DATO Zaid Ibrahim nampaknya semakin agresif di dalam kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingan terdekatnya tentulah YB Azmin yang baru saja mengumumkan untuk bertanding kerusi tersebut setelah Dr Syed Hussin Ali bakal melepaskan jawatan yang disandangnya itu.
Permulaan, Dato Zaid cuba meraih simpati kununnya beliau bakal mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba yang dilupakan oleh ahli-ahli Umno sewaktu kemaraan DS Anwar bertanding Timbalan Presiden Umno dahulu. Mungkin Dato Zaid belum yakin bahawa parti yang baru `beberapa hari' beliau sertai itu tidak sama atau jauh sekali berbeza dengan Umno. Mungkin juga Dato Zaid masih terbawa-bawa dengan kaedah pemimpin Umno bertanding.
Sindiran Dato Zaid terhadap YB Azmin dengan menyatakan YB Azmin `tampil dengan penuh gaya' sewaktu MP Gombak itu mengumumkan hasrat untuk bertanding semalam, juga merupakan salah satu kaedah berkempen secara halus penuh dengan `psikologi'. Boleh juga kita terima kempen sedemikian.
Tetapi apabila Dato Zaid membuat kenyataan bahawa Presiden PKR hanyalah sebagai `boneka' di dalam PKR, saya merasakan sesuatu telah mengganggu emosi Dato Zaid Ibrahim. Dato Zaid memasuki PKR sewaktu DS Wan Azizah menjadi Presiden PKR dan DS Anwar juga ketika itu adalah Ketua Umum PKR yang Dato Zaid katakan satu jawatan yang tidak boleh ditandingi. Mereka berdua bukan baru di kerusi tersebut dan Dato Zaid tentunya memahami situasi itu sebelum beliau mengambil keputusan untuk menyertai PKR, apatah lagi beliau seorang peguam.
Apakah beliau diterima menyertai PKR atas kelulusan Presiden PKR seorang diri atau pun juga diluluskan oleh Ketua Umum PKR seorang diri? Jika Presiden PKR adalah `boneka', maka kemasukan Dato Zaid ke dalam PKR diluluskan oleh siapa? Adakah organisasi di dalam PKR tidak sedikit pun tahu atau merestui kemasukannya ke dalam PKR? Termasuk juga pemilihan Dato Zaid sebagai calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor dahulu direstui oleh Presiden `Boneka' ini?
Lebih memeningkan kepala kita, mengapa soal `boneka' ini timbul sewaktu pemilihan pimpinan PKR hendak dijalankan? Jika beliau percaya bahawa PKR kini diketuai oleh `boneka', mengapa beliau terlalu bodoh untuk menyertai PKR dan terus kekal sekarang ini di dalam PKR? Saya tidak tahu apakah yang ada di dalam kotak fikiran Dato Zaid sekarang yang nampaknya cuba memperlekehkan Presiden parti yang beliau anggap sebelum ini amat telus dan lebih demokrasi. Apakah beliau sudah merasa lebih hebat sehari dua ini ?
Jika inilah cara Dato Zaid berpolitik di dalam PKR, tidak mustahil apa yang beliau takuti selama ini akan terjadi ke atasnya. Mungkin tidak hairan beliau juga akan mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. Ketika itu, Dato Zaid jangan salahkan sesiapa tetapi lihatlah pada diri sendiri./mandor.blogspot.com

Nape Zaid rasa diri dia super bagus. Kat Hs bertanding pn kalah. Jadi Ketua pimpinan pkr KL pn orang yang bagi dia. For Zaid jujur dan iklas la buat keje tu, dulu masa masuk cakap tak pentingkan jawatan, sekarang mati-matian nak kan jawaatan, dah kemaruk sangat ke nak jadi timbalan.kalu2 anwar di sumbatkan (nauzubillah) ada la chance jadi PM agaknya
BalasPadamJangan gelojoh , Orang tamak selalu rugi.
BalasPadamBaru masuk dah cakap macam2..
zaid zaid,
BalasPadam