RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 15 Februari 2011

MERLIMAU - DEBAT ANWAR -ALI RUSTAM MALAM INI?

PRK Merlimau : Kalau Ali Rustam Anak Jantan, Mari Berdebat Malam Ni!!


Oleh: addin_77

"Pada jam 9.00 malam ni, di rumah Hj. Ibrahim di Permatang Serai akan diadakan ceramah perdana DS Anwar Ibrahim dan penceramah popular PAS, Abang Mat Sabu. Malam ni pasti hangat dengan kehadiran penceramah-penceramah berkaliber dari Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan pasti memanaskan punggung UMNO BN terutamanya Ketua Menteri Ali Rustam merangkap Pengarah Pilihanraya BN DUN Merlimau.

Umum mengetahui, dalam kenyataan medianya pada 13 Feb lalu, Ali Rustam bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun, debat yang dicadangkan Ali Rustam adalah debat bersebelahan, pentas berasingan. Ini debat pondan namanya, bukan debat anak jantan.

Sebenarnya, Ali Rustam tak berani nak berdebat secara berdepan dan gentleman. Ini kerana Ali Rustam tak pandai berdebat, cuba dilihat di sidang DUN Melaka pun beliau tak mampu berhujah dengan baik. Pembangkang yang diwakili 5 ADUN DAP berhujah dengan menggunakan fakta tetapi dijawab oleh Ali Rustam dengan semberono, macam sembang kedai kopi..jawab tanpa fakta!!

Inikan pulak nak berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dan Abang Mat, nescaya Ali Rustam lebih berbuih mulutnya daripada Ahmad Shabery Cheek. Namun, saya berharap Ali Rustam dan kuncu-kuncunya janganlah berdebat ala pondan pada malam ni, malu kat orang-orang kampung. Kalau Ali Rustam anak jantan, mari berdebat secara terbuka pada malam ni..

http://addin77@blogspot.com

3 ulasan:

  1. Salam Tuan. Mohon apa sudi kiranya linkkan blog Panglima7 di sini. Semoga dirahmati Allah hendaknya. Salam Perjuangan.

    BalasPadam
  2. wak juga mohon linkkan http://www.selatanonline.net dirumah tuan. Salam perjuiangan

    BalasPadam
  3. Ali ketam misai hitler ni cakap depan kroni mcm bederai jee waa tahu ali ketam ni bukan ada teloq,tak caya uji kat balik pintu entot2 gerenti cuak punya...kah,kah...nak buat ucapan pun mcm apek tawar menawar,pondan punya yb apatah lagi nak debat kecut teloq kah,kah,kah

    BalasPadam