Sungguh memalukan apabila kami mendapat berita yang Majlis Jamuan Hari Raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang diadakan di Kg.Ayer Manis Kulai telah diganggu oleh pihak polis dua hari lalu (8 Okt). Ia sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya.
Apakah UMNO Johor sudah terlalu takut dan sanggup mengarahkan pihak polis untuk menggempur sebuah majlis jamuan hari raya parti politik?. Biarpun pihak polis yang melakukan kekasaran itu, namun hakikatnya rakyat lebih tahu yang mereka melaksanakan tugas mengikut arahan puak-puak UMNO Johor itu sendiri sebenarnya. Mahu dinafikan pun tidak berguna, kerana Johor adalam "Lubuk UMNO" yang kononnya terlalu sukar untuk ditembusi oleh parti pembangkang di negara ini. Tambahan pula UMNO itu sendiri lahirnya di negeri Onn Jaafar itu.
Makanya, ketakutan yang amat sangat menyebabkan UMNO Johor terpaksa menggempur majlis anjuran PKR itu. Difahamkan pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Zul dari Balai Polis Kulaijaya telah mematahkan mikrofon ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng , sedang berucap dihadapan lebih 400 orang hadirin. Tindakan tersebut menyebabkan Chua Jui Meng terpaksa berucap tanpa menggunakan microfon. Walau pun sudah mematahkan microfon, pihak polis masih terus berada disitu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Difahamkan antara pemimpin PKR pusat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin

Orang ramai panik lihat polis tergamak gempur majlis jamuan hari raya
[Nampaknya UMNO Johor semakin gentar untuk berlawan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekarang ini. Tindakan mengarahkan pihak polis menggempur Majlis Jamuan Hari Raya adalah satu tindakan biadap bagi manusia yang tidak bertamadun. Apakah ini yang dikatakan demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini agaknya. Ternyata, mereka sudah terlalu takut untuk melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, syabas dan tahniah kepada PKR Johor yang telah berjaya mencipta sejarah yang amat menarik untuk diperkatakan oleh rakyat Malaysia ini. Semoga dengan ini, rakyat Johor yang selama ini karat UMNO akan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika inilah sikap mereka, ternyata mereka tidak layak untuk berkuasa lagi sebenarnya]./Pahang Daily
setakat parti politik yang menjadi halangan dengan dibantu olih pdrm(rujuk kata kata musa hassan,adakah ini satu daripada maksudnya),ia masih bolih diatasi.cara berlawan pun mudah.
BalasPadamtapi kalau amat membimbangkan kalau ada institusi lain dibelakangnya,dimana jika dilawan "murka" jadinya dan media pro umno akan mengupas isu penderhakaan pula.