RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 21 Mac 2011

VIDEO SEKS ANWAR ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau./Harakahdaily

13 ulasan:

  1. kenapa polis tak tangkap wartawan tu kerana menonton video lucah

    BalasPadam
  2. kesian dengan PAS, kerana terlalu ingin bela Anwar yg fakta pun mau diketepikan, insaflah sahabat, ingat prinsip perjuangan amal makruf nahi mungkar...jangan amal mungkar nahi makruf

    BalasPadam
  3. Asyik serang Anwar aje? Pemimpin PAS selamatlah buat masa ini. Ambillah peluang keemasan ini untuk menaikkan penglima-panglima mereka seperti Nizar Jamaluddin, Mujahid Yusof, Husam Musa dan Dr Syed Azman. Jangan nak tunggu Anwar rebah dek fitnah yang bertali arus oleh para pemimpin kafirun dan laknatullah tu, barulah PAS mula nak ambil kesempatan dan nak melonjak menjadi jaguh keadaan. Sewaktu itu dah terlambat, kerana orang akan menyokong PAS atas sebab bencikan UMNO/BN sahaja, bukan atas faktor keikhlasan dan keadilan PAS dalam pemerintahan. Berubahlah jangan biar Anwar keseorangan bagi menghadapi laknat-laknat haramjadah seperti iblis berkepala manusia tersebut menjadi pemimpin selamanya. Rakyat marhaen yang sedar diri dan tidak buta fakta dan kebenaran, sudah terlalu bencikan mereka ini.

    BalasPadam
  4. Hoi Cicit Raja Jembal.
    Geng anak haram jadah macam hampa mana tau amal makruf nahi mungkar.
    geng hampa mana tau dosa pahala.sebab tu otak letak dikepala lutut dan hang pun terikut sama,otak letak dikepala lutut,rm jaga.
    kalau nak buat fitnah,rancang elok elok.tarikh 21/2/2011 minggu perbicaraan.

    BalasPadam
  5. ingat la..bahawasanya dunia ini tempat tompang nye sementara..akhirat tempat abadi lagi kekal..insafla wahai rakan2..jgn la selalu menabur fitnah..fitnah itu dose paling besar..mari la kte same2 berdoa agar PRU-13 BARISAN NASIONAL hancur lebur..kte sama2 angkat pemimpin yg ber ilmu n beragama..semoge dngan itu negara kite d jauhkan ujian dan dugaan yg x d ingini..amin

    BalasPadam
  6. selamat le anwar dari kes pungkok saitpol...lepas ni nengok pulak dlm tb demo org tua-tua dengan bebudak tak sekolah mintak DSAI ngaku video porno,kepalanye NGO PEkasam...apapun lawan tetap lawan

    BalasPadam
  7. aduh..pening2 aku...kata DSAI kaki jubur,ni dah kaki betina pulok...wartawan yg pergi tgk video lucah tu rais tak nak saman ke?dlm byk2 adegan seks tu ada tak anuar main jubor?kalau tak ada bukian kaki jubor la namanya...tp kalau DNA dah penting,knapa tak report polis?boleh amik katil ngan karpet...siap ugut2 lagi dan rahsia nama yg beri CD tu...penakut sgt la tu..kot2 kena saman 1bilion tak terkasi nya dia...blogger2 BN hati2 tau jgn bg tajuk "Hei pak pembangkang...mana mau lari" kang anuar saman terkedu lak kang....dugaan anuar hebat...media byk mainkan peranan yg songsang...tapi ALLAH tahu dugaan ini masih mampu DSAI n keluarga tanggung..cuma Datuk T tu je dia sendiri takut tak tertanggung kalau bocor nama dia nanti...hahahaha....

    BalasPadam
  8. malaysia akan hancur dgn permainan politik murahan....kesan drpada kelesuan dan kelunturan nilai agama dlm hati rakyat..pahala dosa bukan isu..provokasi.manipulasi..spekulasi ...hancur..hancur!

    BalasPadam
  9. Aku dah tau siapa dato T,
    dato Temberang

    BalasPadam
  10. Sokong jap Sp...best! bangang punya cicit raja jembal..eh silap raja kelentong...

    BalasPadam
  11. Cukuplah sekadar aku mengenali apa itu parti umngok dan apakah jenis pemimpin2 umngok dulu, kini dan selamanya...

    suka buat fitnah, menindas, politik kotor dan pengecut...

    Bodohnya org2 yg sokong parti jenis mcm ni...

    BalasPadam
  12. LELAKI YANG SUKA MAIN BONTOT TAK SUKA MAIN PUKI.
    TAPI DALAM TUDUHAN SEKARANG ANWAR SUKA SEMUANYA...KALAU NAK PENAYA ORANG FIKIR-FIKIRLAH DULU...JANGAN SAMPAI RAKYAT MAIN JUBOR KAU PULAK NAJIB....PRU13 NANTI MEMANG KAMI GIAN NAK MAIN JUBOR KAU NAJIB.....

    BalasPadam
  13. Apa nak jadi dengan pemerentah sekarang takut sangat mereka dengan DSA ni....sanggup buat segala macam fitnah yang tak masuk akal....pada orang yang berfikiran waras.Takusah buat perkara bodoh...banyak lagi yang kita nak laksanakan,ini bukan caranya menjatuhkan orang dengan membuat fitnah.Islam tak mengajar cara begini dalam pemerentahan.Kalau kerajaan dah tak tahan kena bangkang..duduk diam2 dalam parlimen.Ini tidak bangkang sahaja siaplah engkau....Apa ni??...

    BalasPadam