NAMPAKNYA seperti kehabisan modal bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam apabila bercerita pasal pakaian DS Wan Azizah sewaktu suami Presiden PKR itu menjadi TPM. Saya ingatkan dia mahu bercerita pasal betapa DS Wan Azizah ini sentiasa menutup aurat dulu, kini dan selamanya tidak seperti isteri PM yang dulu dan kini seperti Siti Hasmah, Hendon, Jean, dan yang kini Bik Mama.
Dalam ceramah di Bayan Baru kelmarin, Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" DS Wan Azizah. Tidak pula disebut berapa harga pakaian DS Wan Azizah, cuma dia menyebut gaya sahaja. Mungkin, beliau mahu isteri seorang TPM mesti `bergaya susah' atau berpakaian lekeh. Di dalam Islam, tidak salah berpakaian cantik atau mahal asalkan tidak keterlaluan dan menutup aurat. Apa yang dilarang oleh Islam adalah berpakaian membuka aurat seperti Bik Mama walaupun pakaian itu dibeli di kedai `Bundle', apatah lagi jika pakaian itu mahal dan hasil dari mencekik duit rakyat dan rasuah.
Nampak benar Lokman Nor adam ketandusan idea dan jahil sebagai orang politik. Jika berminat sangat untuk bercerita pasal pakaian dan fesyen, Lokman tidak perlu mengadakan ceramah politik. Beliau boleh meminta agar diberi ruang untuk bercakap pasal fesyen wanita di dalam program Nona di TV 3 Suku.
Begitulah jadinya bila seseorang yang sanggup menjadi `pencacai' demi untuk sesuap nasi. Orang seperti ini sudah tidak kisah dirinya nampak hina dan dungu, asalkan beliau rasa apa yang diperkatakannya boleh menyedapkan telinga `tuan' yang menyuapkannya makan. Di dunia lagi Allah sudah menghinakan orang seperti ini, di Akhirat kelak, Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com
PRK Teluk KEMANG,,,, ROSLAN KASIM vs SOTHINATHAN,,,, mangkok jamban yg bernama Lokman ni macam bagus,,,,,,,, tapi kojo on the ground macam sial,,,, dia ni jenis manusia penakut dan suka mengarah,,,,,,,,,,,,
BalasPadamLokman Nor Adam ni kawan aku sejak dari UiTM Manjung hinggalah ke aktiviti riadah dan sosial. Aku kenal sangat dia ni. Dari segi kepimpinan dan keberanian memang bagus terutamanya masa zaman belajar dulu. Cerita kenapa dia keluar Keadilan pun ada diceritakan (cerita atas dasar kawan kepada kawan yg tentunya tiada apa kepentingan). Namun amat terkejut apabila mendengar ceramah beliau masa PRK di Sabah tu hari yang dimuatnaik ke Youtube, suatu cerita yang tidak pernah kedengaran sebelum ini menjadi topik utama dalam ucapan beliau.
BalasPadamEntah lah, susah nak cakap. Aku hanya mendoakan semoga Allah memalingkan hati si Lokman ni untuk gunakan kelebihan dan semangat yang ada padanya untuk perjuangan ke jalan ALLAH SWT.
Cuba buka mulut si Lokman ni sekarang. Lihatlah lidahnya telah bercabang setelah menuntut ilmu dari anaconda ala mamak penang. Orang seperti ini diberi 5 cent sebagai habuanpun dia telan, apa lagi ratusan ribu.
BalasPadam