RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 3 September 2010

MELAYU BUAT MASJID PUN DIA TIPU, CINA BUAT MASJID TAKUT MAHU TIPU - TUAN IBRAHIM


Tuan Ibrahim Tuan Man

Negara jadi kecoh seminggu dua ini bilamana ada sorang dua Ahli Parlimen dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor seolah-olah itulah tragedi paling hitam dalam sejaran Masjid di Malaysia.

Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni.

Cuma sepatah kata kawan saya “Cina MCA atau Gerakan tu tak mengapa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu pure cina punya”.

Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenar bukan kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang.

Kalau Cina Johor ke Pahang ke, rasanya tak lah kecoh sangat.

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid.

Tapi bila bagi projek buat masjid, barapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid.

Bukan apa, kata taukeh Cina tu..“Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ong punya”.

Cina bukan Islam tu pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi ke kontraktor Melayu (sebut Umno) buat masjid pun depa tipu jugak, berapa banyak masjid terbengkalai bila bagi kepada Melayu.

Tapi akhirnya bagi kepada kontraktor Cina, bahklan yang dok pasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina, masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi.

Yang dah rasmi pun kalau nak baiki mikrofon bagi power punya, berapa ramai Cina bukan Islam dapat projek.

Ini tak apa pulak sebab yang dapat tu Cina MCA..MCA tak apa, jangan cina DAP je…

Nasib mereka ni macam buldozer, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu, kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori.

Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok.

Kalau dah jadi begitu, saya rasa hari ni dia ‘naik’ BN, esok dia dah boleh masuk masjid.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS/Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Tuan, kasihanilah orang Melayu Islam Umno tu. Ilmu tak seberapa tapi suka sangat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri juga. Bimbing lah mereka itu. Jangan biar mereka sesat selama-lamanya...

    BalasPadam
  2. doakan amno cepat mampos semuanya supaya tak menyusahkan orang lain dan kalau cepat mampos dosa pon terhenti setakat tu je, amiiiin....!!!!

    BalasPadam