RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 27 Februari 2019

KENAPA ANWAR SUDAH MULA AGRESIF TERHADAP PAS?

ANWAR MULA SERANG PAS KERANA PAS SUDAH MELAMPAU MENFITNAHNYA 
 


Sebelum ini amat susah kita melihat Anwar menyerang Pas walaupun hubungan Keadilan dengan Pas dah lama renggang kemudiannya putus. Walaupun di kalangan pimpinan Pas ramai yang menyerang Anwar, lekehkan dia dan merendah2kan isterinya, Wan Azizah, namun Anwar tetap bersabar.

Sewaktu PR bergolak dan Pas tarik diri dari PR, sewaktu awal PH mahu ditubuhkan, Anwar dari tembok penjara Sg Buluh masih berusaha agar Keadilan dan PH dapat memujuk dan membawa Pas bersama ke dalam PH. Begitulah sayangnya Anwar kepada Pas.

Tetapi mengapa sekarang nada Anwar kepada Pas berbeza? Tidak lain tidak bukan kerana Pas semakin melampau terhadapnya. Anwar adalah di antara tokoh utama dan faktor penting di dalam menaikkan Tun M sebagai PM selepas PH menang PRU14. PH tidak mungkin dapat membuat keputusan untuk mengangkat Tun M sebagai PM sekiranya Anwar tidak setuju. Anwar setuju untuk terima Tun M sebagai PM kerana beliau yakin Tun M sekarang bukan lagi Tun M dahulu yang beliau tentang. Tun M dahulu adalah Tun M yang berada dalam Umno. Tun M sekarang adalah Tun M yang menentang Umno sehingga Umno rebah ke bumi. Maka, sokongan Anwar kepada Tun M memang wajar dan tepat.

Mengapa Pas cuba menjadi batu api untuk memecahkan kesatuan kedua2 tokoh hebat ini? Tuduhan Pas bahawa Anwar merancang untuk menggulingkan Tun M adalah satu fitnah jahat yang tidak masuk akal langsung. Politik Pas yang menghalalkan fitnah demi parti mungkin pada mereka "halal" sebagaimana menipu.

Sebab itu Anwar tidak lagi boleh bersabar dengan Pas. Anwar mesti melawan Pas kerana Pas cuba untuk melemahkan PH. Hadi silap orang untuk berdepan dengan Anwar. Hadi tidak lah bijak untuk menipu Tun M dan Anwar. Hadi hanya boleh menipu dan tertipu dengan Umno sahaja.

Sila jawab pertanyaan apa yang Anwar katakan di bawah ini. Anwar tidak akan bertanya kalau Anwar tidak tahu jawapan sebenarnya. Cuma Anwar hanya mahu lihat sejauh mana Hadi mahu menipu lagi?

  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Presiden PKR hari ini mendesak PAS memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah di antara Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report turut melibatkan bayaran lebih RM1 juta.

Anwar Ibrahim berkata wujud kenyataan tidak sekata di antara Abdul Hadi dan Clare Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah saman tersebut.

"Saya nak tanya dan dapat kepastian, apakah ada bayaran yang diberi pada Clare dari pas? Lebih daripada RM1juta, boleh tak disahkan?" katanya pada sidang media selepas memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang./MKINI

Isnin, 18 Februari 2019

SATU LAGI PENIPUAN HADI - KERAJAAN PH DI DOMINASI OLEH BUKAN ISLAM?

 
 
Hadi Awang, ketika berucap di Program Ijtimak Siber Malaysia 2019 di Kemaman, Terengganu kelmarin menyalahkan anak-anak muda yang celik IT dan menggunakan media sosial sebagai salah satu sumber maklumat sehinggakan Umno/Bn tumbang secara mengejut dan kerajaan PH diangkat.

Mengikut kata Hadi, hasil dari maklumat yang diperolehi melalui media sosial tersebut maka Umno/Bn berjaya ditumbangkan dan wujudlah kerajaan baru yang di dominasikan oleh kaum bukan Islam. Kita sedar bahawa tujuan Pas menyertai PRU14 yang lalu untuk bertanding di semua Kerusi adalah untuk memecahkan undi bagi menentukan Umno/Bn di bawah Najib Kleptokrasi itu berjaya dikekalkan. Itulah salah satu cara parti ini untuk membalas jasa baik Umno yang telah banyak memberi dedak kepada parti yang kononnya parti Islam itu. Ini diakui sendiri oleh Nik Abduh di dalam audionya yang viral sebelum ini dan Nik Abduh akui itu memang suaranya. Malangnya. tiada siapa boleh melawan ketentuan Illahi. Cubaan Umno dan Pas untuk memecahkan undi telah gagal, sebaliknya Pas hilang banyak Kerusi dan banyak hilang wang pertaruhan. Umno/Bn pula hilang kuasa.

Hadi tidak boleh menyalahkan anak-anak muda yang semakin bijak menggunakan IT dan kemajuan teknoloji multimedia seperti media sosial untuk mengetahui perkembangan isu-isu politik semasa. Melalui media sosial lah maka anak-anak muda tahu dan faham tentang wang RM 2.6 Bilion yang dimasukkan ke akaun Najib dan tentang skandal 1MDB yang melenyapkan RM 24 Bilion wang rakyat itu. Kalau anak-anak muda mencari maklumat berkaitan di dalam Harakah, mereka akan dapati berita " Pas berpuashati dengan penerangan Arul Kandar, bekas CEO 1MDB". Melalui media sosial juga anak-anak muda tahu tentang betapa jeleknya pengurusan Tabung Haji yang kini sedang dipulihkan kembali. Jika mereka mencari maklumat di dalam Harakah, mereka akan dapati berita, " Pas berpuas hati dengan Tabung Haji". Begitu juga di dalam isu RUU Akta 355 yang menjadi modal Pas sebelum PRU14 yang lalu. Melalui media sosial lah anak-anak muda tahu bahawa Hadi yang mebawa "Private Bill" usul persendirian RUU Akta 355 ke Parlimen, tetapi Hadi juga yang memohon untuk ditangguhkan perbahasan walaupun dibantah oleh beberapa MP dari Pakatan Harapan. Seandainya anak-anak muda ini mencari maklumat berkaitan isu ini di dalam Harakah, tentu mereka akan temui berita bahawa kegagalan RUU Akta 355 adalah kerana Dap. Melalui media sosial juga, anak-anak muda terdedah dengan audio Nik Abduh yang mengaku terima wang Umno, walaupun Nik Abduh mulanya tidak mengaku tetapi akhirnya terpaksa mengaku tetapi berdalilkan "arwah bapanya Tok Guru Nik Aziz juga makan duit Umno dan pernah menipu". Demi parti boleh menipu, katanya. Pas juga bersekongkol dengan penipuan Nik Abduh itu. Adakah melalui Harakah, anak-anak muda ini akan memperolehi kebenaran? Mustahil.

Banyak lagi jika mahu disebut perbezaan maklumat yang tepat melalui media sosial berbanding maklumat dari Harakah. Bijak menggunakan media sosial maka kita akan perolehi maklumat yang betul. Justeru itu, Hadi tidak perlu salahkan anak-anak muda kerana jatuhnya Umno/Bn atau hilangnya banyak Kerusi Pas. Hadi tidak perlu bawa anak-anak muda ke zaman kuno. Hadi patut sedikit bersyukur walaupun kalah teruk di peringkat Pusat, namun sedikit sebanyak peranan media sosial juga telah membantu Pas kekal di Kelantan dan menang di Terengganu dalam PRU14 yang lalu.

Benarkah setelah Umno/Bn tumbang, maka wujud kerajaan Non Muslim yang menguasainya? Di dalam PH, kami ada empat parti iaitu Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu. Keadilan dipimpin oleh Melayu Islam. Amanah juga dipmpin oleh Melayu Islam, Bersatu pun begitu dipimpin oleh Melayu Islam. Dap sahaja yang dipimpin oleh kaum Cina Non Muslim namun parti ini mempunyai ramai juga pimpinan dan ahli-ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Kesemua parti di dalam PH ini telah bersetuju secara bertulis dan perjanjian bahawa PH akan menyanjung dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan termasuk hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, ugama Islam dan raja berpelembagaan. Berbeza dengan Bn dahulu, berapa ramai ketua-ketua parti di dalam komponen Bn yang Melayu Islam dan bukan Melayu Non Muslim dari 14 komponennya? Majoriti pimpinan parti di dalam komponen Bn adalah bukan Melayu Non Muslim.

Saya akan tunjukkan kepada Hadi susunan Kabinet kerajaan PH sekarang agar Hadi boleh mengambil kulkulator untuk mengira berapa ramai Melayu Islam berbanding dengan bukan Melayu Non Muslim di dalam kabinet kerajaan sekarang. Kabinet adalah pembuat dasar bagi semua Kementerian. Ertinya, sejumlah inilah yang akan menentukan dasar kerajaan. Adakah kaum bukan Melayu dan Non Muslim punyai kuasa penuh dan penentunya?

MENTERI PENUH (ISLAM)

1. PM - Tun Dr Mahathir Mohamad
2. TPM/Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
3. Menteri Dalam Negeri - Tan Seri Muhyiddin Yassin
4. Menteri Pertahanan - Muhamad Sabu
5. Menteri Pendidikan - Dr Maszlee Malik
6. Menteri Pembangunan Luar Bandar - Rina Harun
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato' Seri Azmin Ali
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Zuraida Kamarudin
9. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Salahudin Ayob
10. Menteri Kesihatan - Dr Dzulkefli Ahmad
11. Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah
12. Menteri Wilayah - Khalid Samad
13. Menteri Pelancungan, Seni dan Budaya - Dato' Muhamaddin Ketapi
14. Menteri Belia dan Sukan - Syed Saddiq Abd Rahman
15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna - Dato' Saifuddin Nasution
16. Menteri Pembangunan Usahawan - Redzuan Yusof
17. Menteri Di JPM (Ugama Islam) - Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa

JUMLAH - 17 orang

MENTERI PENUH (NON MUSLIM)

1. Menteri Kewangan - Lim Guan Eng
2. Menteri Pengangkutan - Anthony Loke
3. Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Sigh
4. Menteri Sumber Manusia - M. Kulasegaran
5. Menteri Tenaga, Teknoloji, Sains dan Alam Sekitar - Yeo Bee Yin
6. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi - Darrel Leiking
7. Menteri Industri Utama - Teressa Kok
8. Menteri Kerjaraya - Baru Bian
9. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr Xavier Jayakumar
10. Menteri Di JPM (Undang-Undang) - Dato' Liew Vui Keong
11. Menteri Di JPM (Perpaduan Negara) - Senator Waytha Moorthy Ponnusamy

JUMLAH - 11 orang.

TIMBALAN MENTERI (ISLAM)

1. Kewangan - Amiruddin Hamzah
2. Kementeri Dalam Negeri - Dato' Aziz Jamman
3. Tenaga, Teknoloji, Sains dan Alam Sekitar - Isnaraissah Munirah Majilis
4. Pengangkutan - Kamaruddin Jaafar
5. Komunikasi dan Multimedia - Eddin Syazlee Shith
6. Tenaga Manusia - Dato' Mahfuz Omar
7. Kementerian Wilayah - Dato Dr Shahruddin Md Salleh
8. Pelancungan, Seni dan Budaya - Bakhtiar Wan Chik
9. Pembangunan dan Usahawan - Dr Hatta Ramli
10. Industri Utama - Shamsul Iskandar Md Akin
11. Kerjaraya - Anuar Tahir
12. Air, Tanah dan Sumber Asli - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
13. Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) - Hjh Fuziah Salleh
14. Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) - Hanipa Maidin
15. Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara) - Dr Md Farid Md Rafik

JUMLAH - 15 orang
TIMBALAN MENTERI (NON MUSLIM)
1. Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyaraka
t - Hannah Yeoh
2. Pendidikan - Teoh Nie Ching
3. Pembangunan Luar Bandar - R. Sivarasa
4. Pertanian dan Asas Tani - Sim Tze Tzin
5. Kesihatan - Dr Lee Boon Chye
6. Belia dan Sukan - Steven Sim
7. Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr Ong Kian Ming
8. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Chong Chieng Jen
9. Pertahanan - Senator Liew Chin Tong

JUMLAH - 9 orang.

Jauilah tipu daya Hadi dan Pas.

Isnin, 14 Januari 2019

ANWAR TIDAK PERLU MENGGANTIKAN KAK WAN SEBAGAI TPM BAGI MENJADI PM KE 8

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Amanah Kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria melalui kenyataannya yang disiarkan oleh Malay Mail, semalam. Rujuk di https://www.projekmm.com/…/azizah-perlu-beri-laluan-anwar-j…

Beliau mencadangkan agar Kak Wan, TPM memberikan laluan kepada Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berada di Kerusi TPM sebelum tokoh reformasi ini diangkat menjadi PM selepas Tun M. Ketua Amanah Permatang Pauh ini menyebut bahawa Anwar terlalu banyak bercakap tentang isu-isu berkaitan dasar dan kepentingan negara, sedangkan waktu ini beliau tidak mempunyai kuasa dan kedudukan untuk bercakap sedemikian. Baginya, adalah lebih baik Anwar berada di dalam Kabinet sekarang agar segala apa yang beliau cadang atau kemukakan lebih efisyen kepada kerajaan.

Saya tahu Dr Zaidi tentunya mempunyai niat yang baik apabila mencadangkan sedemikian rupa. Beliau tentu mahu melihat kerajaan ini lebih mantap dan berkesan apabila Anwar berada di sebelah kanan Tun M. Namun, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik kita mematuhi apa yang telah kita sepakati di dalam Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang lalu bahawa Tun M adalah PM, manakala Kak Wan sebagai TPM dan Anwar adalah PM seterusnya. Rakyat pula masih teruja dan berbangga dengan rekod tercipta di bawah kerajaan Pakatan Harapan apabila seorang wanita ditabalkan sebagai TPM.

Anwar sebagai Ahli Parlimen biasa, selaku Presiden Keadilan bahkan selaku Ketua Umum Pakatan Harapan itu sendiri sudah cukup memadai untuk beliau menyatakan pandangannya terhadap apa jua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Setakat ini, apa yang pernah disuarakan oleh Anwar nampaknya diberi perhatian serius oleh kerajaan. Sehubungan itu, tidak timbul soal Anwar lebih berperanan atau berfungsi di dalam kerajaan hanya apabila beliau dilantik sebagai TPM.

Kak Wan harus diberikan ruang untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai TPM di samping Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sehingga sampai masanya Anwar diangkat sebagai PM ke 8.

Kedudukan Anwar sekarang adalah lebih baik bagi beliau kerana beliau mempunyai banyak masa dan ruang berada di akar umbi untuk melihat dari luar tentang kemajuan kerajaan yang baru berusia lebih kurang 8 bulan ini sebelum beliau sendiri menerajuinya.

Sabtu, 22 Disember 2018

SELEPAS BANYAK MENGUSIK ANWAR, KINI MSO MENGUSIK NURUL IZZAH PULA

MSO atau Mohd Sayuti Omar menulis, selamat bersara Nurul Izzah dan apa2 kenyataan dari anak sulung Anwar Ibrahim itu bukan lagi boleh dianggap kenyataan politik. Begitu sinis anggapan MSO terhadap Nurul Izzah. 

Aku pelik dgn MSO atau Mohd Sayuti Omar II ni. Semakin lama semakin tumpul pemikirannya. Dia tahu atau tidak bahawa YB Nurul Izzah itu hanya umum meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden Keadilan dan Pengerusi MPN P.Pinang. Dia masih MP Permatang Pauh, ertinya dia masih orang politik, bahkan insan yg digelar Puteri Reformasi sewaktu era reformasi 1998 itu adalah tokoh pejuang politik sebelum beliau menjadi MP lagi. Waktu itu pun MSO banyak untung jual buku politik berkaitan reformasi.

Kalau sebelum ini MSO banyak menulis berbagai2 cerita karut tentang Anwar untuk menunjukkan Anwar itu gopoh mahu menjadi PM, kali ini beliau mahu menyatakan Nurul Izzah harus berhenti berjuang dlm politik? Apakah tanpa jawatan dlm politik, maka kena berhenti berjuang di dalam politik?

Nurul Izzah bukan penulis buku upahan atau murahan yang akan mencari cerita dan reka cerita untuk berniaga. Dia fokus kpd agenda reformasi yang sebenar dan reformasi itu bukan terhenti apabila bapanya, Anwar dibebaskan. Beliau mahu rakyat faham bahawa agenda reformasi masih jauh perjalanannya dan ianya patut bermula mulai sekarang.

Jumaat, 14 Disember 2018

DOA YANG SEMUANYA BERTUJUAN UNTUK "MEMUSNAH"KAN

Berkat sungguh doa para lebai. Dulu mereka doa dlm stadium untuk "K.O" Umno, berkat doa mereka kini "K.O" bertukar jadi "O.K umno" dengan mereka.

Dulu mereka berdoa dlm muktamar di Kedah "Jahanam PAN (Amanah)", tak sampai beberapa jam ribut melanda khemah di muktamar. Lebai Sudin cecopong pun berucap dan petik ayat Al-Quran di himpunan Pastokin di Tganu, jual ayat tersebut untuk fitnah Husam Musa dan Amanah, tiba2 berdentum petir dan kilat, "black out" terus.

Sewaktu kempen PRU14, seorang lebai dari Sgor berdoa dalam satu himpunan solat hajat, memohon agar tentera2 jihad mereka menang besar dan merampas Sgor dari kumpulan2 yg dikatakan kumpulan ahzab. Selepas PRU14, tukang baca doa itu pun tersungkur dgn aib sekali dan partinya hanya dapat satu Kerusi, ibarat partinya dah berkubur di Sgor dengan sebatang nisan.

Baru2 ni himpunan ICERD, lebai Nik Zawawi berdoa agar "pendek umur" kjaan PH, tak sampai beberapa hari, umur kawan lebai iaitu Umno semakin pendek, Umno Sabah berkubur dan tidak beberapa lama lagi umno perak pula dan banyak lagi yg akan menggali kubur masing2 berkat doa sang lebai.

Tkasih para lebai yg terus berdoa. Allah lebih tahu siapa yg lebih baik untuk diberikan pertolongan.

Selasa, 27 November 2018

ISU KHITAN BAYI PEREMPUAN - NIK AMAR YANG TIDAK FAHAM ATAU KAK WAN ?

TMB Kelantan, Nik Amar di dalam kenyataannya merasa kesal kerana isu khitan bayi perempuan ini menjadi satu isu besar sehingga melibatan TPM, Kak Wan turut campurtangan. Menurut beliau, isu Khitan ini tidak seharusnya timbul kerana sejak sekian lama umat2 Islam megikuti amalan ini dan beliau hairan mengapa kerajaan seolah2 termakan dengan agenda bukan Islam apabila Kak Wan menyatakan kesediaan kerajaan untuk berunding dengan Kementerian Kesihatan di dalam isu khitan (bersunat) ini.
 

Apakah benar sangkaan Nik Amar? Adakah beliau percaya Kak Wan selaku orang Islam yang seluruh keluarganya sendiri secara peribadi dilihat mengikuti amalan dan budaya kehidupan umat2 Islam akan menolak amalan 'khitan' ini? Adakah Nik Amar fikir Kak Wan begitu jumud pemikirannya seperti beliau?

Apakah apabila Kak Wan selaku TPM berkata akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan di dalam isu ini maka dikhuatiri di masa akan datang amalan berkhitan di negara ini akan diharamkan? Nik Amar yakinkah, Menteri Kesihatan iaitu YB Dr Zulkifli (bekas pimpinan Pas) yang kini pimpinan Amanah akan membuat keputusan mengharamkan khitan? Itukah yang kepala otak Nik Amar fikirkan? Tidak boleh jauh lagi ke hadapankah pemikiran itu? Patut pun pembangunan di Kelantan setakat itu saja kerana otak TMB pun tidak boleh pergi jauh.

Apa yang Nik Amar tidak faham adalah isu khitan ini ditimbulkan oleh dunia luar sana adalah berkisar tentang faktor keselamatan dan penganiayaan kanak2. Bukan soal perbuatan atau amalan tersebut kerana khitan ini juga turut dilakukan oleh banyak penganut agama lain selain Islam. Tidak timbul soal mengharamkan khitan.

Faktor keselamatan adalah faktor teramat penting sekali hatta Islam sendiri pun meletakkan faktor keselamatan sebagai wajib dijaga. Jika mahu bersolat sekalipun, Islam mengajar kita mencari tempat solat yang bukan sahaja bersih dan suci tetapi wajib di tempat yang selamat. Haram solat di tengah2 jalanraya walaupun waktu solat hampir lupus. Jika solat pun perlu kepada menjaga keselamatan, apatah lagi berkhitan iaitu memotong sebahagian dari kulit pada kemaluan.

Lazimnya selama ini, bayi2 perempuan akan dihantar berkhitan oleh ibu-bapanya kepada seseorang yang biasa mengkhitankan bayi perempuan di kampung tersebut. Ramai yang tidak menghantar ke klinik. Jika dahulu, di kalangan kanak2 lelaki mereka akan menghantarnya kepada 'tok mudin' yang akan menggunakan kaedah lama, berkhitan atas batang pisang.

Dari segi hukumnya tidak salah selagi memenuhi syarat berkhitan. Namun, apakah tidak akan berlaku kecuaian atau kemalangan sewaktu melakukan khitan? Banyak kes berlaku. Ada kes sampai mengakibatkan kecacatan dan kehilangan nyawa. Adakah salah jika aspek keselamatan di dalam melaksanakan amalan khitan ini dibincangkan oleh kerajaan ? Ertinya, kerajaan akan cuba berbincang dengan Kementerian Kesihatan dalam kaedah terbaik untuk melindungi keselamatan dan tidak menganiayai kanak2 di dalam melaksanakan amalan berkhitan ini. Apakah satu dosa besar?

Kepada Nik Amar, cuba belajar luaskan minda dan jangan terlalu jumud. Paling penting jangan terlalu bersangka buruk kepada musuh2 politik kamu sehingga benda yang baik pun kamu kata sebagai menghina Islam. Apabila kerajaan kata mahu mengkaji sesuatu, terus kamu cop sebagai mahu melaksanakan agenda musuh Islam. Apabila kerajaan tidak berkata apa2 tentang ICERD, kamu tuduh kerajaan akan terima ICERD. Apabila kerajaan putuskan menolak ICERD, kamu kata kerajaan tidak ikhlas pula. Bersihan hati, wahai Nik Amar.

Sabtu, 24 November 2018

SENTIMEN KAUM DAN AGAMA YANG MEREKA CUBA BAWA TERNYATA BERJAYA DIPATAHKAN OLEH KERAJAAN PH

Terima kasih kpd semua kepimpinan parti2 dalam PH, yang telah sepakat dan sekata untuk menentang ICERD seterusnya telah berjaya membuat keputusan sebulat suara di dalam Kabinet bahawa kerajaan PH menolak ICERD. Tanpa berdemontrasi, tanpa menjerit terlolong, tanpa menjual T-Shirt baju unggu, kita berjaya mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Itulah pentingnya dapatkan kuasa, dengan kuasa kita bukan sahaja boleh membongkar salahlaku rompakan rejim terdahulu namun kita mampu mempertahankan Perlembagaan negara.

Terbukti dakwaan mereka bahawa kerajaan PH telah dikuasai oleh Cina Dap adalah salah samasekali. Apa yg terbukti sebaliknya adalah puak2 mereka akan terus mencari jalan untuk memainkan sentimen kaum dan agama untuk keentingan politik mereka. Tolak Umno - Pas, pertahankan kesejahteraan negara!

Jumaat, 26 Oktober 2018

PEMILIHAN PARTI - MENGAPA HARUS SOKONG KAK GEE ?

SOKONGAN KEPADA YB FUZIAH SALLEH SEBAGAI CALON KETUA WANITA KEADILAN PUSAT HARUS DITINGKATKAN
 


Timbalan Menteri Di JPM yang juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah menguasai 9 Cabang daripada 14 Cabang seluruh Pahang, namun beliau masih ketinggalan dari jumlah undian keseluruhan kepada pesaingnya YB Haniza Talha.

Di Negeri Pahang, YB Fuziah menang di Cabang Cameron Highland, Lipis, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran, Bera dan Rompin. Manakala, YB Haniza Talha menang di Cabang Raub, Pekan, K.Krau, Temerloh dan Bentong.


Calon No. 2 ini perlu mendapatkan sokongan lebih besar dari beberapa negeri yang masih belum mengadakan pemilihan bagi merapatkan kedudukan dengan pesaingnya. Kedudukan beliau dengan Sdr Rafizi, seorang lagi calon Timbalan Presiden memang jauh berbeza meskipun berada di dalam Tim yang sama iaitu Tim #Reformasi20Tahun kerana kedudukan YB Fuziah hanya boleh ditentukan oleh kaum wanita di dalam Keadilan.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua kaum wanita di dalam Keadilan untuk hadir beramai-ramai di Cabang masing-masing untuk menyatakan sokongan kepada 'wanita besi' ini. Ketokohan dan kewibawaan beliau memang tidak boleh dipertikaikan dan sememang layaknya beliau menjadi Ahli Parlimen tiga penggal berturut-turut di Kuantan.

YB Fuziah Salleh atau panggilan mesra dipanggil "Kak Gee" adalah seorang Wakil Rakyat yang lantang bersuara di Parlimen semenjak beliau diangkat menjadi MP Kuantan. Namanya popular sebagai pejuang alam sekitar atau bencana alam di mana pernah menggegarkan Parlimen dengan isu Kilang Lynas dan perlombongan Bauksit. Beliau juga begitu lantang menyuarakan masalah banjir sewaktu banjir besar melanda di beberapa negeri suatu ketika dahulu.

Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sekarang, beliau telah diberi peranan yang mungkin tidak pernah kita fikirkan iaitu sebagai Timbalan Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama). Tugas ini sememangnya mencabar buat seorang aktivis alam sekitar, namun beliau menganggapnya sebagai satu cabaran baru. Beliau mahu buktikan bahawa kaum Wanita mampu melakukan apa jua sekiranya diberikan peluang. Ternyata beliau mampu melaksanakan amanah yang diberikan dan di bawah kementeriannya banyak dasar baru serta pendekatan-pendekatan baru yang lebih baik berjaya di perkenalkan.

Semoga kaum wanita Keadilan dapat memberikan sokongan padu kepada YB Fuziah Salleh agar beliau berjaya mengangkat imej dan kedudukan kaum wanita ke tahap yang lebih baik lagi di negara ini.

SOKONGLAH CALON NO. 2 - YB FUZIAH SALLEH

 

Selasa, 23 Oktober 2018

PEMILIHAN KEADILAN - RAFIZI KUASAI PANTAI TIMUR TERMASUK PAHANG

RAFIZI TETAP UNGGUL DI PAHANG 
 
 


Azmin selaku Timbalan Presiden telah sampai ke Indera Mahkota/Kuantan untuk berkempen. Rafizi selaku Naib Presiden juga telah sampai ke tempat dan lokasi yang sama untuk berkempen.

Akhirnya, di dalam pemilihan di semua Cabang di Pahang, sokongan Cabang2 kepada kedua2 tokoh tersebut adalah seperti berikut:

SOKONGAN KEPADA AZMIN:

1. Lipis
2. Raub
3. Pekan
4. K.Krau
5. Temerloh
6. Bentong

SOKONGAN KEPADA RAFIZI:

1. Cameron Hghland
2. Jerantut
3. Indera Mahkota
4. Kuantan
5. Paya Besar
6. Maran
7. Bera
8. Rompin

Daripada 14 Cabang di Pahang, 8 Cabang memberikan sokongan kepada Rafizi Ramli dan 6 Cabang telah menyokong Azmin.

Jumlah undi yang diperolehi oleh kedua2 tokoh berkenaan setelah dimuktamadkan adalah seperti berikut:

JUMLAH RAFIZI = 2, 424
JUMLAH AZMIN = 2, 346

MAJORITI RAFIZI MENDAHULUI AZMIN DI PAHANG ADALAH SEBANYAK 78 UNDI.

 

Jumaat, 12 Oktober 2018

TERDESAK KEMPEN - PAS MENYAMAKAN ANWAR DENGAN MENDIANG JALUT ZAMAN BANI ISRAEL

" AURA dan kehebatan Anwar Ibrahim sekarang mungkin mengalahkan aura mendiang Jeneral Jalut di zaman Bani Israil dulu. Tiada yang menjangka dia boleh dikalah. Seperti tiada makhluk manusia boleh mengalahkan Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah di Tahun Gajah dulu."
(http://www.harakahdaily.net/…/8324-mengalahkan-anwar-sepert… )


Tidak sah kalau Pas tidak menjual agama apabila berkempen. Jika dahulu mereka jual nama jihad menentang Umno sampai ada yang mati di Memali tanpa dimandi dan disolatkan, akhirnya hari ini parti lebai inilah yang pertama memeluk cium Umno. Mereka juga menjual Hudud, jual RUU Akta 355, jual segala macam benda isu agama yang boleh dijual, asalkan parti ini mendapat undi setiap kali pilihanraya. Itulah stail Pas, parti yang kini menjadi parti sekutu Umno/Bn. 
 

Mereka tidak mampu berdepan dengan hujah Anwar, maka dicari isu-isu peribadi untuk buruk-burukkan Anwar. Mereka kejutkan semula fitnah yang sedang tidur, mereka mainkan semula kisah liwat Anwar yang dulu apabila mempertikaikan pembebasan dan pengampunan Agong terhadap Anwar. Hadi telah mula bercakap soal akhlak Anwar, seolah-olah Hadi adalah manusia paling berakhlak. Siapa paling banyak bercakap dengan bahasa kesat, Hadi atau Anwar? Kita boleh nilaikan sendiri. Bezanya Hadi bercakap bahasa kesat diselangselikan dengan ayt Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan apa yang dia buat. Dia gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan Amanatnya itu betul dengan menyebut menentang Umno itu jihad dan boleh mati syahid menentang Umno. Sekarang, dia juga gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan betapa baiknya bekerjasama dengan Umno atas prinsip "Taawun". Istilah arab digunapakai untuk memperbodohkan orang-orang Islam.

Di PRK Port Dickson, Pas menyifatkan Anwar seolah-olah Panglima Perang Jalut (kafir) yang ditentang oleh Nabi Daud A.S. Dijualnya lagi kisah Nabi melawan kaum kuffar, seolah-olah itulah yang Pas hadapi di Port Dickson. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meraih simpati umat-umat Islam di Port Dickson agar mengundi Pas. Itu saja matlamat Pas. Parti ini akan melakukan apa saja asalkan dapat dua tiga undi. Tidak pelik jika di aas mimbar Jumaat pun mereka selamba menabur fitnah terhadap kerajaan PH. Pada waktunya, Pas menjual ayat " Jangan sesekali cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api Neraka". Ayat ini amat laris dibaca oleh penceramah-penceramah Pas sewaktu mereka bersama kita di dalam PR dulu. Tetapi, apabila mereka berpisah dengan kita dan tidak mahu bersama PH, mereka memilih untuk bersama Umno, maka ayat yang mereka jual adalah ayat berkaitan "Taawun" (bersangka baik) pula. Semoga Almarhum Ibrahim Lbya dan para pengikutnya yang terkubur di Memali tidak tahu kisah ini.

Alasan Pas tidak mahu bersama PH adalah kerana adanya Dap yang kononnya menentang Hudud. Tetapi, Pas terang-terangan boleh membantu MCA di PRK Balakong baru-baru ini sedangkan MCA lagi lantang menentang Hudud. Hujah Pas adalah MCA hanya menentang Hudud bukannya menentang Pas. Adakah Pas lebih tinggi dari Hudud? Menentang Hudud boleh asalkan tidak menentang Pas?

Kepada para pengundi di Port Dickson, jangan termakan dengan dakyah Pas. Biarkan Pas bersama Umno untuk bergantung hidup. Kita tidak perlu bimbang kerana Umno pun kini ibarat nyawa-nyawa ikan. Pas sendiri telah samakan diri mereka umpama anjing berebut tulang dengan Umno. Biarkan anjing-anjing berebut tulang, dan kita lihat nanti mereka akan bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu seketul tulang. Kita perkuatkan PH kerana misi kita untuk membawa negara ini jauh lebih maju ke hadapan. Kita mahu isinya, bukan tulang.

" Kita menentang Pas bukan kerana namanya Pas. Kita menentang Pas adalah kerana Pas menjual agama dan bersekongkol dengan Umno/Bn yang telah merosakkan negara ini sewaktu mereka memerintah, dan penentangan kita kepada puak-puak ini adalah jihad".
SELAMAT MENGUNDI.

Khamis, 11 Oktober 2018

MENGAPA HARUS MENYOKONG YB CHEAN CHUNG?

MOHON SOKONGAN UNTUK YB CHEAN CHUNG - CALON MPP 


Calon MPP, yang juga Adun Semambu YB Chean Chung telah memperolehi sokongan 78.5% daripada keseluruhan Cabang di Negeri Pahang. Beliau telah mendapat sokongan daripada 11 Cabang seperti berikut:

1. Indera Mahkota (Beliau selaku KC) - 370 undian.
2. Jerantut - 329 undian
3. Bera - 257 undian.
4. Temerloh - 212 undian
5. Kuantan - 158 undi
6. Paya Besar - 149 undian
7. Lipis - 137 undian
8. Rompin - 95 undian
9. Maran - 75 undian
10. Cameron Highland - 21 undian
11. Pekan - 14 undian.

Ini menunjukkan anak muda ini mendapat sokongan besar dari Cabang-Cabang di Negeri Pahang kerana ahli-ahli menilainya dari sudut kewibawaan dan prestasi beliau selama dua penggal sebagai Adun Semambu. Suara rakyat yang beliau bawa di dalam Dewan Undangan Negeri merentasi isu perkauman, agama mahupun daerah. 

Bagi saya, jika di peringkat nasional kita ada anak muda bernama Rafizi Ramli yang begitu berani mendedahkan sebarang penyelewengan atau skandal yang berlaku, di negeri Pahang kami ada YB Chean Chung . Banyak kes atau isu yang beliau dedahkan melibatkan skandal-skandal dan penyelewengan di peringkat negeri ini disusuli dengan banyak laporan Polis yang telah dibuat. Beliau sering ditekan dan diugut namun beliau terus berjuang tanpa mengenal erti takut.

Parti Keadilan memerlukan insan seperti ini agar dapat menentukan parti kita yang kini telah menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah Pusat boleh mengurus tadbir negara dengan baik. Semangat dan perjuangan beliau amat kami tagih di negeri ini yang masih diperintah oleh Umn/Bn.
Sehubungan itu, kami di negeri ini amat mengharapkan sokongan semua teman-teman dari setiap negeri untuk memberikan undian kepada beliau bagi menempatkannya di kalangan 20 orang pimpinan di peringkat MPP. Hanya sokongan dari teman-teman semua boleh membantu kami di Pahang ini untuk merampas Pahang dari Umno/Bn pada PRU 15 akan datang. 

Mohon berikan sokongan kepada anak muda ini agar dapat menambahkan semangat dan kekuatan kami.