RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 31 Mei 2010

KES LIWAT - SOALAN TERHADAP SAIFUL PAGI TADI

9:36
KARPAL SINGH TIBA DI MAHKAMAH BERSAMA PARA PEGUAMBELA..SIAP SAIFOOL

9:44
Mahkamah baru bermula. Peguam bela utama Anwar, Karpal Singh mengemukakan hujahannya berhubung mengunjungi kondominium lokasi kejadian dakwaan liwat berlaku, .
9:45
Datuk Mohd. Yusoff berkata, pihaknya akan mengatur satu kaedah untuk membawa Karpal ke premis kondominium pada tengah hari ini nanti
9:45
Mohd. Saiful sekarang sedang mengangkat sumpah di kandang saksi.
9:46
Beliau akan menghubungi tuan punya kendominium untuk mendapatkan maklumat.Hujah Karpal
9:47
Karpal berkata bahawa pihak pendakwa akan membawa ke sana dan menghubungi pemilik
9:49
KS: Once again you are under oath and you understand the consequences...
(Hakim menegur Karpal bertanya soalan dalam bahasa Inggeris. Karpal mohon maaf).
KS: Bila ibu bapa bercerai? Ada kontak dengan sister?
MS: Sejak saya kecil.
KS: Anda seorang Islam yang mengikut ajaran Islam dan sebagainya?
MS: I try my best.
KS: Ada bila bila masa minum arak?
MS: Tidak Yang Arif.
KS: Ada bila bila masa lakukan zina?
MS: Tidak Yang Arif.

9:52
Karpal bertanya, ada jumpa Timbalan Perdana Menteri pada 24 haribulan dan adakah membuat aduan?
Saiful mengaku ada berjumpa dan membuat aduan diliwat tanpa rela.
Saiful sekali lagi disoal, adakah beliau diberi nasihat oleh Perdana Menteri dan arahan?
Saiful jawab, ini masalah peribadi Anwar Ibrahim dan melibatkan masa depan beliau.
9:54
Pihak pendakwa berkata pihak peguambela tidak menghadapi masaalah kerana pemilik adalah rakan karib Anwar

9:56
Karpal mengulang nama-nama individu yang pernah Saiful berjumpa untuk membuat aduan termasuk guru agama yang Saiful memberitahu, beliau terlupa namanya kerana itu guru agama bapa saudaranya, Pakcik Tuah. Dan guru agama itu, kata Saiful, telah meninggal dunia dua tiga bulan yang lepas.
(Kala ini ketawa kecil kedengaran dari galeri awam)
9:57
Karpal bertanya siapakah Faiz Khairy
9:59
Karpal menekan Saiful agar menjawab soalan-soalan yang dilontarkan bertalu-talu kepada Saiful dan mempersoalkan apakah Saiful berkata benar.
10:00
Karpal bertanya adakah sama dengan aduan yang di lakukan kepada Rodwan,Ezam,Datuk Mumtaz dan juga seorang guru agama Rahimi?
10:01
Adakah anda membuat laporan polis setelah anda mengadu kepada mereka ini? taya Karpal
10:01
"Mengikut undang-undang, Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah, Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk membuat laporan polis. adakah anda tau itu? Saya bagitau awak sekarang. Jika timbalan Timbalan Perdana Menteri tidak membuat laporan itu, dia telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan. Timbalan Perdana Menteri boleh dipenjarakan. Tak tahu, saya bagi ajaran kepada awak sekarang, " kata Karpal.
10:02
Hakim bertanya Karpal, adakah Karpal bertanya soalan ataupun mendedahkan maklumat?
10:03
Saifoll menyetakan bahawa beliau tidak melakukan laporan polis sebelum 28 hb...mereka-mereka ini bimbangkan keselamatan saya
10:05
Apabila Datuk Mohd. Yusoff bangun membantah kerana kesilapan seksyen yang dilontarkan oleh Peguam Cara Negara 11 itu, dan Karpal mempersoalkan mengapa Mohd. Yusof 'membangkitkan seksyen yang berlainan, untuk meredakan tegang leher yang berlaku antara Karpal, Mohd. Yusof dan sebelum itu, dengan Saiful, Hakim menangguhkan sebentar mahkamah.
10:05
Apabila ini berlaku, mahkamah rehat sebentar, suasana dalam dewan mahkamah riuh rendah dengan luahan kata-kata tidak puas hati daripada galeri awam.
10:06
Kedengaran suara lantang berkata, "Court impartial". Keadaan dikawal apabila polis mahkamah meneriak, diam.
10:08
Mahkamah sambung bersidang.
10:08
10:09
gambar malaysiakini......adik beliau ikut lelaki nikah di siam...karpal dedahkan di mahkamah
10:09
Sama ada Seksyen 13 atau Seksyen 377... Hakim berkata, mahkamah diteruskan. Karpal berkata, macam mana nak teruskan jika saksi pertama (Saiful) tiada di kandang saksi. Kemudian, barulah Saiful masuk semula ke kandang saksi.
10:09
Karpal menyoal adakah Saiful mengangkat sumpah di masjid? Saiful berkata, ada, pada bulan Ogos 2008.
10:10
Saiful ulangi jawapan, ada buat sumpah iaitu pada hari terdekat tarikh Pilihan Raya Kecil. Saiful apabila ditekan oleh Karpal mengapa pilih tarikh terdekat PRK, Saiful kata secara kebetulan.
10:11
Karpal kata, perbuatan Saiful itu dirancang untuk menjatuhkan Anwar. Saiful tidak bersetuju dengan dakwaan itu.
10:12
NOTA: PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH ...DIMANA NAMA USTAZ RAMLANG PORIGI MUNCUL MENDEDAHKAN PERKARA SEBENAR
10:12
Sebaliknya Saiful berkata, beliau mahu membuat sumpah itu lebih awal. Dan atas nasihat beberapa ulamak, beliau memilih tarikh yang hampir dengan PRK.
10:13
Karpal terus mempersoal mengapa Saiful tidak menjerit, tidak membuat laporan polis, tidak meminta bantuan guard (pengawal keselamatan kondo) untuk minta pertolongan pada tarikh dia didakwa diliwat.
Saiful berkata, beliau tidak meminta tolong.
10:14
Datuk Mohd. Yusoff bangun untuk mengemukakan soalannya pula kepada Saiful.
10:15
Saiful: "No it was not. Saya menyahut cabaran beberapa ulama."
10:15
Semasa Saiful memberitahu, komplen dibuat semasa beliau sakit perut. Ketika beliau membuat pemeriksaan kesihatan dan tidak beritahu doktor, siapakah yang meliwat beliau.

10:17
Saiful ditunjukkan sehelai kertas iaitu laporan pemeriksaan kesihatan hospital.
10:18
karpal berkata soalan lain apabila beliau melawat tempat kejadian
10:18
Katanya, kali pertama beliau melihat laporan pemeriksaan kesihatan itu adalah pada hari soalan balas (cross examination).
10:18
Kali ini tiga kali Hakim menegur Saiful supaya kuatkan sikit suaranya kerana perlu dicatat butiran percakapan Saiful oleh mahkamah.
10:19
Adakah Dr Othman dari Pusrawi mencatat nota
10:19
Soalan akhir, Mumtaz tidak nasihatkan Saiful buat laporan polis. Ezam? Boleh bagitau sebab.

Secara keseluruhannya mereka bimbangkan masa depan saya - itu jawapan Saiful.


10:20
Saiful diminta turun dari kandang saksi.
10:22
Saifool kata pertama kali beliau mendengar bahawa beliau mendengar bahawa beliau di liwat dengan plasrtik???

10:22
Mohd. Yusoff minta kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi seterusnya, doktor.

Karpal berkata, apakah mahkamah sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu oleh peguam bela sebelum memanggil doktor sebagai saksi.

Hakim membenarkan permohonan Mohd. Yusoff untuk mahkamah berehat sebentar. Buat kali kedua sejak mahkamah mula bersidang pagi ini.


10:27
Sebelum mahkamah berhenti rehat sebentar (stand down), Karpal memberitahu mahkamah, jika penguam bela mahu memanggil doktor sebagai saksi seterusnya, beliau mahu supaya tiga doktor pakar dari luar yang dibawa oleh pihak pembelaan, hadir sama untuk mendengar keterangan daripada saksi seterusnya iaitu doktor tempatan yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful.



11:15
SANKARA NAIR BERKATA SEDANG MENUNGGU KEBENARAN PIHAK BERKUASA UNTUK BERKUNJUNG SEMULA PETANG NANTI.MAKA KERANA ITU PERBICARAAN AKAN BERSAMBUNG JAM 2.15 PETANG NANTI.

Sumber: Wartawan Rasmi Laman Reformasi

1 ulasan:

  1. Allah Maha Melihat....kita doakan sesiapa yang salah atau memfitnah dalam kes ini supaya Allah turunkan kifarahNya sebagai peringatan.

    BalasPadam