RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 14 Oktober 2010

TIMB PRES PKR - SELAMAT BERTANDING IZZAH, KE MANA HALUAN DATO ZAID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA tuah menyebelahi YB Nurul Izzah apabila beliau disahkan layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Sebelum ini, dikatakan pencalonan beliau untuk jawatan tersebut tidak memenuhi syarat 2 pencalonan setelah tarikh tutup pencalonan, tetapi tidak diketahui kaedah yang diguna pakai atau sememangnya YB Nurul Izzah memang layak bertanding. Apa pun, selamat bertanding buat YB Nurul Izzah sekiranya beliau tetap mahu bersaing untuk jawatan tersebut.

Apabila parti memberi kebenaran dan inilah yang diharapkan oleh beberapa ahli di dalam PKR, maka tiada sebab lagi untuk menyalahkan parti atau menimbulkan soal konspirasi untuk melarang YB Nurul Izzah bertanding. Saya berharap parti telah melaksanakan keadilan di dalam pemilihan kali ini walaupun beberapa aspek teknikal masih dipertikaikan. Memang sesuatu yang baru akan menghadapi beberapa masalah di dalam perlaksanaannya. Apa yang penting, prinsip keadilan dan ketelusan dapat dipraktikkan sebaik mungkin.

YB Nurul Izzah sekarang ini pasti sedang menimbang samada bijak atau tidak untuk beliau menawarkan diri bertanding kerusi nombor dua di dalam PKR itu. Setakat ini pencalonan untuk beliau bagi jawatan tersebut paling minima jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Jika diukur dari pencalonan, lebih bijak dan praktikal YB Nurul Izzah mencuba merebut jawatan Naib Presiden PKR. Jika beliau bersetuju untuk merebut jawatan Naib Presiden, laluan untuk beliau juga agak samar kerana wakil calon wanita sudah bersedia menanti iaitu YB Fuziah Salleh. Dikatakan sokongan untuk MP Kuantan itu tidak boleh dipandang mudah. Adakah PKR perlu kepada 2 tokoh wanita menduduki kerusi Naib Presiden?

Samada YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden atau Naib Presiden, tentunya memberi kesan ke atas pencalonan terhadap Dato Zaid Ibrahim. Apakah jawatan yang ingin ditandingi oleh Dato Zaid Ibrahim mungkin tertakluk kepada pendirian YB Nurul Izzah selepas ini. Ada yang berpendapat, penyokong-penyokong Dato Zaid akan memberikan sokongan padu kepada YB Nurul Izzah walau apa jua jawatan yang ingin disandangnya. Tetapi, belum tentu penyokong-penyokong YB Nurul Izzah akan menyokong Dato Zaid sekiranya Dato Zaid bertanding di dalam pemilihan kali ini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. ZAID TAK AKAN TARIK DIRI. Zaid akan kata Izzah 'DILAYAKKAN' bertanding Tmb. Presiden sebagai strateji pihak tertentu memberi tekanan supaya Zaid tarik diri.Mereka ini menurut Zaid memang takut dan tak nak Zaid bertanding. He..he.. Zaid bah itu! Tiada urang bulih makan! Main kau Sampulna....

    BalasPadam