RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 September 2010

PEMILIHAN KETUA AMK - TOLAK CALON YANG INGIN BERPUAK DAN WUJUDKAN REGU

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN Ketua AMK nampaknya semakin menarik dan mulai panas. Dikatakan terdapat beberapa calon akan bertanding merebut jawatan Ketua AMK yang mungkin akan dipertahankan oleh Sdr Shamsul Iskandar. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri jika ingin bertanding merebut jawatan sayap penting kepada PKR itu, dan sehingga kini difahamkan hanya Sdr Rafizi Ramli seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan akan bertanding.

Calon lain yang dikatakan akan bertanding tetapi belum mengumumkannya adalah Chegu Bard (Badrul Hisham) iaitu seorang lagi MPP PKR. Mungkin ramai yang mengenali Chegu Bard jika dibandingkan dengan Sdr Rafizi kerana tokoh muda dari Rembau ini adalah di antara pejuang reformasi yang lantang dan berani. Sdr Rafizi Ramli mungkin agak terkenal di kalangan elit pimpinan PKR dan tidak hairanlah jika baru-baru ini beliau mengadakan sidang akhbarnya pun di sebuah hotel di PJ.

Mengikuti sidang medianya di sini, saya amat hairan mengapa perlu diwujudkan regu semata-mata untuk merebut jawatan di dalam AMK ? Mengapa pemilihan di dalam PKR mahu dicemari dengan budaya haprak Umno itu? Paling menyedihkan, langkah membentuk regu seperti ini turut disokong oleh beberapa pimpinan yang bergelar YB di kalangan pemuda PKR. Apakah mereka ingat dengan status YB dan elit mereka itu regu mereka akan terpilih?

Saya secara peribadi amat tidak bersetuju jika diwujudkan tim, regu atau puak di dalam PKR. Cuba belajar dari pengalaman Umno bagaimana parti itu hancur akibat puak dan regu. Saya tidak pasti samada kesemua yang bakal bertanding di dalam AMK itu mempunyai regu masing-masing. Tetapi apa yang saya tahu, Sdr Rafizi adalah orang pertama yang mengumumkan regunya.

Adakah langkah beliau ini direstui oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ianya direstui, tunggulah saat kehancuran PKR. Itu jaminannya. Apa yang pasti, sokongan hendaklah diberi kepada calon yang tidak mahu berpuak dan berani ke hadapan bersendirian dengan kekuatan sendiri. Itulah Ketua AMK yang kita mahukan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan