RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 September 2010

JAWAPAN BUAT KHIR TOYO - SELANGOR TIDAK MAHU LAGI TERJAJAH

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Roslan SMS

Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor?

Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka!

Khir sebelum saya ulas, sudah 2 tahun 5 bulan hilang kuasa. 2 tahun 5 bulan dahulu beliaulah pemimpin tertinggi di negeri Selangor ini, beliulah yang meneraju, menetap apa yang baik dan buruk untuk negeri pimpinannya, tiba-tiba disentap takhta darinya sehingga jatuh tersungkur ia tanpa disangka. Mahu rampas kembali takhta tadi, ianya milik rakyat, rakyat yang tetapkan siapa turun darinya dan siapa yang naik duduk. Lalu terkulat-kulatlah Khir antara percaya tak percaya. 2 tahun 5 bulan sudah berlalu, ia masih begitu.

PAS Selangor sudah 2 tahun 5 bulan membentuk kerajaan baru Selangor bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat setelah kerajaan BN yang akhir dipimpin Khir ditolak rakyat.

Sebagai parti Islam, jelas dasar dan matlamat PAS. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi keutamaan PAS. Lebih 50 tahun Selangor di bawah BN yang diteraju Umno, tak tahulah samada Islam Merdeka, yang pastinya pada kaca mata ramai, Islam tidak Merdeka tetapi dijajah buat kepentingan Umno.

Masjid dan surau semasa BN dahulu dijajah oleh Umno. Hak ahli-ahli kariah untuk memilih kepimpinan masjid dan surau dibekukan kerana kononnya takut PAS menguasainya. Lalu ditunjuklah siapa yang jadi Nazir dan AJK dan senarai kepimpinan masjid ini perlu disahkan oleh Ketua Umno bahagian, mungkin kerana sudah hilang kuasa Khir lupa bab ini.

JAIS di bawah Khir dan MB sebelumnya telah mengeluarkan suatu senarai hitam. Iaitu senarai penceramah dan pendakwah yang diharamkan dari berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau-surau seluruh Selangor, suatu keputusan yang terang-terang dipengaruhi nafsu politik. Almarhum Dato Ishak Baharum (bekas Mufti Selangor) turut digam oleh Khir dan rakan-rakannya, Merdekakah umat Islam Selangor?

Begitu juga Dato Dr Harun Din (yang kerajaan PR Selangor anugerahkan sebagai Tokoh Dakwah Selangor), Dato Ismail Kamus (anak Selangor yang terkenal dirantau sebelah sini, termasuk memberi kuliah di dalam Istana Sultan Brunei) dan ramai lagi. Siapa yang menjajah umat Islam Selangor ketika itu?

Khir mungkin lupa, masjid dan surau ketika zaman beliau dan MB sebelumnya dengan bebas digunakan buat kepentingan orang Umno. Ketika musim pemilihan Umno, solat hajat, bacaan Yasin diadakan dalam masjid dan surau buat pemimpin-pemimpin Umno./Baca seterusnya di Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan