TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Ahad, 13 Februari 2011

TUAN IBRAHIM TUAN MAN PATUT DIGANTIKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS akan menghadapi dua Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Pertama di Dun Merlimau, Melaka pada 06 Mac nanti, manakala satu lagi di Dun Kerdau, Pahang yang tarikhnya belum ditetapkan oleh SPR. Apa yang pasti, SPR terpaksa akur dengan dua PRK ini, tidak perlu lagi merujuk ke mahkamah.

PRK Dun Merlimau telah ditetapkan bahawa PAS sebagai calon mewakili PR dan Pengarah Jentera PRK tersebut telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang. Oleh kerana tanpa diduga, PRK Dun Kerdau terpaksa diadakan tidak beberapa lama lagi akibat kematian Adun dari Umno semalam, maka saya amat bersetuju dengan pendapat yang mahukan agar Tuan Ibrahim Tuan Man dibatalkan perlantikannya sebagai Pengarah Jentera PRK Dun Merlimau bagi menumpukan perhatian terhadap PRK Dun Kerdau, Pahang.

Calon paling sesuai bagi menggantikan tempat Tuan Ibrahim Tuan Man pada pendapat saya adalah Timbalan Presiden PAS iaitu Us Nasha. Jika Umno pernah melantik Timbalan Presidennya sebagai Pengarah Jentera PRK, maka tentulah PAS tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian. Itu hanya pendapat saya, sekiranya PAS merasakan tugas tersebut tidak bersesuaian untuk Timbalan Presiden, maka calon lain adalah samada seorang lagi Naib Presiden iaitu Mahfuz Omar atau pun Pesuruhjaya PAS Melaka sendiri. Apa yang penting, berilah peluang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menumpukan tugasnya menghadapi PRK Dun Kerdau. Apatah lagi Dun Kerdau dilihat pada mata kasar mempunyaiu harapan besar untuk PAS merampasnya dari Umno.

Mudah-mudahan PR yang diwakili oleh PAS di dalam dua kawasan pilihanraya ini nanti akan memberikan amaran buat Umno bahawa mereka tidak mudah untuk mengekalkan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. setuju benor dgn pandangan sdra. hrp2 pihak2 yg berkaitan dpt merealisasikan perkara ini.

    BalasPadam
  2. haza

    Satu cadangan yang bernas yang perlu dinilai untuk kemajuan pas-SETUJU

    BalasPadam
  3. PENDAPAT YANG BIJAK.USTAZ GHANI ABD RAHMAN BEGITU MENGAMBIL BERAT 'ANAK BUAH' KETIKA TURUN PADANG.KETIKA BERTEMU DI PILIHANRAYA KECIL MEMBERI MOTIVASI DAN KATA SEMANGAT.BELIAU TIDAK LOKEK MENYELUK SAKU BELANJA PARA PETUGAS.TERHARU DENGAN SIKAP AMBIL BERATNYA.PENGALAMAN BEKERJA BERSAMA PETUGAS MELAKA TIDAK AKAN DILUPAI..ORANG MELAKA SEMPOI CEPAT MESRA DAN PERAMAH....TAKBIR!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini