RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 19 Februari 2011

RAYUAN BUAT PIMPINAN PR, GERAKKAN USAHA BANTU BLOGGER INI


Oleh: WFAUZDIN NS

BLOGGER Din Binjai @Sharpshooter kini berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Rais Yatim berkaitan isu `rogol amah'. Blogger ini bukan blogger asing buat pengunjung-pengunjung blog pro PR. Beliau dikatakan orang kuat PKR dan lantang mengkritik parti jika didapati terdapat kepincangan, dan beliau juga menerima kritikan dari orang lain yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapatnya. Itu biasa sebagai seorang Blogger.

Mengkritik hebat dan dikritik hebat tidak membuatkan Blogger ini hilang akal untuk menjadi seperti beberapa Wakil Rakyat dari PKR yang menjadi `katak' demi mencari makan cara yang lebih mudah. Blogger ini tetap setia dengan parti, tetap yakin dengan perjuangan PR. Blogger ini komited untuk berjuang menghancurkan Umno sekutu Apco ini.

Kini, beliau diuji dalam perjuangannya. Ujian beliau tidaklah sehebat seperti yang dialami oleh DS Anwar, namun beliau diuji di mahkamah. Mahkamah juga menguji DS Anwar sejak dari tahun 1998 sehingga kini. Blogger ini bukan dari golongan elit dan beliau menjadi Blogger bukan kerana dibayar. Beliau bukan hidup di dunia ini sebatang kara, beliau punyai keluarga yang perlu disara. Beliau juga punyai pemimpin dari partinya, beliau juga mempunyai rakan-rakan seperjuangan.

Saya dapat merasakan apa yang beliau rasakan. Saya bukan Blogger sehebat beliau, malah tidak pernah bertemu muka sekali pun. Malah, saya juga pernah menulis mengkritik pandangannya walaupun tidak secara langsung. Namun, dihati kecil saya tetap mempercayai bahawa Blogger ini selalu ikhlas di dalam penulisannya.

Apalah kiranya jika parti dapat berbuat sesuatu untuk meringankan bebanan yang beliau hadapi waktu ini. Seandainya pemimpin parti kita miskin dan tidak mempunyai wang untuk dihulurkan kepada Blogger ini, carilah jalan lain bagaimana untuk membantu beliau. Jika perlu, di dalam setiap ceramah yang diadakan oleh parti diadakan tabung khas bagi membantunya. Sampaikah hati kita melihat Blogger ini akan menadah tangan `meminta sedekah' untuk mencari dana menghadapi tindakan puak yang selama ini kita tentang?

Samada Blogger ini bersalah atau tidak belum tentu lagi. Tidak salah kita membantunya kerana beliau dibawa ke mahkamah bukan atas kesalahan jenayah berat yang boleh memalukan parti. Jangan kita berkata `Berani Buat, Berani Tanggung' sedangkan belum pun terbukti seseorang itu bersalah. Bayangkan jika ada di antara kita akan berkata `Berani Buat Berani Tanggung' terhadap DS Anwar di dalam kesnya sekarang? Sudah tentu ianya tidak adil dan bakal mengguris hati dan perasaan DS Anwar dan keluarganya.

Saya merayu dan memohon agar pimpinan PKR, pimpinan PAS dan DAP menggerakkan usaha untuk membantu Blogger ini. Biarlah kita senang dan susah bersama. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. MOGA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BANTU BLOGGER BUKAN SAJA SHARPSHOOTER TAPI JUGA YANG LAIN TERUTAMA YANG MEMANG DARI DULU MENYOKONG KUAT PR, CONTOHNYA SEBUAH LAMA TANG POPULAR DARI SEJAK ERA REFORMASI LAGI YANG MEMANG TERKAPAI-KAPI DENGAN TANGGUNG SENDIRI DEMI PERJUANAGN SUCI MENEGAK KEBENARAN MENENTANG SEKUTU APCO TERPAKSA MENANGGUNG SUSAH PAYAH DALAM MENYELENGARAKAN LAMAN TERSEBUT HINGGA SEDIKIT MASA TERBANTUT BEBERAPA BULAN KERANA MASALAH BAYARAN SERVER SEWAAN DAN LAPTOP YANG 2/3 BIJI LINGKOP TAPI TUAN PUNYA WEB TANGGUNG SENDIRI ,WALAU BEBERAPA KALI MEMINTA BANTUAN TAPI SEKADAR BERJUMLAH RM2.50 PERNAH DIPUNGUT !BAYANGKAN BERAPA RAMAI PENGUNJUNG TAPI PASAL DUIT MACAM KEDEKUT PULA PARA PEMBACA & PENGUNJUNG ,LAMAN ITU IALAH LAMAN MARHAEN(KINI http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/) YANG KINI PUN MASIH TERKAPAI-KAPAI JUGA DALAM MENGURUSKANYA ! BANTUAN BUKAN UNTUK POKET PENGENDALI TAPI MENYELENGARA LAMAN WEB TERSEBUT,WASSALAM

    BalasPadam
  2. apa pulak nak dirisaukan, berani kerana benar..kan...kan

    BalasPadam
  3. betul...berani kerana benar. Di mahkamah, jika mahu buktikan kebenaran pun kita kena ada duit bro....masuk mahkamah mesti ada cukup fulus...

    BalasPadam