RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 20 Jun 2010

CERITA UG DAN PROJEK LANGGAR HADI KERJA ORANG BODOH

AMAT menyedihkan beberapa blogger yang mengaku pro Pakatan Rakyat telah menghabiskan banyak masa untuk `berperang' sesama rakan mereka. Ada yang memerah kepala otak untuk menulis tentang benda yang sudah tidak wujud lagi atau cerita basi seperti kisah UG (Kerajaan Perpaduan). Bukan mereka tidak tahu kisah itu sudah ditutup buku oleh PAS, malahan tidak lagi pernah disentuh oleh pemimpin-pemimpin PAS. Malangnya Blogger ini tidak suka kisah ini ditutup begitu sahaja.

Apabila ada Blogger yang gatal mulut untuk bercerita lagi kisah yang telah dilupakan orang, tentunya ada Blogger yang kurang senang apatah lagi banyak cerita yang mengarut dan dipenuhi dengan putar belit itu. Maka, berperanglah mereka. Siapa yang untung?

Terdapat juga Blogger yang kerjanya asyik dok fikir plan projek `langgar Hadi' (Tuan Guru Presiden PAS). Kita siang malam dok fikir mahu langgar Bn, dia dok fikir mahu `langgar Hadi'. Hebat sangatkah sehingga sanggup memerah otak untuk kerja yang sia-sia itu? Apabila ditegur atau dikritik, maka keluarlah hujah bahawa Tuan Guru bukan maksum. Oleh kerana dia bukan Maksum, maka kita sewenang-wenangnya boleh menghina atau merendah-rendahkan beliau? Di mana adab dan akhlak kita apabila berdepan dengan pemimpin yang memimpin parti yang kununnya kita mengaku kita sokong itu?

Pemimpin bukan tidak boleh dikritik atau ditegur, tetapi bukan untuk dihina atau diaibkan. Blogger yang hari ini menyerang Umno, esoknya memijak kepala pemimpin PAS bukan Blogger yang waras. Blogger seperti ini bukan sahaja boleh membantu kita dalam perjuangan yang masih jauh ini, bahkan akan memperlambatkan atau menyukarkan misi perjuangan kita bersama. Tidakkah mereka ini kenal mana satu musuh yang harus kita serang?

Apa gunanya kita mengaku menjadi ahli yang terawal di dalam parti, tetapi menunjukkan sikap seperti orang yang tidak tahu adab berparti? Berbangga sangatkah kita dengan projek `langgar Hadi' ? Jangan kita berjuang dengan menunjukkan kebodohan kita sehinggakan lawan kita mentertawakan kita. Cukuplah dengan Kickdefella dengan perjuangan peribadinya yang membuat ramai orang tertawa. Takkan kita pun mahu menumpang semangkuk menjadi bodoh sepertinya? Cukuplah dengan kerja bodoh yang sia-sia itu./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. UG meninggalkan impak negatif yang amat besar kepada parti. Justeru itu tidak hairan mengapa isu tersebut akan terus berkumandang selagi ia belum dilihat benar-benar terhapus daripada parti.

    Apa tah lagi Hadi sendiri belum bertaubat dan meminta maaf lantara perpecahan akibat dari gagasan gila tersenut.

    Alangkan TGNA di dalam muktamar yang lalu menyentuh dengan panjang lebar mengenai UG ini, siapa pula anda wfauzdin yang cuba halang isu ini dari diperkatakan para ahli?

    Anda lebih hebat dari Mursyidul Am kah?

    BalasPadam
  2. anon 7:11,

    menghentam blogger yang kononnya membuat kerja bodoh sehingga sendiri terpalit dengan kerja bodoh - itulah wfauzdin.

    siapalah tgna berbanding dengan blogger hebat wfauzdin ni? bodohlah tgna kerana masih menimbulkan cerita ug - itulah yang ada dalam kepala wfauzdin.

    sanggup wfauzdin kata kepada tgna - "Apa gunanya kita mengaku menjadi ahli yang terawal di dalam parti, tetapi menunjukkan sikap seperti orang yang tidak tahu adab berparti?"

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. Bhai WFauzdin NS,

    Ini pandangan peribadi gua... Gua sebagai blogger Pro PR tetapi termaktub dalam lingkungan PAS Reform mengucapkan terima kasih atas pandangan lu...

    Memang niat gua mungkin disalahtafsirkan... tapi... gua tetap berpegang kepada point nih... "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"...

    Kalu lu berani untuk mengkaji sejarah... tuntu lu tau puak-puak UG nih sampai sekarang tidak pernah nak tarik balik idea diorang nih.... dan diorang tak pernah mintak maaf secara terbuka dengan semua ahli PAS... malah dalam setiap kali Muktamar pun ... diorang asik berdalih dengan macam-macam cara.. termasuklah wala' dan thiqah...

    Bhai...

    Bukan tak boleh wala' dan thiqah... tapi... berpada-pada dan tidak membabi buta...

    Bukan sekali PAS kena main... dan bukan sekali dua ader pimpinan utama PAS yang berbaiah dengan UMNO/BN dan membelot kepada perjuangan...

    Jangan sampai dah terantuk baru nak terngadah...

    Ok bhai... gua paham ini pandangan lu... gua respek... dan lu jugak kena respek pandangan gua...

    Gua mau PAS tetap dijalan yang betul dan tidak tergelincir... Pimpinan boleh bertukar (tidak maksum)... tapi perjuangan kena kekal...

    Bhai... kalu Pimpinan tak boleh nak terima kritikan... err... baik tak payah jadi pemimpin la....

    BalasPadam
  4. huhuh...biarlaa org mengatakan mengenai UG..perbincangan terbuka

    BalasPadam
  5. Tentang UG, saya juga pernah mengkritik UG terutamanya kisah perbincangan dlm kelambu yg berlaku di Selangor. Namun, semua itu telah jadi lipatan dalam sejarah dan pimpinan juga secara terbuka menyebut tiada lagi UG selagi PAS berada di dalam PR. Sekiranya, jelas kita lihat masih ada lagi pimpinan yg masih menunjukkan minat ke arah UG, kita harus ke depan menentangnya. Tetapi, jika tiada, perlu apa kita mengaitkan kisah yg lalu. Oleh kerana Mursyidul Am menyebut tiada lagi UG, dan pimpinan juga bersetuju dgn pendirian yang terbuka, maka usah kita terlalu jauh menyelam mengkaji di lubuk hati mereka. Saya pernah dihentam dan di cop Blogger anti Ulamak apabila saya menghentam UG ketika Muktamar Khas dahulu. Tetapi, saya kembali realistik apabila melihat kepimpinan berani mengubah pendirian mereka untuk tidak bersama UG lagi. Jadi, mengapa isu ini masih berbangkit dengan seribu syak wasangka?

    BalasPadam
  6. bebal sungguh wfauzdin ni

    mudah saja ke nak tutup isu UG?
    mereka cuma katra UG dah tutup. itu pun setelah berlaku tentangan yg hebat dari kalangan ahli terutama bogger.

    ada pernah hadi dan nasya minta maaf di atas perpecahan yang berlaku?

    BalasPadam