RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 16 Februari 2011

MINAT FESYEN - LOKMAN NOR ADAM AKAN DIUNDANG DALAM PROGRAM NONA TV 3 SUKU?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA seperti kehabisan modal bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam apabila bercerita pasal pakaian DS Wan Azizah sewaktu suami Presiden PKR itu menjadi TPM. Saya ingatkan dia mahu bercerita pasal betapa DS Wan Azizah ini sentiasa menutup aurat dulu, kini dan selamanya tidak seperti isteri PM yang dulu dan kini seperti Siti Hasmah, Hendon, Jean, dan yang kini Bik Mama.

Dalam ceramah di Bayan Baru kelmarin, Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" DS Wan Azizah. Tidak pula disebut berapa harga pakaian DS Wan Azizah, cuma dia menyebut gaya sahaja. Mungkin, beliau mahu isteri seorang TPM mesti `bergaya susah' atau berpakaian lekeh. Di dalam Islam, tidak salah berpakaian cantik atau mahal asalkan tidak keterlaluan dan menutup aurat. Apa yang dilarang oleh Islam adalah berpakaian membuka aurat seperti Bik Mama walaupun pakaian itu dibeli di kedai `Bundle', apatah lagi jika pakaian itu mahal dan hasil dari mencekik duit rakyat dan rasuah.

Nampak benar Lokman Nor adam ketandusan idea dan jahil sebagai orang politik. Jika berminat sangat untuk bercerita pasal pakaian dan fesyen, Lokman tidak perlu mengadakan ceramah politik. Beliau boleh meminta agar diberi ruang untuk bercakap pasal fesyen wanita di dalam program Nona di TV 3 Suku.

Begitulah jadinya bila seseorang yang sanggup menjadi `pencacai' demi untuk sesuap nasi. Orang seperti ini sudah tidak kisah dirinya nampak hina dan dungu, asalkan beliau rasa apa yang diperkatakannya boleh menyedapkan telinga `tuan' yang menyuapkannya makan. Di dunia lagi Allah sudah menghinakan orang seperti ini, di Akhirat kelak, Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 15 Februari 2011

MERLIMAU - DEBAT ANWAR -ALI RUSTAM MALAM INI?

PRK Merlimau : Kalau Ali Rustam Anak Jantan, Mari Berdebat Malam Ni!!


Oleh: addin_77

"Pada jam 9.00 malam ni, di rumah Hj. Ibrahim di Permatang Serai akan diadakan ceramah perdana DS Anwar Ibrahim dan penceramah popular PAS, Abang Mat Sabu. Malam ni pasti hangat dengan kehadiran penceramah-penceramah berkaliber dari Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan pasti memanaskan punggung UMNO BN terutamanya Ketua Menteri Ali Rustam merangkap Pengarah Pilihanraya BN DUN Merlimau.

Umum mengetahui, dalam kenyataan medianya pada 13 Feb lalu, Ali Rustam bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun, debat yang dicadangkan Ali Rustam adalah debat bersebelahan, pentas berasingan. Ini debat pondan namanya, bukan debat anak jantan.

Sebenarnya, Ali Rustam tak berani nak berdebat secara berdepan dan gentleman. Ini kerana Ali Rustam tak pandai berdebat, cuba dilihat di sidang DUN Melaka pun beliau tak mampu berhujah dengan baik. Pembangkang yang diwakili 5 ADUN DAP berhujah dengan menggunakan fakta tetapi dijawab oleh Ali Rustam dengan semberono, macam sembang kedai kopi..jawab tanpa fakta!!

Inikan pulak nak berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dan Abang Mat, nescaya Ali Rustam lebih berbuih mulutnya daripada Ahmad Shabery Cheek. Namun, saya berharap Ali Rustam dan kuncu-kuncunya janganlah berdebat ala pondan pada malam ni, malu kat orang-orang kampung. Kalau Ali Rustam anak jantan, mari berdebat secara terbuka pada malam ni..

http://addin77@blogspot.com

APABILA `MUBARAK' NASIHATKAN `MUBARAK' AGAR TIDAK MENJADI SEPERTI MUBARAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN Mahathir menasihatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar menamakan pengganti segera sebelum KM tersebut berundur. Tun Mahathir mengingatkan KM yang baru bernikah itu agar tidak menjadi seperti Mubarak di Mesir. Baca di sini.

Apabila membaca kenyataan Tun Mahathir, bolehlah kita andaikan seumpama, "Mubarak ' menasihatkan `Mubarak' agar tidak menjadi Mubarak. Siapa tidak tahu rekod Tun Mahathir sepanjang dia menjadi PM? Apa yang Tun Mahathir lakukan yang kita tidak boleh samakan beliau dengan Mubarak? Jika Mubarak menutup ruang demokrasi dan menipu rakyat demi kuasa, apakah tidak sama dengan Tun Mahathir? Dikatakan Mubarak itu sering memperlekehkan Ulamak dan tidak bersedia untuk menerima Hukum Islam atau Perundangan Islam di dalam pemerintahannya, apakah Tun Mahathir minat kepada perlaksanaan Hukum Islam?

Mungkin ada yang `ekstrim' pula berpendapat Tun Mahathir lebih teruk dari Mubarak kerana beliau adalah punca kepada perpecahan Melayu Islam di dalam dua peristiwa politik terbesar sepanjang pemerintahannya. Peristiwa pertama, Melayu Islam berpecah kepada dua iaitu Team A dan Team B di dalam Umno kemudiannya berpecah lagi kepada parti baru iaitu Parti Melayu Semangat 46 dan Umno (Baru). Kedua, peristiwa pemecatan ke atas DS Anwar seorang tokoh Islamik harapan orang-orang Melayu Islam untuk melihat negara ini menuju proses Islamisasi. DS Anwar dipecat dan dizalimi serta terpenjara, maka wujud Parti KeADILan yang sekarang dikenali sebagai PKR. Melayu berterusan berpecah angkara tangan jahat itu. Itu belum dikira soal rasuah, akta ISA yang zalim, kroni dan sebagainya.

Tiba-tiba beliau ingin menjadi Penasihat pula? Tentu KM Sarawak senyum sahaja mendengar nasihat dari Tun Mahathir. Inilah yang dikatakan `lebih Mubarak dari Mubarak'./wfauzdin.blogspot.com

MEREKA BUKAN BLOGGER SPESIS KATAK....

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, Blogger pun tak larat tunggu lantas ada yang angkat kaki. Aku ingatkan Adun atau MP je yang tak larat. Tapi Blogger yang keluar seorang dua ni jauh lebih mulia dari beberapa ekor Adun dan MP yang menjadi katak tu.

Blogger yang keluar dari menyokong PKR, mereka lebih bermaruah dari Adun ataui MP yang melompat dari PKR. Setakat ini mereka masih bersama PR, dan mereka masih komited untuk menghancurkan Umno/Bn. Mungkin ada hikmahnya kepada PKR kerana sebagai sebuah parti yang dulunya begitu lemah, kini semakin kuat sudah tentu banyak perkara yang PKR kena pelajari dan ketahui.

Ada yang keluar kerana Anwar, ada yang melompat kerana Azmin dan ada juga yang merasa tersisih kerana rakan mereka yang lain lebih maju ke hadapan. Itu lumrah. Tidak kurang juga ada yang tidak habis-habis menuntut itu dan ini kerana mahu agar perjuangan dan pengorbanannya diberi pembalasan yang sewajarnya oleh parti. Pemimpin pula, tidak merasa takut untuk berjanji sedangkan mereka tahu bukan mudah mahu tunaikan janji.

Alahai, terpulanglah. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, tindakan pemimpin di dalam PKR dan kita sebagai pendokongnya sedikit sebanyak membuatkan beban Umno semakin ringan. Buatlah keputusan dengan bijak. Menarik benang di dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak....

Isnin, 14 Februari 2011

KEMPEN ANTI ZINA - KERAJAAN PUSAT BOLEH BELAJAR DARI SELANGOR


Oleh: WFAUZDIN NS

NEGERI maju dan berkebajikan sahaja tidak cukup untuk memastikan kehidupan rakyat yang sempurna dan sejahtera. Aspek kerohanian juga perlu diambil kira kerana aspek ini lah yang sering dilupakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Umno/Bn. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat sentiasa peka kepada permasalahan ini.

Kempen Anti Zina telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam beberapa siri bagi membenteras perlakuan dosa besar ini di kalangan umat Islam khususnya di Selangor. Kejayaan Siri Satu dan Dua sebelum ini telah membuatkan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras. (Rujuk TV News).

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimAdakah kempen yang serius seperti ini pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri di bawah Umno/Bn? Harus diingat, Selangor bukan diperintah oleh PAS seperti di Kelantan dan Kedah. Selangor diperintah oleh PKR, bersama dengan barisan Exco yang terdiri dari PAS dan juga DAP. Namun, berkat kerjasama PR ini, semua program yang bersifat `hasanah', dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoyPelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 telah diadakan di Dataran Shah Alam . Sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.


Usaha yang baik sudah tentu banyak menerima sokongan. Di antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi. Beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti akan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Syabas, Kerajaan PR Selangor yang telah memulakan langkah ini agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri yang lain. Inilah berkatnya rakyat memilih pemimpin yang berada di dalam parti yang serius untuk berbakti kepada rakyat dan amat beruntunglah mereka yang telah mengambil keputusan menolak Umno yang selama ini banyak menyusahkan di dunia dan akhirat./wfauzdin.blogspot.com

PERLANTIKAN CANSELOR UNISEL - SATU LAGI BUKTI KETELUSAN KERAJAAN PR SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

PERSOALAN siapakah yang bakal menggantikan Bik Mama sebagai Canselor Baru UNISEL sebuah universiti milik kerajaan negeri kini telah terjawab. Bukan DS Wan Azizah, bukan Dr Syed Hussin Ali dan bukan juga tokoh dari PAS mahupun DAP. Tokoh yang diberi tanggungjawab berat ini adalah Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda yang telah dilantik berkuatkuasa 21 Feb ini (Rujuk laporan Malaysiakini hari ini).

Sekali lagi terbukti betapa Kerajaan PR Selangor telus di dalam membuat perlantikan dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu berpolitik di dalam isu pendidikan. Kerajaan Negeri akur dengan kehendak pelajar yang tidak mahu orang politik dibawa masuk ke dalam UNISEL. Raja Tan sri Arshad sebelum ini adalah Pro-Canselor Universiti Industri Selangor.

Sehingga artikel ini ditulis, perlantikan beliau belum diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri dan dikatakan pengumuman akan dilakukan oleh Exco Pendidikan Negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini. /wfauzdin.blogspot.com


KEMATIAN ADUN KERDAU - ZAHID HAMIDI MEREPEK

Oleh: WFAUZDIN NS

GELI pula hati aku mendengar komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?

Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?

Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.

Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 13 Februari 2011

DEBAT CARA ALI RUSTAM YANG BUDAK SEKOLAH PUN TAK BUAT

Inilah keadaan di ceramah Umno di Merlimau berhampiran tempat ceramah PAS

Suasana di ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau
(Foto: Ihsan dari Portal Rasmi PRK Dun Merlimau)

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH menjadi kelaziman atau `tradisi' di Melaka, terutamanya semenjak Ali Rustam yang pernah dibuktikan melakukan rasuah politik semasa pemilihan pimpinan Umno menjadi KM Melaka, sebarang program ceramah oleh PR mesti diganggu oleh ceramah Umno walaupun kehadiran di ceramah mereka boleh dikira dengan jari. Apa yang penting, ceramah PR mesti diganggu atau dibuat provokasi.

Akhbar Sinar hari ini memetik kenyataan Alki Rustam yang kununnya berani `berdebat' dengan sesiapa sahaja pimpinan PR hatta Tuan Guru Nik Aziz sekalipun. Tetapi `debat' Ali Rustam ini pelik sedikit dan kelihatan teramat bodoh yang budak sekolah pun tidak pernah lakukan. Beliau berkata beliau sanggup `berdebat' bersebelahan dengan ceramah PR, bukan berdebat di atas pentas yang sama. Ini debat cara Ali Rustam, cara orang penakut dan bacul yang peringkat sekolah pun tidak pernah buat program debat pelik begini.

Katanya, beliau akan menjawab di sebelah pentas beliau apa jua tuduhan atau isu yang dibawa oleh PR. Ini bukan debat wahai Ali, ini cara untuk mengacau atau provokasi. Masakan Ali Rustam tidak pernah belajar semasa di sekolah dahulu tentang bagaimana untuk mengadakan debat. Peliknya, pihak berkuasa boleh pula benarkan program ceramah diadakan sedemikian rupa? Bayangkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, adakah pihak berkuasa mahu menyalahkan KM Melaka ini?

Terbaru, ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau baru-baru ini begitu juga. Di dalam jarak lebih kurang 300 meter dikatakan Umno turut mengadakan ceramah walaupun yang hadir di ceramah mereka lebih banyak kerusi dari orang (Lihat foto di atas). Sifat dengki Umno di Melaka sukar untuk dipadamkan. Mungkin mereka merasakan inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan Umno kuat di Melaka. Setahu kita, Melaka terkenal dengan sifat Pahlawan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat tetapi sifat ini tidak kelihatan sekarang. Yang kelihatan adalah sifat Patih Kerma Wijaya yang kaki fitnah dan bacul itu.

PR, terutamanya PAS jangan merasa gusar dengan taktik Ali Rustam ini. Kerahkan pejuang-pejuang kita menjaga setiap program kita. Kita kenal Ali Rustam ini siapa, dedahkan kepada orang-orang Melaka siapa dia Ali Rustam. Beliau sememangnya tidak akan berani berdebat secara profesional, sedangkan cara beliau bercakap dengan wartawan pun merimaskan anak telinga kita mendengarnya./wfauzdin.blogspot.com

TUAN IBRAHIM TUAN MAN PATUT DIGANTIKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS akan menghadapi dua Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Pertama di Dun Merlimau, Melaka pada 06 Mac nanti, manakala satu lagi di Dun Kerdau, Pahang yang tarikhnya belum ditetapkan oleh SPR. Apa yang pasti, SPR terpaksa akur dengan dua PRK ini, tidak perlu lagi merujuk ke mahkamah.

PRK Dun Merlimau telah ditetapkan bahawa PAS sebagai calon mewakili PR dan Pengarah Jentera PRK tersebut telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang. Oleh kerana tanpa diduga, PRK Dun Kerdau terpaksa diadakan tidak beberapa lama lagi akibat kematian Adun dari Umno semalam, maka saya amat bersetuju dengan pendapat yang mahukan agar Tuan Ibrahim Tuan Man dibatalkan perlantikannya sebagai Pengarah Jentera PRK Dun Merlimau bagi menumpukan perhatian terhadap PRK Dun Kerdau, Pahang.

Calon paling sesuai bagi menggantikan tempat Tuan Ibrahim Tuan Man pada pendapat saya adalah Timbalan Presiden PAS iaitu Us Nasha. Jika Umno pernah melantik Timbalan Presidennya sebagai Pengarah Jentera PRK, maka tentulah PAS tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian. Itu hanya pendapat saya, sekiranya PAS merasakan tugas tersebut tidak bersesuaian untuk Timbalan Presiden, maka calon lain adalah samada seorang lagi Naib Presiden iaitu Mahfuz Omar atau pun Pesuruhjaya PAS Melaka sendiri. Apa yang penting, berilah peluang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menumpukan tugasnya menghadapi PRK Dun Kerdau. Apatah lagi Dun Kerdau dilihat pada mata kasar mempunyaiu harapan besar untuk PAS merampasnya dari Umno.

Mudah-mudahan PR yang diwakili oleh PAS di dalam dua kawasan pilihanraya ini nanti akan memberikan amaran buat Umno bahawa mereka tidak mudah untuk mengekalkan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com

ANTARA MERLIMAU DAN KERDAU, SIAPA LEBIH BIJAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

ENTAH mengapa nasib di zaman Najib. Itulah ketentuan Allah, mana yang boleh disekat mungkin dapat disekat dan yang tiada upaya untuk disekat terpaksa hadapi jua. Terdapat beberapa kes yang masih tergantung samada perlu ada Pilihanraya Kecil atau tidak, sehingga dibawa ke mahkamah. Cuma soal ajal sudah sampai, tiada lagi upaya untuk mengelak.

Terbaru, ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONE

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ini memberi erti satu lagi PRK terpaksa diadakan. Membawa erti juga `bulan akan jatuh ke riba' buat penduduk di kawasan Dun Kerdau. Mulai sekarang mereka boleh berkira-kira untuk meminta apa jua dan permintaan akan dikabulkkan serta merta. Bahkan, benda yang mereka tidak minta pun puak-puak ini akan bawakan ke Kerdau.

azlan

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Sekali lagi kerusi ini bakal ditandingi oleh PAS seandainya `status quo' diambil kira. Melihat situasi di sini, memang PAS sesuai untuk bertanding cuma diharapkan kali ini biarlah calon yang lebih berwibawa dan rapat dengan pengundi-pengundi di Kerdau ini.

Jangan bertanya samada PAS boleh menang atau tidak. Apa yang perlu ditanya terlebih dahulu adalah adakah SPR sudah membuang `tali' pada hidungnya? Adakah Umno berani bertarung secara jantan?

azlan




Berapa banyak pula peruntukan akan dicurahkan di Kerdau? Adakah rakyat Pahang terutamanya di kawasan Kerdau tidak berani melakukan perubahan? Sama-sama kita tunggu.

Biarlah kita selesaikan dulu di PRK Dun Merlimau. Samada orang Merlimau lebih cerdik dari orang Kerdau atau sebaliknya. Atau, kedua-duanya sanggup jadi `hamba' dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

PKR BERKUBUR HUJUNG TAHUN INI ATAU ZAHRAIN JADI `BANGKAI' DAHULU?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEEKOR lagi `katak' bernama Zahrain meramalkan PKR akan berkubur hujung tahun ini. Sebelum ini banyak kali `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru menyebut PKR akan berkubur sebulan dua lagi. Begitulah perjuangan dua tiga ekor Wakil Rakyat yang menjadi `katak', mereka tidak memikirkan nasib masyarakat di kawasannya, yang dilakukan oleh mereka setiap hari ialah menjadi `bomoh' meramalkan kejatuhan PKR.

Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung.

Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk. Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah.

Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com