RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 September 2010

SAHAM MAHATHIR, UMNO - TERBUKTI TUDUHAN KE ATAS ANWAR SATU FITNAH

02 Sep 10

Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

ANWAR IBRAHIM
Sumber: Anwaribrahim.blogspot

1 ulasan:

  1. Kejahatan pemimpin umno memang tiada tolok bandingnya.IBLIS pun angkat tabik kat puak-puak ni.

    Iblis hanya engkar kepada suruhan Allah supaya tunduk kepada Adam 'alaihissalam tetapi puka-puak umno ni....hang pa tengok lah sendiri...masyaallah!!! na'uzubillah hi minzaliq.

    Berkotak-kotak keengkaran nya terhadap hukum Allah....IBLIS PUN ANGKAT TABIK HORMAT!!

    BalasPadam