RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 2 Jun 2010

KERAJAAN `TIDAK MUKTAMAD' , HURU HARA ZAMAN NAJIB

BERTAMBAH haru biru nampaknya pentadbiran kerajaan di bawah Najib. Mungkinkah Najib sudah mulai tertekan dengan berbagai masalah yang beliau hadapi? Tekanan ke atas Najib nampaknya berjangkit kepada Menteri Kabinetnya sendiri. Saya suka gelarkan kerajaan ini sebagai `kerajaan tidak muktamad'. Mengapa?

Najib memperkenalkan dasar MEB bagi menggantikan DEB kununnya sebagai persaingan kepada dasar yang dicipta oleh PR yang meletakkan keadilan di dalam pembahagian ekonomi negara. Tetapi, apa sudah jadi? Bila berpuluh-puluh NGO pertubuhan Melayu membantah, maka Najib pun berkata MEB belum muktamad. Habis tu, selama ini dia merapu pasal benda yang tidak muktamad lah?

Kemudian, isu tanah Kg Bharu, Kuala Lumpur pula. 40 % tanah akan dibuka kepada bukan Melayu, maka bantahan pun diterima dari berbagai pihak. Menteri yang berkaitan pun menjawab, isu itu pun belum muktamad juga.

Sebelum ini pasal larangan penjualan rokok 14 batang. Sudah muktamad bahawa dikuatkuasakan bulan ini, tetapi ditangguhkan pula. Mengapa? Mungkinkah keputusan itu belum muktamad atau ditangguhkan atas sebab-sebab kepentingan pihak tertentu?

Kalau anda fikirkan balik, banyak lagi yang tidak muktamad di era Najib ini. Lesen judi bola sepak Piala Dunia mungkin sudah muktamad dan mungkin telah pun beroperasi. Pembatalan kerjasama dengan APCO sudah muktamad atau belum? Atau mahu tunggu puak Zionis tu lebih mengganas lagikah untuk dimuktamadkan?

Apa-apa pun lepas ini kita akan lihat betapa bertambah lintang pukang pentadbiran Najib. Apabila PM sudah kelam kabut, Menteri-Menteri pun apa lagi lah. Maka, berbagai-bagai dasar yang keluar dan berubah sekelip mata. Ini menunjukkan Najib sudah hilang keyakinan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan