RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 8 Oktober 2010

DULU ZAID GELAR AKHBAR INI `GESTAPO', KINI TIMBUL RASA KASIH DAN SAYANG PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID IBRAHIM tidak setuju pimpinan PR memboikot akhbar termasuk Utusan. Walaupun pimpinan PKR khasnya baru-baru mengeluarkan arahan agar menjauhi Utusan, Zaid berkata beliau tidak peduli arahan itu. Tanpa media, mesej parti tidak sampai katanya.

Saya tidak tahu samada Zaid berkata demikian beliau berada di dalam keadaan waras atau tidak. Jika beliau sebelum ini mendakwa Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyu' (nyanyok?), masakan beliau juga begitu kerana Zaid jauh lebih muda dari Dr Syed Hussin rasanya, Bukankah beliau pernah berkata akhbar ini sebuah `akhbar GESTAPO '? Apa itu Gestapo? Akhbar yang mengkritikkah atau yang menjalankan fitnah atau yang berniat jahat? Rujuk tulisan Zaid di sini. Adakah beliau lupa apa yang ditulisnya?

Jika akhbar itu bersifat mengkritik, Yes, kita boleh menerimanya kerana akhbar parti kita pun mengkritik juga. Tetapi akhbar yang kita sejak dahulu boikot ini bukan bersikap demikian, dan Zaid pun menjadi mangsa akhbar ini walaupun baru `dua hari' masuk PKR. Itu belum beliau jadi pemimpin seperti DS Anwar lagi. DS Anwar sudah lali dengan mainan akhbar Gestapo ini. Mengapa sekarang Zaid amat senang dengan akhbar ini? Masakan baru diwawancara sempena kempen pemilihan pimpinan PKR oleh Utusan, maka terbit rasa `kasih dan sayang'?

Dato Zaid dialu-alukan bertanding apa juga jawatan di dalam parti. Pedulikan dulu janji-janji beliau untuk tidak merebut jawatan tertinggi di dalam parti. Lupakan saja cakap-cakap beliau akan menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan itu. Abaikan pula kenyataan terbau beliau yang menyebut bahawa beliau sedia menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Mana satu pun kita tidak tahu.

Tetapi, biarlah, PKR adalah parti demokrasi yang lebih baik dari Umno walaupun tidak mencapai sebaik mungkin lagi. Silakan Dato Zaid bertanding, tetapi kita ingatkan beliau bahawa Utusan itu adalah milik Umno. Dan, Umno sifatnya tidak akan senang dengan PKR dan PR walaupun siapa jua pemimpinnya. Alasan mesej parti tidak sampai kepada rakyat jika memboikot Utusan adalah alasan Dato Zaid untuk menghalalkan tingkah lakunya. Semenjak bila Utusan telus dan jujur menyampaikan mesej parti pembangkang kepada rakyat?/wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Dasar orang gila kuasa

    Dato Zaid dialu-alukan bertanding apa juga jawatan di dalam parti. Pedulikan dulu janji-janji beliau untuk tidak merebut jawatan tertinggi di dalam parti. Lupakan saja cakap-cakap beliau akan menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan itu. Abaikan pula kenyataan terbau beliau yang menyebut bahawa beliau sedia menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Mana satu pun kita tidak tahu.

    BalasPadam
  2. pada aku zaid ni keras kepala dan tak makan nasihat, aku tak kisah klu dia nk bertanding pun tapi jgnlah mengadu dan mengeluh seolah dia saja yg terinaya,

    BalasPadam
  3. Zaid sebenarnya duri dlm daging.Kalau dia benar-benar cinakan perjuangan,dari awal lg dia sudah bersama-sama kita,malangnya setelah karier Pak Lah kabur dia mula "berjuang" sebagai persediaan mencari tapak baru di luar UMNO.Dr awal tak mahu bertanding,kwn2 akan jadikan dia mcm Ghafar Baba dll lah,lps tu buat perangai.

    BalasPadam
  4. blog ini semakin top sekarang walaupun ada blog yg menyatakan blog ini bukan dalam top 10,

    BalasPadam
  5. ini namanya politik karton oleh zaid,

    BalasPadam
  6. mula-mula saya bangga dgn penyertaan Zaid dalam PKR/PR. Tetapi penilaian saya sekarang, kalau jadi calun PR pada PR13 ni pun kena fikir 2 kali, takut jadi macam Zahrin dan zulkifli Nordin. DSAI, tolong fikir banyak kali kalau nak lantik Zaid jadi calun... arahan parti pun tak hormat.

    BalasPadam
  7. PAS perlu bersiap untuk kembali berjuang secara sendirian.
    Apa yang berlaku dalam PKR sekarang menunjukan ia sedang berada kearah kehancuran.
    Penglibatan Zaid dan "gila kerana lupa siapa sebenarnya sahabat sejati" menjadi amalan baru dalam keluarga Anwar.

    BalasPadam