RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

PEMILIHAN PKR - MUSTAFA KAMIL MASIH BERFIKIR

Radzi Razak

KOTA KINABALU 15 SEPT: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mustaffa Kamil Ayup tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika mendapat sokongan akar umbi.

Beliau mengakui ada desakan kuat dari ahli dan pimpinan PKR Perak serta beberapa negeri lain yang mahu Naib Presiden PKR itu, bertanding jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Mustaffa Kamil hanya sedia untuk bertanding jika mendapat sokongan akar umbi dan keputusan muktamad berkaitan perkara itu akan diumumkan beliau bulan depan.

"Tidak ada salahnya, kalau ada pencalonan. Oktober ini, saya akan buat keputusan," katanya kepada TV Selangor ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Putatan di sini, malam ini.

Jawatan Timbalan Presiden PKR kosong berikutan pengunduran penyandangnya, Dr Syed Hussin Ali.

Mereka yang dijangka bertanding jawatan berkenaan ialah Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan