RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 20 September 2010

AZMIN DAN EZAM, SIAPA NAIK SECARA TERHORMAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

YB AZMIN setakat ini telah mendahului pencalunan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR melebihi 30 pencalonan. Walau bagaimanapun, masih banyak cabang PKR yang masih belum diketahui pencalonan mereka bagi kerusi No. 2 tersebut. Namun, keyakinan ramai pihak bahawa YB azmin akan terus diberi pilihan untuk berganding bahu dengan DS Wan Azizah selaku Presiden parti.

Ezam Mohd Noor yang digelar `raja sesumpah' turut menaruh keyakinannya bahawa YB Azmin akan dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR. Di dalam laporan berita malam tadi, bekas Ketua AMK itu mengulas tentang pencalonan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Beliau seperti biasa tidak akan lekang menyebut darihal DS Anwar mahupun DS Wan Azizah. Beliau seperti sudah menjangka YB Azmin pasti dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR atas alasan kununnya MP Gombak tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Anwar.

Ezam sebenarnya mungkin tidak tahu bahawa pemilihan kali ini tidak sama seperti pemilihan sewaktu beliau berada di dalam PKR dahulu. Pemilihan kali ini juga jauh berbeza dari pemilihan yang diamalkan oleh Umno berkurun lamanya. PKR satu-satunya parti yang berani mengamalkan demokrasi sebenar apabila menyerahkan keputusan memilih pemimpin kepada setiap satu kepala yang menyertai parti itu. Justeru itu, tidak timbul soal kemenangan seseorang calon itu adalah kerana seseorang atau pengaruh sesiapa. Bukan juga seperti Ezam yang tidak pernah bertanding pilihanraya atas nama Umno, tiada jawatan di dalam Umno, baru menyertai Umno tetapi dilantik sebagai Senator. Atas dasar apa? Beliau tidak dipilih oleh ahli-ahli Umno pun.

Maka, Ezam seharusnya malu untuk memberi ulasan terhadap YB Azmin bekas sahabatnya dahulu. YB Azmin dipilih sebagai Wakil Rakyat melalui pilihanraya, dipilih menjadi Naib Presiden PKR jawatannya sekarang ini pun melalui pemilihan parti dan kini beliau masih dicalonkan oleh ahli-ahli parti untuk jawatan yang lebih tinggi. Ahli-ahli PKR sendiri yang bakal menentukan jatuh bangunnya YB Azmin, begitu juga dengan lain-lain pemimpin. Ternyata pandangan dan komen Ezam jauh terpesong dan ini menunjukkan ada sedikit rasa `cemburu' atau `iti hati' raja sesumpah ini di atas kecemerlangan YB Azmin di dalam kerjaya politiknya.

Andainya demokrasi yang selama ini hebat diperjuangkan oleh Ezam, maka kita dapat lihat siapakah di antara YB Azmin dengan Ezam ini yang dinaikkan mengikut demokrasi sebenar. Jika Ezam merasa menyesal kerana meninggalkan PKR, beliau memang patut boleh menyesal. Ini adalah kerana hampir kesemua rakan-rakannya dahulu yang berada di dalam PKR kini berjaya. Ezam saya anggap masih tidak berjaya di dalam Umno kerana beliau dinaikkan secara `manja' sekali. Melucukan apabila terdapat ahli-ahli Umno yang menggelarnya sebagai `Pendekar' sedangkan `Pendekar' ini mendapat jawatan secara `percuma'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan