RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

GANYANG MALAYSIA - RAKYAT MAL AYSIA JUGA TIDAK TAKUT MATI

Biadab !!

Kurang ajar...GOBLOK !!

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAUH mana seriusnya kumpulan BENDERA di Indonesia untuk `mengganyang' Malaysia? Memang kita sedia maklum bukan majoriti rakyat Indon yang bersetuju dengan pendekatan bodoh dan gila kumpulan tersebut. Apatah lagi bagi warga Indon yang melambak bertaburan di negara kita ini untuk mencari rezeki yang halal termasuk juga yang tidak halal tentunya tidak bersetuju dengan cara kumpulan tersebut. Boleh baca di sini.

Paling menyakitkan hati kita apabila mereka sanggup mengadakan sekatan dalam operasi untuk mencari rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Kita tidak tahu sekiranya mereka menjumpai rakyat Malaysia di sana apakah yang ingin mereka lakukan. Adakah mereka ingin melakukan sesuatu sehingga ke tahap membunuh? Jika ini mereka lakukan, mereka telah melakukan kesilapan besar.

Bayangkan jika kita rakyat Malaysia melatah dan terikut dengan kumpulan bodoh BENDERA itu. Tentunya dengan senang kita menjumpai muka-muka Indon di merata-rata ceruk bandar dan desa di negara ini. Tidak perlu susah payah kita lakukan `road block', kita pasti dengan mudah menjumpai mereka di sektor-sektor perkilangan, ladang-ladang dan juga di tapak-tapak pembinaan. Bahkan, di mana-mana Pasar Malam pun kita boleh terjumpa muka Indon ini. Mungkin di antara kita juga menyimpan Indon dalam rumah kita sebagai Pembantu Rumah.

Provokasi oleh kumpulan tidak terpelajar seperti mereka itu menyusahkan kerajaan mereka sendiri. Saya tidak mahu tahu mengapa mereka begitu marah kepada Kerajaan Malaysia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang bengang dengan pemerintah sekarang. Tetapi, tindakan mereka itu seperti tindakan tidak bertamaddun sehingga mahu menghancurkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Sewajarnya kerajaan memandang serius ancaman kumpulan ini walaupun dikatakan jumlah mereka terlalu sedikit. Tetapi demi moral dan maruah (jika negara kita masih punyai maruah), kerajaan haruslah bertindak mulai sekarang meredakan keadaan. Rakyat Malaysia waktu ini hanya sekadar memerhatikan sahaja sejauh mana kumpulan samseng ini mahu bertindak. Harus mereka ingat, rakyat Malaysia juga tidak takut mati jika negara tercinta ini terancam./wfauzdin.blogspot.com

MISTERI KAIN RENTANG, MISTERI PEGUAM NEGARA

Remove Formatting from selection

Misteri Kain Rentang Satu Propaganda Murahan

Dari Harakah
Oleh Ahmad Tajdid

RASANYA tidak ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Johor yangg terlalu bodoh dan naif untuk mengaitkan kempen politik dengan istana. Apatah lagi jika menggantung sepanduk memaparkan wajah Sultan Johor.

Gambar Sultan Johor pada sepanduk atau kain rentang itu dilapor diletakkan di bawah gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaris dengan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

Lebih bodoh lagi apabila Dr Chua disifatkan sebagai calon Menteri Besar; sesuatu yang mustahil bagi negeri-negeri Melayu yang berketuakan seorang Sultan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat, dari peringkat organisasi paling bawah – cawangan atau ranting – hinggalah ke peringkat nasional tentu maklum tentang perkara-perkara asas dalam perlembagaan negara dan negeri.

Proses perlantikan Menteri Besar Perak sebaik berakhirnya Pilihan Raya Umum 2008 dan krisis yang tercetus akibat rampasan kuasa BN banyak mengajar mereka tentang perkara-perkara berhubung perlembagaan negeri dan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu dalam memilih Menteri Besar.

Adalah mustahil bagi seorang pemimpin politik bukan Melayu dan bukan Islam untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar kerana secara tersurat mahupun tersirat, Menteri Besar bagi sebuah negeri Melayu mestilah seorang Melayu yang ditakrifkan juga sebagai seorang Islam.

Sehubungan itu, adalah suatu tindakan yang bodoh dan naif untuk PKR menggantung sepanduk dan mengisytiharkan Dr Chua sebagai Menteri Besar. Apatah lagi di saat istana Johor beberapa bulan lalu telah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada bekas Menteri Kabinet itu.

Setakat ini Dr Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri menafikan bahawa sepanduk itu digantung oleh aktivis PKR. Malah Dr Chua tanpa ragu-ragu menganggap ianya sebagai ‘kerja’ orang Umno bagi menjejaskan imejnya.

Jika benarpun sepanduk itu dipasang ketika PKR dan Pakatan Rakyat mengadakan majlis di Batu Pahat, kerja bodoh itu tidak semestinya dilakukan oleh petugas parti. Ia juga telah dinafikan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Program lawatan Anwar ke Batu Pahat pada 31 Julai lalu sebenarnya tidak berjalan lancar kerana diganggu pihak polis. Anwar dijadualkan berucap di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Sepanduk yang digantung di sebuah dewan, tempat Anwar dijadualkan berceramah turut diturunkan pihak polis walaupun ia tidak memaparkan wajah sultan.

Pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah berkenaan selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

Bila polis masih sibuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di saat indeks jenayah negara semakin meningkat, kita tentunya maklum pihak di sebalik arahan itu.

Walau apa pun motif kejadian tersebut, nyata ada pihak yang tidak begitu senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor.

Kerja-kerja sabotaj ini bukanlah suatu yang asing bagi BN dan Umno.

Lihat sahajalah bagaimana Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan sasaran fitnah Umno dan BN seminggu sebelum pilihan raya umum 1990 berlangsung.

Pada waktu itu, Tengku Razaleigh yang memimpin dua gagasan politik, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat mempunyai peluang besar bagi menewaskan BN. Tengku Razaleigh berjaya mendapatkan sokongan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dato’ Joseph Pairin Kitingan dan menjadikan kedudukan BN bagaikan telur dihujung tanduk.

Selain berasa tidak selamat di Semenanjung, BN yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad ketika itu terkejut dengan kejayaan Ku Li menkucar-kacirkan kubu BN di Sabah melalui PBS. Ku Li juga aktif mencari sokongan dan pakatan politik dengan parti-parti politik Sarawak.

Dan sudah menjadi resmi politik Umno untuk memainkan sentimen kaum dan agama bagi meraih sokongan rakyat. Sigah Kadazan yang dipakai Ku Li dijadikan modal untuk menggambarkan beliau sebagai seorang oportunis politik yang sanggup menjual agama dan bangsa semata-mata untuk berkuasa, sedangkan sigah yang sama (bermotif salib) dipakai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri ketika berkunjung ke Sabah.

Kempen jijik Umno yang dilancarkan dengan bantuan media massa utama negara itu berjaya menjatuhkan imej Ku Li di mata pengundi Melayu, dan hasilnya Semangat 46 kalah di kebanyakan kerusi majoriti Melayu kecuali di Kelantan. Usaha untuk menepis fitnah dan pembohongan Umno melalui penyebaran foto Dr Mahathir yang memakai sigah yang sama juga gagal akibat ketiadaan media alternatif yang berkesan.

Insiden yang berlaku di Johor ini tidak mustahil dilakukan oleh Umno yang semakin gusar dengan penularan pengaruh Pakatan Rakyat di negeri itu. Ia bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan berbanding apa yang pernah dilakukan oleh parti itu sebelum ini.

Kerja-kerja sabotaj bukan sesuatu yang asing dalam kempen politik Umno. Dalam sejarah politik negara, Umno bukan sahaja sanggup berbohong, memanipulasikan fakta, hatta secara semberono memperalatkan jentera dan pentadbiran kerajaan untuk terus berkuasa.

Menuduh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati istana ekoran insiden sepanduk itu juga adalah strategi Umno bagi menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap PAS, PKR dan DAP.

Rakyat Johor sendiri boleh menilai parti manakah sebenarnya yang sering memperalatkan istana untuk terus berkuasa hatta mewar-warkan bahawa Umno ditubuhkan di tangga istana.

Ketika diminta mengulas bidasan Dr Chua bahawa sepanduk itu sebenarnya digantung Umno bagi menjejaskan imej beliau, Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman menafikannya.

“Tiada siapa hendak buat pun, kita tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pembangkang yang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan,” kenyataan beliau dipetik media.

Abdul Ghani boleh membuat penafian tetapi semuanya kini terserah kepada tanggapan umum. Rakyat bukanlah senaif dahulu tatkala pemerintah mempunyai kuasa untuk mengawal sumber maklumat.

Dalam perkembangan berkaitan tiga anggota polis pada 18 Ogos lalu telah merakam kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Turut hadir dalam pertemuan hampir 1 jam itu ialah Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Keterangan itu bagi membantu siasatan berhubung penggunaan foto Sultan Johor pada kain rentang itu.

Pada sidang media selepas dirakamkan kenyataannya, Anwar berkata isu kain rentang provokatif itu bertujuan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan matlamat menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

“Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor,” tegasnya.

Chua pula berkata tindakan memasang sepanduk itu berniat jahat untuk menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.

“Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

“Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

“Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini,” kata Chua.

Apa juga yang berlaku, kita menuntut pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari dalang sebenar kejadian itu.

Kita tidak mahu kejadian ini terbiar menjadi misteri. Seperti juga misteri yang berlegar berhubung insiden cubaan rasuah Umno terhadap calon PAS di Dun Pasir Raja, Johor pada pilihan raya umum 2004. Bukti tentang kejadian rasuah itu benar-benar kukuh. Sipelakunya ditangkap di rumah calon PAS sendiri. Nombor telefon calon BN juga disimpan dalam telefon tertuduh. Kejadian itu dirakam dengan kamera dan video. Pertuduhan dibacakan pegawai BPR ketika tangkapan dibuat dan wang suapan itu diambil pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai bukti.

Pegawai BPR yang hadir memuji usaha para petugas PAS memerangkap sipelaku rasuah. Malah polis yang cuba campur tangan tidak dibenarkan masuk ke rumah calon sehingga pegawai BPR hadir.

Apabila ditanya BPR yang kini diangkat status sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), para pegawainya berkata, “kami dan serah kertas pertuduhan ke Pejabat Peguam Negara.”

Namun sudah enam tahun berlalu, tiada sebarang pertuduhan yang dilakukan Peguam Negara. Itu pun satu misteri juga!

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN CALON POPULAR ?


Azmin dianggap calon popular

SHAH ALAM – Pertandingan merebut kerusi nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka sengit apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan tersebut jika dicalonkan dan mendapat sokongan akar umbi.

Penganalisis politik tempatan, Datuk Zainal Kling berkata, walaupun Zaid Ibrahim mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan tersebut, namun Naib Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan sebagai calon popular yang dijangka berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden.

“Azmin secara lojik akan dipersetujui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui jawatan nombor dua parti tersebut memandangkan beliau adalah pemimpin parti yang lebih dekat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesetiaannya kepada parti.:

“Malah, Azmin juga sudah memberi sokongan peribadi yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar dalam mencapai hasratnya dan parti,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, Azmin juga dilihat sebagai pemimpin yang paling layak sebagai Timbalan Presiden dalam membawa suara dan mendapatkan sokongan generasi muda.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, Zaid Ibrahim dilihat sebagai calon baru yang banyak menerima cabaran dan tekanan sejak menyertai parti tersebut.

“Masih terlalu awal untuk Zaid Ibrahim menerajui jawatan nombor dua itu memandangkan ada ahli-ahli PKR yang mencurigai ‘kesetiaannya’ kepada parti itu.

“Namun, Anwar mempunyai minat yang kuat agar Zaid Ibrahim mempunyai jawatan di peringkat pusat bagi memperkukuhkan parti menjelang pilihan raya umum ke -13,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan PKR yang dijangka diadakan pada November ini bakal menyaksikan pertandingan sengit memandangkan calon yang bertanding mempunyai minat dan menaruh harapan menjawat jawatan menteri jika harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya menjadi kenyataan.

Kelmarin, Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang pernah mengumumkan tidak akan bertanding untuk merebut sebarang jawatan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November ini, mengesahkan beliau bersedia bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Zaid berkata, beliau akan menerima jawatan itu jika dicalonkan dan mendapat sokongan akar umbi./Sinar

Jumaat, 3 September 2010

MELAYU BUAT MASJID PUN DIA TIPU, CINA BUAT MASJID TAKUT MAHU TIPU - TUAN IBRAHIM


Tuan Ibrahim Tuan Man

Negara jadi kecoh seminggu dua ini bilamana ada sorang dua Ahli Parlimen dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor seolah-olah itulah tragedi paling hitam dalam sejaran Masjid di Malaysia.

Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni.

Cuma sepatah kata kawan saya “Cina MCA atau Gerakan tu tak mengapa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu pure cina punya”.

Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenar bukan kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang.

Kalau Cina Johor ke Pahang ke, rasanya tak lah kecoh sangat.

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid.

Tapi bila bagi projek buat masjid, barapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid.

Bukan apa, kata taukeh Cina tu..“Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ong punya”.

Cina bukan Islam tu pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi ke kontraktor Melayu (sebut Umno) buat masjid pun depa tipu jugak, berapa banyak masjid terbengkalai bila bagi kepada Melayu.

Tapi akhirnya bagi kepada kontraktor Cina, bahklan yang dok pasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina, masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi.

Yang dah rasmi pun kalau nak baiki mikrofon bagi power punya, berapa ramai Cina bukan Islam dapat projek.

Ini tak apa pulak sebab yang dapat tu Cina MCA..MCA tak apa, jangan cina DAP je…

Nasib mereka ni macam buldozer, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu, kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori.

Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok.

Kalau dah jadi begitu, saya rasa hari ni dia ‘naik’ BN, esok dia dah boleh masuk masjid.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS/Harakahdaily

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN ATAU ZAID ?

Jawatan no 2 PKR: Azmin, Zaid mendahului

Aidila Razak and S Pathmawathy
Sep 3, 10

Pengumuman penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau telah menukar fikirannya untuk merebut "jawatan itu" dalam pemilihan parti November depan - menyaksikan pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam PKR semakin hangat.

Syed Husin Ali yang telah memegang jawatan timbalan presiden PKR untuk selama dua penggal dijangka tidak lama lagi akan mengumumkan hasratnya untuk bersara.

Alasan, ahli akademik yang terjun ke dunia politik itu adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan faktor kesihatan.

Zaid sehingga hari ini belum mengumumkan jawatan mana yang akan beliau tandingi, meskipun beliau dilihat antara empat calon yang layak menjadi orang nombor dua PKR.

Mereka yang lain itu termasuk naib presiden Mustapha Kamil Ayub, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi naib presiden Azmin Ali.

Namun menurut seorang ahli biro politik yang tidak mahu dikenali, pertarungan sebenarnya adalah antara Zaid dan Azmin.

Calon yang tidak dikenali

Sokongan politik yang diperolehi oleh Khalid yang sejak akhir-akhir ini dibidas oleh ahli PKR dikatakan semakin merosot.

Khalid juga mengakui beliau kurang berminat dengan politik tetapi sebaliknya ingin menumpukan perhatian mkentadbirkan Selangor.

Mustapha, pula dilihat sebagai calon yang 'ditanam' oleh pihak tertentu bagi melunturkan semangat mereka yang lain untuk bertanding jawatan yang sama, kata sumber berkenaan.

Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju: "Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin.”

Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.

Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.

"(Zaid) mesti diuji dulu. Tidak dinafikan dia banyak berkorban dengan meninggalkan Umno tetapi ahli akar umbi ingin lihat kesetiaannya terlebih dahulu.

"Ahli-ahli juga ingin melihat kesinambungan, mereka akan mengundi seseorang yang memahami perjuangan parti,” katanya lagi.

Zaid, yang kini diberi tanggungjawab sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan menyertai parti itu dua tahun lalu.

Guris perasaan

Walaupun didakwa terbabit dengan politik wang dalam Umno, namun tindakannya meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negara - mendapat sanjungan dan penghormatan ramai.

Ahli biro politik PKR, S Manickavasagam pula berkata tindakan Zaid sebagai pendatang baru mungkin untuk mencabar kedudukan kanan parti itu mungkin menguris perasaan beberapa pihak.

"Orang akan berfikir sebagai ahli baru, beliau tidak sepatutnya bertanding jawatan yang begitu tinggi,” katanya sambil menambah bahawa ada pihak juga yang mendakwa Zaid mungkin bertanding jawatan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, kata Manickavasagam - Azmin lebih dikenali khususnya di Selangor - lebih-lebih lagi beliau baru dilantik sebagai ketua negeri yang baru bagi menggantikan Khalid berikutan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti.

Sokongan di Selangor dilihat penting kerana negeri itu mempunyai 400,000 ahli yang setiap seorang daripada mereka memegang satu undi.

Bagi Zuraida, pergeseran di antara Khalid dan Azmin juga akan mempengaruhi keputusan pemilihan ahli kali ini./Malaysiakini

PENGINTIP - TIADA MAAF BAGI MU

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA maaf bagi mu. Sepatutnya itulah jawapan kepada `sang pengintip' di Pejabat MB Selangor. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh SU Politik MB Selangor bahawa Kerajaan Negeri telah mengenal pasti siapa `Sang Pengintip' upahan tersebut dan siasatan dalaman masih diteruskan.

Jika punyai bukti kukuh, Sang Pengintip durjana tersebut wajib dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira siapa beliau. Tidak perlu lagi MB Selangor menunjukkan sifat belas ihsan yang melampau terhadap pengkhianat kerajaan itu. Kita juga menanti pendedahan oleh Pejabat MB Selangor kerana kita ingin tahu siapakah manusia yang kepingin sangat untuk menjadi seperti ejen CIA atau SB itu.

Mengapa di zaman Anak toyo dahulu tidak terdengar cerita begini? Ini adalah kerana puak-puak mereka tiada lagi modal untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Serangan mereka melalui politik tidak memberi kesan, begitu juga serangan propaganda melalui media di bakul sampahkan oleh rakyat. Akhirnya mereka meniru cara pengganas yang tidak beretika dan beradab.

Seandainya kes ini dibawa ke pengadilan, kita akan menanti apakah tindakan yang dikenakan kepada pengkhianat tersebut. Adakah ada tangan-tangan ghaib yang akan menyelamatkan beliau?/wfauzdin.blogspot.com

SELENDANG UNTUK NIE CHING, UNTUK ROSMAH MANA?

Nie Ching bakal buka butik selendang?

Harakahdaily
SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.


"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.

Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.

Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.

Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching.

Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu.

(Gambar: Nie Ching (tengah) dalam satu sidang medianya)

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media./Harakahdaily

Khamis, 2 September 2010

BUKAN ISLAM DERMA KE SURAU ZUL FIRAUN BESAR KATA KAFIR HARBI ?

Zul Nordin dan kafir harbi...........
Oleh: notan

"Assalamualaikum..,,

Apa sudah jadi dengan the riding MP sekarang ini?Di bulan yang penuh keberkatan inipun the riding MP masih tidak mahu menjaga mulut(atau tangan yang mengetuk keybox).The riding MP, Zul Nordin nampaknya sudah hilang sensiviti terhadap ajaran agama apabila dengan celupar melebelkan MP Serdang yang masuk surau sebagai kafir harbi, seolah Zul Nordin sudah hilang pedoman dan sudah hilang kepatuhan kepada ajaran baginda Nabi.Kenapa jadi macam tu wahai Zul Nordin?

Apakah ajaran UMNO melalui ulamak muda mereka menyebabkan Zul Nordin jadi macam ni?Kafir harbi bukan sebarang kafir malah kafir yang wajib dperangi dan dibunuh wahai Zul.Atau apakah Zul mahu memberi tahu kita semua bahawa MP Serdang yang masuk surau itu wajib dibunuh?Betul kah begitu, bagaimana kalau MP Serdang itu bukan kafir harbi sebaliknya kafir zimmi?Bukankah Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti zimmi sama seperti menyakiti aku?

Malang bagi seorang seperti Zul Nordin membiarkan diri hanyut sebegitu sekali, malah ketika Zul sibuk membela kes kes murtad dulupun tak pernah kedengaran Zul melebelkan orang orang kafir yang memurtadkan melayu Islam itu sebagai kafir harbi.Jadi timbul pula persoalan yang ingin ditanyakan kepada Zul, berapa ramaikah orang melayu Islam yang sudah dimurtadkan oleh MP Serdang?Tetapi kini, kisah orang melayu Islam murtad sudah hilang dari dairi kehidupan harian Zul dan yang muncul ialah kafir harbi yang datang untuk menghulurkan bantuan kepada surau yang mana Zul sendiripun tidak berminat untuk menderma sebegitu rupa.Logiknya mana mungkin seorang kafir harbi datang membantu? atau mungkin Zul cuba maksudkan bantuan tersebut hanyalah umpan untuk memusnahkan kehidupan umat Islam?Kalau begitulah, hebat benar MP Serdang ini yang mampu memusnahkan kehidupan umat Islam hanya dengan bantuan yang dihulurkan kepada surau.

Seperti yang disebut di atas, bagaimana kalau MP Serdang itu bukan harbi tetapi zimmi?Tidakkah Zul Nordin sedar dengan peringatan baginda Nabi supaya tidak menyakiti zimmi dan menerima zimmi sebagai suadara sendiri.Siapa Zul Nordin mahu mengubah pengajaran Rasul?Zul Nordin juga mengulangi dakwaan pencacai yang menyebut MP Serdang memberi tazkirah di dalam surau dan pergi selangkah ke depan apabila apabila membandingkan layanan yang diberikan kepada MP Serdang dan ulamak muda UMNO, Fathul Bari.Tetapi Zul tidak pula membuat perbandingan dengan Rosmah Mansur yang turut ditemui memberi tazkirah di dalam masjid(bukan surau).

Apakah isi tazkirah MP Serdang tersebut? Apakah ianya sama dengan isi kuliah(Fathul Bari bukan memberi tazkirah tetapi kuliah)atau apakah isi tazkirah MP serdang itu memperkatakan haramnya qunut pada solat subuh, haramnya Remove Formatting from selectiontalkin di kubur, haramnya majlis tahlil arwah dan seumpamnya kerana semuanya bidaah?Atau apakah MP Serdang mengatakan tidak tutup kepala itu tidak mengapa kerana Islam duduk di hati bukan di kepala?

Zul Nordin semakin melalut sejak ditendang keluar dari PKR dan nampaknya diambang fasal ketiga Ramadhan dan ketika negara menyambut merdeka kali ke 53, Zul Nordin meneruskan agenda melalutnya malah dengan lebih bengong lagi apabila menuduh MP Serdang sebagai kafir harbi secara membabi buta dan tanpa mengikuti panduan sebenar seperti yang digariskan oleh Islam.

Zul Nordin mahu menjadi ular dalam semak apabila membandingkan tazkirah MP Serdang dengan kuliah Fathul Bari serta mengabaikan tazkirah Rosmah di dalam masjid yang turut dihadiri oleh sekumpulan wanita yang menyerupai wanita yang bersolat di belakang Aminah Wadud./Tranungkite

SAHAM MAHATHIR, UMNO - TERBUKTI TUDUHAN KE ATAS ANWAR SATU FITNAH

02 Sep 10

Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

ANWAR IBRAHIM
Sumber: Anwaribrahim.blogspot

HILANG AKAL DAN KERJA ORANG GILA YANG MEMALUKAN ISLAM


Oleh: WFAUZDIN NS

HURU-HARA puak-puak perkauman di P.Pinang dengan kredibiliti KM P.Pinang yang Non Malay, Non Muslim tetapi jauh lebih baik dari pemimpin yang sedia ada di dalam Bn/Umno. Berbagai cara mereka atur dan susun dengan menggunakan kepala otak mereka yang sudah sedia bodoh itu untuk meruntuhkan Kerajaan PR P.Pinang, namun sehingga ini semuanya berjaya `dijentik' oleh pemimpin PR di P.Pinang.


Daripada isu tanah, gerai, papan tanda jalan, dan banyak lagi isu termasuk isu agama dimainkan untuk memperbodohkan rakyat P.Pinang yang majoritinya sudah semakin cerdik. Isu khutbah Jumaat yang kununnya Khatib mendoakan KM tersebut ternyata jerat makan tuan. Jika isu seperti ini tidak dimainkan, kita tidak akan tahu sejauh mana kejahilan pemimpin Umno P.Pinang dalam bab agama. Ternyata sekali, bekas anak didik DS Anwar iaitu Zahid Hamidi pun rupa-rupanya rendah sekali taraf pengetahuannya. Kalau dalam bab doa pun tidak khatam, kita mahu cerita bab perundangan Islam?


Mereka tidak pernah putus asa untuk melakukan kerja jahat mereka. Gambar di atas adalah salah satu contoh bagaimana hukum agama dipermainkan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah Islam dengan menunjukkan betapa orang Islam sanggup lakukan fitnah terhadap orang bukan Islam. Selaku orang Islam, ramai di antara kita merasa malu dengan KM P.Pinang yang Non Muslim itu di atas perangai puak-puak Munafik ini. Jelas, mereka menconteng arang pada wajah Islam sendiri dengan melakukan kerja terkutuk itu. Di mana suara PERKASA? Di mana suara YB Zul Si firaun besar Kulim? Mengapa tidak kutuk perbuatan keji seperti ini? Kirim salam mereka mahu kutuk kerana mereka mungkin tahu tangan siapa yang melakukannya.


Syabas buat Lim Guan Eng yang terus `steady', tenang menghadapi golongan Munafik seperti mereka. Pemerintahan mengikut jejak Omar Abdul Aziz yang cuba dipraktikkan oleh Lim Guan Eng walaupun belum ada cahaya keimanan terhadap Allah di dalam dadanya, menjadikan beliau sentiasa didoakan oleh rakyat jelata agar diberikan Taufik dan Hidayah kepadanya. Inilah yang Umno amat takut sebagaimana takutnya golongan Musyrikin di zaman Nabi apabila mengetahui Omar Al Khatab memeluk Islam./wfauzdin.blogspot.com

KELANTAN - LAUNGAN AZAN MENYAMBUT MALAM KEMERDEKAAN, PEGAWAI TENTERA IMAM SOLAT

KOTA BHARU, 1 Sept - Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunyi api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu.

Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.-HARAKAH DAILY