RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 15 September 2010

Guna Ungkapan 'India Mabuk', Polis 'Periksa Alat Sulit' Anggota AMK

Nurshakira Buang

KUALA LUMPUR 14 SEPT - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga rakan lain dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan sepasukan anggota polis yang dikatakan menggunakan ungkapan 'India Mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

Mencerita detik kejadian lebih lanjut, katanya, beliau dalam perjalanan ke Ipoh, Perak ketika ditahan polis di satu sekatan jalan raya sebelum lesen dan kad pengenalannya diminta dengan cara tidak sopan.

“Seorang anggota polis mengetuk cermin kereta seperti mahu memecahkannya. Saya kata, dia tidak sopan lalu dia (polis) naik berang dan menyelongkar kereta serta ada menyebut untuk membuka seluar dan baju saya,” katanya.

Arjunan berkata, seorang anggota polis juga memasukkan tangan dalam poket seluar dan memegang alat sulitnya dan mendakwa perbuatan sama turut dilakukan terhadap tiga individu lain yang turut bersama beliau.

Beliau kesal kerana anggota polis terbabit tidak menyatakan sebab beliau diperiksa dan kenderaannya digeledah tetapi percaya perbuatan sedemikian adalah perkara biasa di kalangan polis.

Katanya, tindakan kurang sopan anggota polis itu ditegur anak yang juga pembantu peribadinya, Kalaimugilan Arjunan, mendorong polis mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengugut untuk membogelkan mereka dengan alasan polis berkuasa berbuat demikian.
.
Kurang senang dengan tindakan itu, Arjunan bersama tiga rakan lain membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa pada hari sama.

Mereka juga bercadang menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis itu.
.
Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan kesalahan mencabul terhadap seseorang baik perempuan mahupun lelaki, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan./TVSelangor

4 ulasan:

  1. Keling ni perangainya sukar diramal...nampak pro...tapi dibelakang penjenayah pro...jaga-jaga...jangan main dengan ular...

    BalasPadam
  2. Atok aku kata...kalau jumpa ular...ketuk dulu ular tu....bahaya sebab dalam diam dia mematuk

    BalasPadam
  3. Wan aku kata pula...kalau jumpa ular jangan ketuk..tengokkan dulu belitnya...jumlah tak seberapa...besar kepala tak sedar diri...perambat balik krala baru tau

    BalasPadam
  4. KIta jangan terpedaya sangat dengan lidah bercabang mereka ini. Pepatah melayu lama pun telah banyak mengingatkan kita, sikap talam dua muka mereka ini. Kerana benci UMNO, apa sahaja yang mengaku pembangkang kita dengan rela hati sokong mereka habis-habisan. Itu bodoh tegar namanya. Tugas sebagai anggota PDRM begitu mencabar dan berisiko tinggi. Kita orang luar hanya pandai cakap dan komen serta prejudis sana sini sahaja tanpa berada di post mereka. Kalau nak main undang-undang dengan mereka, kita hanya tinggal isi dan kulit ajelah. Dengan peguam OKU yang tak habis-habis tolak Islam kat tanahair kita pun, kita tewas, inikan nak berhujah fakta dengan mereka? Percaya boleh, tapi jangan serah segala-galanya nanti kita pula yang jadi PATI.

    BalasPadam