Oleh: WFAUZDIN NS
KETUA Polis Negara telah membuat pengakuan bahawa kes penyebaran video lucah yang hangat diperkatakan sekarang yang kununnya melibatkan aksi seks pemimpin pembangkang akan disiasat secara telus.
Semalam seorang MP dari PKR YB Johari Abdul telah mendedahkan bahawa dalang di sebalik penyebaran dan tayangan video lucah tersebut yang mengaku sebagai 'Datuk T' adalah melibatkan bekas KM Melaka Rahim Thamby Chik. Memandangkan pendedahan telah dibuat, maka tampil lah Rahim Thamby Chik pula mengaku bahawa `Datuk T' itu adalah terdiri dari 3 sahabat iaitu beliau, Eskay Abdullah dan Shuib Lazim.
Adakah pengakuan Rahim ini akan dibuat sekiranya Johari Abdul tidak mendedahkannya? Amat melucukan apabila sebelum ini `Datuk T' memberi tempuh 7 hari kepada pemimpin pembangkang dan isterinya meletakkan jawatan di dalam politik, jika tidak rakaman video tersebut akan disebarkan. Tetapi, Allah merancang dan menentukan yang terdedah adalah ketiga-tiga orang kuat filem lucah berkenaan tidak sampai berapa hari sahaja selepas mereka `mengugut' pemimpin pembangkang berkenaan.
Pengakuan ketiga-tiga mereka sebagai dalang video lucah berkenaan adalah satu tamparan hebat kepada puak-puak yang sentiasa mahu melihat Anwar mati di dalam karier politiknya. Paling termalu adalah `firaun besar' dari Kulim yang dua tiga hari lalu menyalak mengaku beliau yakin 110 % bahawa pemimpin pembangkang yang penuh kontroversi itu memang terlibat. Kemudiannya si lidah bercabang ini berkata pula bahawa mungkin isu video lucah ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian dari isu DNA. Ertinya, isu video lucah ini memang dirancang oleh Anwar. Lihat, betapa mahirnya lidah firaun besar berputar dan berbelit. Mula-mula berkata pemimpin pembangkang itu yang beraksi di dalam video berkenaan, kemudiannya pula mendakwa itu cara untuk mengalih perhatian dari isu DNA. Lojik atau tidak, untuk mengalih perhatian dari isu DNA, Anwar mesti melakukan perbuatan jijik tersebut kemudiannya dirakam dan diedarkan? Hanya si tolol jika pun tidak si gila sahaja yang mungkin percaya.
Apa pun, pengakuan telah dibuat dan laporan Polis juga telah dibuat. Orang pertama yang telah dipanggil untuk siasatan pihak Polis setakat ini katanya adalah beberapa wartawan dan editor akhbar. Tidak mengapa, kita pasti pihak Polis akan menahan dan menyiasat ketiga-tiga dalang utama penyebaran video lucah tersebut. Pihak Polis juga harus menahan dan mengambil tindakan ke atas pengurusan hotel di mana tayangan video lucah itu dilakukan. Masakan pengurusan hotel terkenal itu tidak mengetahui adanya aktiviti jijik yang telah berlaku apabila melihat kehadiran ramai `jemputan' ke hotel berkenaan? Mengapa hotel berkenaan membenarkan tayangan video lucah diadakan di situ?
Berkenaan siapakah si perut buncit yang beraksi di atas ranjang itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Langkah awal, tentukan mereka yang sudah mengaku membuat kerja tidak senonoh itu ke muka pengadilan. Tidak mengapa jika Umno menafikan parti itu tidak terlibat, tetapi apakah Umno berani mengambil tindakan disiplin ke atas Rahim Thamby Chik dan Shuib kerana mereka berdua adalah ahli Umno, bahkan suatu ketika tokoh Umno iaitu sebagai Ketua Menteri Melaka dan seorang lagi Senator.
Seorang bergelar Tan Sri, seorang lagi bergelar Datuk telah mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Apakah mereka layak memegang gelaran itu lagi? Umno mungkin dilihat serius untuk menafikan penglibatan parti berkenaan di dalam perbuatan jijik ini sekiranya berani memecat keahlian mereka yang terlibat. Shuib pula adalah Bendahari Perkasa, dan kita mahu lihat apakah Perkasa masih sudi menerima orang tidak bermaruah seperti ini? Jika Umno dan Perkasa tidak mampu berbuat apa-apa maka usahlah hairan jika ada yang beranggapan ada benarnya dakwaan DS Anwar bahawa rakaman video seks itu adalah konspirasi pihak mereka.
Apa yang bakal berlaku di dalam sandiwara ini, kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan benar-benar serius menangani perkara ini. Apakah benar bahawa di dalam negara ini halal menonton video lucah asalkan tidak dikenakan bayaran sepertimana yang disebut oleh seorang menteri yang nampaknya seperti terlampau cerdik itu?/wfauzdin.blogspot.com

BILA NGOK-NGOK MENOLAK HUKUM ALLAH !BILA NGOK DILANTIK JADI MENTERI ! BILA NGOK DILANTIK JAGA KEAMANAN ! BILA NGOK DILANTIK JAGA MAHKAMAH ! NGOK LAH JADI 1MALAYSIA !
BalasPadamASTAGA ...
Ya ALLAH!!ENGKAU berilah balasan pd org yg suka membuat fitnah...adakah pemimpin ini yg harus ku harapkan utk agama ,bangsa dan negara??kenapalah org melayu umnongok tak sedar2 lg..Ya ALLAH!!!ENGKAULAH MAHA MENGETAHUI..amin..
BalasPadamMenjawap cabaran beberapa menteri termasuk hero tua blue filem Chua,dicadang Anwar menerima gesaan ditubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan memberi syarat bahawa hendaklah ada penglibatan pakar pakar dan individu yang dikenali punya intergriti tinggi dari luar negara contoh Korea,Japan,US,Australia.Dan bukan malaun malaun dari NGO yang Tambi cadangkan.
BalasPadamHebahan perlu dibuat iaitu,jika Anwar terlibat, beliau dan keluarga perlu tinggalkan politik Malaysia.Dan jika video ini adalah video fitnah(jangkaan ramai memang begitu)Najib dan semua anggota kabinet perlu meletak jawatan.
Zul Nordin,Bahrian,Hero Blue filem dan lain lain yang sahkan itu adalah Anwar perlu letak jawatan.
Bukan kah ini permintaan yang seimbang
pembetulan:
BalasPadamzul nordin dan yang seangkatan dengannya dicadang pi titi penang,dan terjun.
aku yakin 120% depa akan jumpa apa yang depa cari