RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 31 Ogos 2010

HIKMAH DI SEBALIK ISU MASJID DAN SURAU - KITA DIDEDAHKAN DENGAN KEJAHILAN UMNO TENTANG ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA hikmahnya bila timbul isu Wakil Rakyat dari DAP berucap di dalam surau baru-baru ini. Begitu juga dengan isu mendoakan pemimpin Non Muslim di dalam Khutbah Jumaat yang dikatakan berlaku di P.Pinang yang begitu hangat dimainkan oleh media pencacai dan murahan di negara ini.

Apa yang membanggakan kita, pemimpin DAP tidak terus melatah dengan propaganda puak-puak yang sengaja ingin mencetuskan isu agama dan perkauman ini. Mereka sebaliknya terus merujuk kepada yang mengetahui tentang tindakan mereka itu salah atau tidak atau pun boleh dianggap menghina agama Islam. Seperti MP Serdang, beliau terus berjumpa dengan Mursyidul Am Pas untuk meminta nasihat. Tanpa prejudis, Tuan Guru Nik Aziz memberikan nasihat dan pandangannya berkaitan hukum seseorang bukan Islam memasuki surau atau masjid. Maka, jelas kepada mereka betapa jahilnya puak-puak itu.

Apa hikmahnya? Hikmahnya apabila isu ini timbul maka rakyat didedahkan betapa cetek dan jahilnya pemimpin Umno tentang hukum hakam agama. Jika di dalam perkara remeh dan mudah seperti ini pun pemimpin Umno jahil, apa kah kita boleh mengharapkan Umno untuk menegakkan Islam termasuk hukum hakam yang lebih mendalam seperti hukum Hudud? Patut pun selama ini Umno tidak menyokong sebuah Negara Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadith.

Syabas kita ucapkan kepada seluruh pimpinan PR yang pantas menjawab propaganda Umno dalam isu ini. Tahniah juga buat semua Blogger Pro PR yang berjaya dedahkan betapa pemimpin Umno lebih teruk dan dahsyat lagi dari pemimpin DAP di dalam isu memelihara kesucian rumah ibadat kita. Isteri-isteri mereka `bertelanjang' ketika berada di dalam masjid tanpa menutup aurat. Apatah lagi di luar masjid, mereka langsung tidak menghiraukan tuntutan menutup aurat ini. Memalukan apabila mereka menuntut pemimpin DAP pula untuk menutup aurat.

Kita yakin dan percaya, apabila semua pimpinan DAP telah belajar tentang Islam maka tidak mustahil satu hari nanti DAP adalah parti yang lebih awal menerima Perundangan Islam daripada Umno. Cuma, satu yang kita pelik dan hairan iaitu di manakah suara `Ulamak Muda' di dalam isu ini? Adakah terlalu awal mereka `dibisukan'?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan