RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 2 Jun 2010

LATIHAN ALA ASAS KOMANDO - ASKAR BIASA PUN TAK LARAT, INI PULA ORANG AWAM

PKR tuntut JK bebas siasat kematian pegawai PTD

Jun 2, 10


PKR menuntut kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas menjalani kursus ala komando di Klang kelmarin.

Naib persidennya Azmin Ali (bawah) berkata tindakan itu perlu diambil bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kehilangan nyawa Norhashimah Wahid.

"Kami menuntut dan mendesak kerajaan persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara," kata Azmin.

Menurutnya, setelah mendengar sendiri daripada mulut anggota keluarga arwah dalam kunjungannya petang semalam, terdapat beberapa persoalan sekitar kematian Norhashimah yang masih tidak terjawab.

Antaranya, tambah beliau, termasuklah kewajaran latihan ala komando untuk mengesahkan perkhidmatan kakitangan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar dan urus tadbir semata-mata.

"Apakah SOP (prosedur operasi standard) yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini?

"Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik?" soal Azmin dalam blognya semalam.

Ahli parlimen Gombak itu juga mempersoalkan kenapa masalah kesihatan Norhashimah "diambil mudah" dan tidak dimaklumkan kepada anggota keluarga ketika mula sakit dan dimasukkan ke hospital.

Selain penubuhan jawatankuas bebas, Azmin turut mengemukakan beberapa cadangan ekoran kematian wanita terbabit, antaranya:

- Meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan.

- Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau bagi memastikan pelatih dan pengendali program daripada kalangan yang terlatih dan bertauliah.

- Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.

- Pegawai terlibat mestilah yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip 'pegawai terbaik untuk latihan terbaik'./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Pada saya ini adalah pembunuhan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan INTAN wajar dipertanggungjawabkan atas pembunuhan ini. Tidak dinafikan bahawa pemilihan PTD memerlukan mereka menjalani ujian kecerdasan untuk jarak tertentu di dalam tempoh tertentu. Tetapi untuk seorang wanita yang berumur 30 an untuk yang bukan bertugas dalam angkatan bersenjata ini tidak masuk akal dan mereka yang bertanggungjawab di dalam pengesahan program latihan dan jurulatih program ini wajarnya disiasat dan disabitkan atas kesalahan membunuh sama ada sengaja mahupun tidak sengaja atas kecuaian yang berlaku. Perkara ini tidak wajar dilepas tangan sahaja.

    BalasPadam
  2. pada saya tak wajar perkara ini dibesarkan,apalah salahnya kita tanamkan semangat patriotik pada semua rakyat malaysia yang cintakan negara,nak tanam semangat kenalah ada ilmu utk pertahankan negara,tak kan nak letak pada bahu tentera je....sepatutnya kita semua rakyat yang sayangkan negara mesti buat latihan ala tentera (komando)...baru latihan kita dah mengeloh.....semangat apa...macamana nak berjuang,berjihad fisabilillah...bukan macam pkr pengkhianat bangsa dan negara.....pegi daaa

    BalasPadam
  3. Tuan...yang meninggal ada seorang ibu yang berusia 30an..untung melahirkan seseorang yang PTD tidak perlu latihan ala komando.. sedangkan tentera biasa yang terpilih untuk memasuki pasukan komando pun ramai yang gagal pada fasa pertama inikan pulak orang awam.

    Ini bukan berkaitan dengan mana-mana parti tapi bersangkut paut dengan kehilangan 1 nyawa yang tidak boleh ditukar ganti. Sedangkan yang menganjurkan latihan bertolak tolak untuk menggaku siapa yang bersalah tuan pula mengeluarkan pandangan yang sempit..cuba jika yang meninggal dunia itu bini tuan,anak tuan atau adik beradik tuan?
    Matanglah apabila mengeluarkan hujah atau pendapat.
    Takziah kepada keluarga aruah...semua rohnya dicucuri rahmat dan dikumpulkan dalam golongan orang yang beriman.

    BalasPadam
  4. kalau betul nk citer pasal patriotik, nape semua menteri tak pergi kursus ala asas komando tu? KJ pun pergi kursus askar wataniah jer. Org awam suruh pergi, menteri tak nak pergi. Kalau berperang, org awam jer ke nk pegang senjata? Menteri main telor je? Mmg dasar Apco cekik darah org...tu la umno nk sgt..

    BalasPadam
  5. askm n slm 1 malaysia..takziah pd keluarga arwah..sy trpanggil utk perbetulkan pandangan rakyat bahawa arwah bukan di latih ala komando,slh persepsi begitu.jgn berkata yg kita sndiri tak pasti.sbnarnya tiada istilah latihan ala2 komando ni..arwah mnjalani latihan asas ketenteraan umpama kadet sekolah cma advance sedikit sbg PTD.pihak pengurusan masih waras dan x mgkin mrk melatih org awam spt tentera trlatih.,cma prlu penelitian rapi trhadap tahap kesihatan semua pelatih,jgn krn nk cpt naik pangkat,attend course yg kita x layak hadir dan sembunyikan tahap kesihatan sndiri,akibatnya amat menyedihkan..Sy sedih dgn insiden terbabit,apapun lembaga siasatan akan ditubuhkan mencari punca agar ianya tidak berulang..bersabarlah wahai anak watanku.. biarlah penyiasatan ini bermotifkn utk mencari punca utk diperkemaskan sistem yang sedia ada dan bukannya mencari salah siapa.tiada untungnya..tiadalah beZanya tentera biasa dan komando ini atau apa, krn ia hanya perbezaan pengoperasiannya yang masyarakat tidak memahaminya.tentera terlatih adalah terdiri dr lelaki yang bersemangat waja,kental yang tak kenal menyerah dan mengalah.. penglibatan kaum wanita dlm ATM sendiri sebenarnya tlh menjatuhkan imej dan maruah kepahlawanan yang disanjung tentera terdahulu,krn keupayaan fizikal,mental dan emosi mrk tidak sesuai dgn kelompok tentera sbenar.usah krn nak menegakkan kesamaan hak wanita kita meletakkan mrk d tmpat yg salah dan akhirnya kita seangkatan d nilai lemah..Letak lah wanita d tmpat terhormat dan sesuai dgnnya,jiwa mrk sbenarnya x sesuai di sini krn mrk x di cipta utk itu..jgn biarkan ego mguasai diri..wahai ank2 jantan bangunlah engkau sbg lelaki keras tajam dan panjang akal fikirnya,bkn pngecut dan bacul..wahai wanita tersayang jaga maruahmu krn maruahmu adalah maruah bangsaku..

    alfatihah utk arwah Norashimah Wahid.moga kau di terima allah sebagi jihad..

    PAHLAWAN MALAYA.joh

    BalasPadam