RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 22 Jun 2010

LETAK JAWATAN ADUN - YB SATIM TIDAK NAFIKAN, BELIAU MINTA DIAMKAN DULU

Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 22, 10


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepala Malaysiakini pagi ini.

Malam tadi, kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menjelaskan, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Umno Selangor.

Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".

"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid yang ketua Umno cawangan Puchong Indah berkata dalam mesyuarat bahagian itu sebelum ini, Satim tidak membangkitkan hasratnya untuk melepaskan kerusi tersebut.

"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini). Mesyuarat sebelum ini kita berbincang untuk menguatkan perjuangan. Tak ada masalah," katanya./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Apa yang umno Selangor gusarkan....YB Satim merupakan salah seorang daripada berjuta-juta ahli umno di negara ini.........biarlah dia nak pergi mana pun...................

    Dia letak jawatan boleh ganti dengan ramai lagi orang umno yang tengah "ketagih jawatan" tu.....apa nak herankan....bukankah orang umno ni dah terkenal dengan gila kuasa,gila duit.

    BalasPadam