TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Selasa, 14 September 2010

PKR Kedah Mahu Calonkan Anwar Tanding Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah mahu mencalonkan agar penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini.

Bagi jawatan timbalan presiden PKR akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini.

“Setakat ini kami hanya memutuskan pendirian berkenaan jawatan presiden manakala bagi jawatan timbalan presiden akan dibuat dalam sehari dua ini,” kata Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kasim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, menjelang pemilihan kepimpinan di peringkat cabang PKR di Kedah, Biro Politik negeri itu yang bermesyuarat 5 September lalu telah meminta semua cabangnya mencalonkan Anwar bagi jawatan presiden.

Mesyuarat agung tahunan cabang bermula 17 September ini. Ia akan berlangsung selama sebulan.

Terdapat 218 cabang PKR.

Minggu lalu, Majlis Muafakat Kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat Selangor juga mengesyorkan Anwar bertanding jawatan presiden manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan presiden.

Ahmad berkata, pencalonan ini selaras dengan usaha untuk meletakkan kepimpinan parti yang mempunyai kuasa eksekutif yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Walaupun ketokohan dan kepimpinan Datuk Seri Anwar tidak siapa yang dapat menafikan, sama ada kawan ataupun lawan kepimpinan karismatik yang beliau miliki adalah anugerah semula jadi yang telah membawa parti sehinggga ke tahap yang cemerlang kini, namun kepimpinan yang rasmi memerlukan beliau memegang jawatan sebagai presiden parti,” katanya.

Kata beliau, bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden parti, Biro Politik PKR Kedah memberikan kebebasan kepada bahagian untuk mencalonkan mana-mana individu yang mempunyai kelayakkan bagi memantapkan perjuangan parti dimasa akan datang.

“Ketua cabang telah pun didedahkan mengenai calon-calon yang mempunyai kelayakkan bagi memantapkan hala tuju perjuangan parti dan mereka matang serta bijak untuk membuat keputusan dengan dokongan kuat dari anggota cabang dalam mesyuarat agung tahunan cabang akan datang,” kata beliau.

Berkenaan pencalonan kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mesyuarat agung tahunan cabang diminta untuk mencalonkan kepimpinan dari Kedah yang akan dimaklumkan kepada semua ketua cabang.

“Jumlah berbaki untuk mencukupi 20 orang boleh datang dari pelbagai negeri mengikut cadangan mesyuarat agung tahunan cabang tersebut,” katanya.-THE MALAYSIAN INSIDER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini