RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 20 September 2010

UTUSAN MEROSOT, AWANG SELAMAT PUNYAI STANDARD RENDAH - NAZRI AZIZ

Nazri: Awang Selamat, siapa ketuamu?
Sep 20, 10

Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri menegaskan sebagai seorang menteri, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

"Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan anti-Mahathir.

Dalam kolumnya semalam, Awang Selamat mengkritik Nazri (kanan) kerana 'mempersoalkan' kesetiaan Utusan pada Najib - yang didakwanya menunjukkan menteri itu anti-Mahathir.

Awang Selamat juga mendakwa tindakan Nazri itu biadap dengan negarawan yang banyak berjasa, sekali gus menjelaskan mengapa tidak hairan akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr Mahathir.

Ini kerana, tambahnya, ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Ibrahim Ali sememangnya bukan ahli Umno

Pada 15 September lalu, sebuah portal berita melaporkan Nazri mempersoalkan tindakan Utusan seolah-olah memperlekehkan gagasan Najib, menunjukkan akhbar harian itu lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

Beliau dilaporkan bertanya sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu 'menggantikan' beliau dengan Dr Mahathir.

"Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?" Nazri dipetik sebagai berkata.

Dalam sepucuk surat terbuka yang disiarkan dalam portal portal berita hari ini, Nazri berkata, walaupun Dr Mahathir adalah perdana menteri terbaik yang beliau pernah pernah berkhidmat, tetapi beliau juga ada banyak kekurangannya.

"Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya," katanya.

Menurut Nazri, tidak sepertinya, Awang Selamat mungkin tidak tahu siapa ketuanya "kerana dia memperkecilkan dasar 1Malaysia yang dibawa perdana menteri dan mempromosikan perkauman sempit (Presiden PERKASA Datuk) Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno."

Bersopan kepada pembangkang

Beliau juga mengkritik Awang Selamat yang didakwanya "terperangkap dalam peredaran waktu"di mana ahli arlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan wakil rakyat pembangkang, malah membencinya dalam kebanyakan masa.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat

"Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima ahli parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen," tulis Nazri lagi.

Secara sinis, Nazri menambah: "Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya."

Sehubungan itu, Nazri menasihatkan Awang Selamat tidak mencampuri politik "dengan pengetahuan yang cetek dan sifar pengalaman", sebaliknya patut memberikan tumpuan untuk menaikkan edaran Utusan yang terus merosot.

"Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya," kata Nazri./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. eloklah perompak marah pencuri..

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  2. Kadang kadang, jika se orang dah menjadi Menteri, dia berangapan Negara Malaysia ini dia yang punya, mereka dah lupa bahawa pangkat Menteri yang mereka sandang sekarang di berikan oleh Rakyat, harap sesiapa pun yang bergelar Menteri jangan terlalu taksub.

    BalasPadam
  3. Mereka sekarang telah berpecah-belah dan tidak lg berada dlm kesatuan..Ini lah akibatnya terlalu sgt bermain politik 24 jam..ada agenda dlm agenda..Ini lah hikmah ALLAH memanjangkan umur Dr.Mahathir kerana ALLAH mahu beliau saksikan perpecahan dlm parti kebanggaannya di hadapan matanya..Anak didik tidak lg mendengar kata krn beliau juga tidak mendengar kata semasa berkuasa dulu..Inilah hasil didikan beliau sepanjang 24 tahun memegang jawatan PM..Tun Mahathir patut meraikan pencapaiannya yg cemerlang itu..

    BalasPadam
  4. Betul tu jenang....ustaz fadhil noor kan pernah berdoa supaya mahatir10% ni panjang umur dan lihat hasil kerja tangan dan otak sial dia tu...Bagi saya BN runtuh sebab otak sial mamak kutty ni....

    BalasPadam