RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 27 Julai 2010

MASIH ADA YANG SAYANG KAMU, HARUSSANI

PAS S'gor: Tak perlu saman Harussani
Jimadie Shah Othman
Jul 26, 10


PAS Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno, kata ketua penerangannya.

Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu.

"Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan," katanya.

Semalam Hasan (gambar, kanan) diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah (perbincangan) PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam semalam, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Roslan mengesahkan isu pertemuan itu dibangkitkan dalam munaqashah parti itu semalam.

Bagaimanapun, tambahnya, program itu tidak dikhususnya bagi membincangkan perkara itu, sebaliknya membahaskan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

Harussani terus dituduh berbohong

"(Cadangan saman) itu (hanya) pendapat Dr Mariahlah," katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Abdul Hadi itu.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, Hasan kelmarin mengakui bertemu dengan Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu, tetapi tanpa agenda sulit.

Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

Beliau juga dilaporkan menegaskan tidak ada agenda khusus membincangkan soal politik perpaduan kerana tidak pernah diberi mandat PAS untuk tujuan itu.

Ekoran pengakuan itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar terus menuduh Harussani berbohong dan memintanya memohon maaf secara terbuka pada PAS dan seluruh orang Melayu-Islam

"Datuk Harussani sepatutnya meletakan jawatan mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong, sedangkan pendedahan Hassan Ali menjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan mufti tersebut setakat ini belum berhasil./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. nilah yang dikatakan 2 kali 5 .............

    BalasPadam
  2. rasa diri kita dah kuat sangatkah.nak gaduh sana,nak gaduh sini.
    kita kadang kadang tuduh orang munafik,tapi dalam masa yang sama sifat munafik ada pada diri kita.kita seakan meletakkan diri kita menyamai Allah Yang Maha Kaya,apa saja dalam hati orang kita dapat tafsirkan.
    dulu kita ada 100 orang penyokong,akibat satu demi satu krisis ,sikit demi sikit penyokong akan berkurangan.Akan yang akan katakan,biarlah kita tinggal 1 orang asalkan Islam terus ditegakkan.Aku akan kata PORAAHH,cakap politik lagi munafik.
    Perbalahan peribadi usah dikaitkan dengan isue parti.
    jab sp

    BalasPadam
  3. Tok Mufti wajib letak jawatan lah... Bukan sebab menipu tapi sebab riak... Mufti takkan berbohong? hahaha...
    Riak dengan jawatan sama perangai macam syaitan riak dengan Allah tak nak sujud kepada Adam...
    Letak jawatan bertanding calon / barua UMNO dekat Parlimen Bukit Gantang... Ada berani ke???

    BalasPadam
  4. HA juga kene letak jwtn...

    BalasPadam