RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 5 Julai 2009

KEPUTUSAN POLL - JIKA EZAM MASUK PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

Blog ini telah mengadakan Poll berkaitan cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Pas. Beliau berkata jika Pas dapat mendominasikan parti tersebut di dalam PR, maka beliau serta merta akan masuk Pas. Persoalannya, adakah `nilai dan harga' raja sesumpah ini kepada Pas?

Untuk mengetahui pandangan pengunjung-pengunjung blog saya ini, saya telah ajukan soalan berikut: " EZAM KATA, BELIAU SANGGUP MASUK PAS JIKA PAS KETUAI PAKATAN RAKYAT. APA PENDAPAT ANDA?" Daripada jumlah pengunjung seramai 222 orang setelah saya hentikan Poll ini pada 05 Jul 2009, pengunjung berpendapat seperti berikut:

a. Pas Mesti Tolak Ezam -65 %
b. Pas Mesti Terima Ezam - 2 %
c. Terpulang Pada Pas - 4 %
d. Tidak Mengenali Ezam - 27 %

Oleh yang demikian, saya rasa Ezam raja sesumpah baik lupakan saja niat untuk menyertai Pas walau dengan apa alasan sekali pun. Umno sahaja yang sanggup terima Ezam walaupun secara terang-terangan Ezam mempunyai niat untuk sertai Pas jika Pas kuat. Inikah orang yang dikatakan berprinsip dan bermaruah? Sebab itu, kita tidak hairan Ezam keluar dari KeAdilan dan tubuhkan Gerak ketika parti tersebut sedang `sakit'. Apabila parti PKR telah mulai bangkit, Ezam merasa segan untuk masuk kembali lantas menyertai Umno dan terus-terusan mendendami DS Anwar.

Kini, beliau menyebut pula tentang Pas. Raja sesumpah sebenarnya sudah mula hilang pedoman arah perjuangannya kerana beliau sekarang sudah tiada apa-apa lagi untuk diperjuangkan. Konsep 1 Malaysia dengan berbagai dasar telah diubah oleh Najib berkenaan Bumiputera yang dilihat meniru konsep yang diperkenalkan oleh PR, menunjukkan perjuangan Ezam di dalam Umno tidak lagi releven. Ezam tidak lagi boleh bercakap pasal ketuanan Melayu dan asas Melayu, apatah lagi pasal Islam. Ezam hanya boleh bercakap tentang cerita-cerita lamanya terutama tentang betapa buruknya DS Anwar jika dibandingkan dengan Najib.

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawati dan menyertai Poll yang telah diadakan. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Sudah dinyatakan sebelum ini, di dalam Pakatan (baik PAS, PKR dan DAP), tiada siapa yg boleh mengaku dan bertindak sbg tunjang/ketua/penggerak utama dlm pakatan, masing2 adalah sumber kekuatan bagi Pakatan Rakyat, masing2 mempunyai peranan dan fungsi masing2 di dalam menggerakkan Pakatan Rakyat..

    Sepertimana PAS, PKR dan DAP jugak tak kan mengaku parti dorang adalah tunjang/penggerak utama/ketua dlm Rakatan Rakyat..perkara ini telah dipersetujui bersama..

    Tidak releven

    So, syarat ezam ini tidak releven..tiada siapa di dalam PR boleh mengisytiharkan parti mereka adalah tunjang di dalam Pakatan..adapun persoalan berkaitan persepsi, itu adalah perkara subjektif, tidak tetap, dan berubah2..masing2 mempunyai persepsi atau pandangannya tersendiri...so, jika beliau percayakan persepsi bahawa PAS bukan tunjang utama dlm PR, atau PAS boneka DAP dan sebagainya, beliau sepatutnya dahulu percayakan 'persepsi' yg jauh lebih besar dan awal dari itu, iaitu Umno adlah 'parti utama' rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain2..

    Kerana itulah perlu disedari, setiap parti mempunyai gaya dan penampilannya yg tersendiri..hakikat bahawa kaedah/cara/metodologi BN dan PR berbeza dan berlainan dlm menggerakkan misi dan visinya sudah diketahui umum..ianya perlu diterima dan dihormati..apatah lagi PR masih baru dipersada tanah air..

    seterusnya disini..
    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/ezam-cabar-pemimpin-tertinggi-pas.html

    BalasPadam
  2. AKU SOKONG PAKATAN RAKYAT

    TAPI AKU MENYAMPAH NGAN SIKAP KO !

    NAK IKLAN BLOG, BAYAR LA *****

    AKU DAH NAIK MENYAMPAH.

    LAMA DAH SABAR !

    BalasPadam
  3. Nak promote PR pun ko marah? Ko penyokong taik kucing la namanya. Ko ingat TKO tu cam TV3 nak berbayar pasal nak kuarkan artikel? Ini bukan produk la bangang woiii....ko ingat untung dpt duit ke blog ni? Ko mmg hati busuk dan dengki dan tak sesuai jadi penyokong PR. Ko elok dok dlm Umno kerana hati yg busuk. Ko buka blog ko sendiri dan buat undang2 yg cam ko nak tu, sama la cam TV3 tu..semua nk berbayar...bodoh tol ko ni kan...

    BalasPadam
  4. sian ko kan....blog ko tak laku ke wahai blogger umno...sabor je la ye...nnti aku buat blog, aku promote blog hampeh ko tu yer..hehe

    BalasPadam
  5. hehe...sape blog umno tak laku tu? sian kan...

    BalasPadam