu apa itu reform dan semangatnya.

Tun M tetap berfikiran seperti pemimpin Umno dahulu iaitu menyatakan Lynas tidak bahaya. Malah, Tun M tidak mahu Lynas dijadikan seperti "paria". Sayang sungguh dia. Bagaimana kalau rakyat di"paria"kan oleh golongan elit yang mengaut untung dari kilang Lynas yang banyak negara menolak kewujudannya? Hingga sekarang, Lynas tidak ambil berat di mana mahu dicampakkan susa-sisa najis mereka nanti. Adakah di Langkawi atau Pekan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan