RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 2 Jun 2010

PAS BERI TEMPOH 48 JAM UNTUK NAJIB DAN APCO

Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak
Jun 1, 10


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.


Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Kalau tak bertindak juga selepas 48 jam pas nak buat apa? Jangan sampai jadi bahan gurauan macam ibrahim ali & perkosa dah lah...

    BalasPadam
  2. Abih tu nk suruh PAS berperang? Maknanya kalau dlm tempoh tersebut UmApco gagal bertindak, confirm la APco yg larang....

    BalasPadam
  3. Buatlah sesuatu yang boleh meruntuhkan imej umno. Tak semestinya berperang. Macam-macam strategi yang boleh difikirkan. Pemimpin pas bukan ke bijak-bijak belaka? Ilmu agama tinggi, ilmu politik tinggi. Kalau tak cukup ilmu lebih baik duduk surau je jadi ustaz ajar fardhu ain. Tak payah jadi pemimpin. Cukup dengan mengajar jamaah apa yang halal dan apa yang haram. Lepas tu boleh balik tidur kat rumah. Tak ada orang nak sumpah. Kalau setakat kutuk je tak datangkan kesan pada puak-puak ni. Serupa dengan yahudi satu dunia kutuk tapi buat bodoh je. Umno pun sama juga. Pas pun nak ikut sama ke macam oic? Setakat kutuk, ugut, ancam tapi bila tiba masa tak ada apa-apa berlaku?

    BalasPadam