RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 20 Mac 2011

KES FITNAH LIWAT DS ANWAR - BENARKAH PENDEDAHAN PAHANG DAILY INI ?

Misteri Panas, Si Saiful Bukhari Ada Wahyu Najib Dan Sanggup 'Terima Takdir' Dirinya Jadi Mangsa Liwat Setelah Tiga Bulan Dapat Tekanan Di HKL !!

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah memasuki fasa-fasa terakhir sekarang ini. Banyak pihak yang mula membuat berbagai telahan berkenaan keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung kes itu nanti.

Rata-rata menjangkakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pasti akan berhadapan dengan laluan sukar untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang maha dasyat ini. Apatah lagi kini beliau cuba diperangkap dengan isu DNA untuk membuktikan kononnya dia adalah "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan itu.

Namun, apakah kesudahan kisah ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Malah, ada yang berangapan amatlah tidak wajar pihak mahkamah menggunakan kuasanya untuk memaksa Anwar memberikan DNA beliau, memandangkan DNA yang diambil ketika dalam kes liwat I dulu masih boleh digunakan jika mereka mahukannya. Soalnya, kenapa DNA "lama" tidak mahu dirujuk bagi membuktikan misteri ini?.

Sewajarnya mahkamah merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mahukan satu keadilan. Namun ini tidak berlaku, mereka seboleh-bolehnya mahukan juga DNA terbaru Anwar. Apakah ada muslihat disebalik desakan ini, kerana sebagai tertuduh Anwar ada hak untuk mempertahankan dirinya. Apa akan berlaku jika DNA tersebut dimanipulasi oleh pihak berkenaan untuk disamakan dengan DNA "lelaki Y" seperti yang dimaksudkan?. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sekarang. Memang mudah bagi para penyokong UMNO BN untuk mengadakan demonstrasi untuk desak Anwar serahkan DNAnya.

Takut Manipulasi Punca Anwar Enggan Beri DNA

Kononnya mantan TPM itu tidak berani memberikan DNA tersebut kerana tahu beliau memang bersalah. Namun mereka tidak pula terfikir bahawa keenganan itu dek kerana Anwar takut pihak berkenaan memerangkap beliau dalam kes ini.

Malah, Anwar sendiri pernah berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis. “DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar.

Sepatutnya perkara seperti ini diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya. Bukan dengan mengadakan demonstrasi bagi meraih sokongan sebilangan kecil rakyat agar mempercayai kes ini. Namun, seolah-olah ada percubaan oleh pihak berkenaan untuk memaksa rakyat supaya percaya bahawa Saiful Bukhari Azlan sememangnya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Justeru itulah, sokongan rakyat diperlukan tanpa berpandukan fakta sepatutnya.

Misteri Bermula Ketika Si Saiful Mengadu Ke HKL

Ini pula info terbaru dan panas yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana laman blog atau pun saksi-saksi kes liwat II di mahkamah. Ia berkaitan dengan perjalanan sebelum kes ini digemparkan oleh Saiful Bukhari dulu.

Mungkin versi ceritanya agak berbeza, namun ramai kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih mengetahui kebenarannya. Cuma mereka agak takut untuk bersuara lantaran tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan. Namun, atas dasar tidak mahu ada manusia dizalimi secara berterusan oleh pihak terbabit maka kami terpaksa membongkarkan apa yang berlaku biar pun cuba dinafikan.

Semasa memberitahu mahkamah pada 3 Feb 2010 dulu, Saiful ada mengatakan selepas penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, dia telah ke Hospital Kuala Lumpur dan membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki. Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel yang berada disitu terkejut. Ekoran pengakuan itu, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.

Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC. Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Saiful di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan. Anehnya dia sudah buat laporan ketika polis dan mengaku sudah ada saksi kesnya.

HKL Kecoh Gara-Gara Si Saiful Ada Wahyu TPM

Apa yang menggemparkan berlaku ketika Saiful tiba di kaunter wad pesakit luar HKL ketika itu?. Semua ini tidak didedahkan oleh saksi-saksi kes berkenaan sebenarnya. Namun, difahamkan ketika tiba di kaunter pertanyaan terbabit terdapat beberapa orang kakitangan HKL yang berada disitu. Mereka terkejut apabila Saiful mengaku diliwat dan menyatakan beliau diarahkan oleh Najib Razak (ketika itu TPM) supaya membuat laporan perubatan disitu.

Ketika ditanya apakah dia sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu, Saiful khabarnya mengaku laporan polis dan saksi-saksi semuanya sudah lengkap. Malah beliau dengan "berlagak" seolah-olah tidak "seperti mangsa liwat" berkali-kali mengatakan beliau datang ke situ atas arahan Najib. Akibat terkejut dengan pengakuan itu, kakitangan HKL yang berada disitu termasuk beberapa orang jururawat terpinga-pinga untuk mempercayai atau tidak. Kekecohan berlaku di HKL hingga menyebabkan Pengarah HKL sendiri, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (foto) terpaksa turun untuk meredakan keadaan pada malam tersebut. Masing-masing kecoh kerana terpaksa membuat pemeriksaan yang rapi terhadap "Saiful Bukhari" gara-gara beliau mendapat "wahyu" daripada TPM Najib Razak ketika itu.


HKL kecoh gara-gara Saiful kata ada wahyu Najib ketika buat laporan

Senario yang berlaku di HKL pada malam itu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan ramai kakitangannya. Malah mereka mula tertanya-tanya siapakah Saiful hingga boleh mendapat "wahyu Najib" gara-gara mengaku dirinya diliwat. Mereka juga terkejut apabila Saiful melangkaui prosiding laporan perubatan apabila mengaku beliau sudah lengkap segalanya termasuk laporan polis dan juga saksi-saksi kes berkenaan.

Maknanya disini, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan memang ada satu perancangan jahat untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat II ini sebenarnya. Rata-rata kakitangan HKL yang tahu akan hal ini hairan kerana Saiful tidak sedikit pun menggambarkan dirinya "mangsa liwat" ketika membuat laporan. Apa yang jelas mereka yakin dan pasti ini adalah satu konspirasi sebenarnya, makanya rakyat perlu bertahan untuk terima kenyataan memang ada benda yang tidak kena dalam kes liwat II ini./Pahang Daily

7 ulasan:

  1. terima kasih atas info yang menarik dan terperinci

    BalasPadam
  2. Dalam umno/BN pastinya ramai yang matang dan berpendidikan. Mereka tahu kenapa DSAI tidak berikan DNA iaitu nanti dimanipulasi.Perkara sebegini peringkat tadika pun boleh fikir. Bodoh sangatkah DSAI dan peguamnya sedangkan liwat 1 sudah menggambarkan segala-galanya. Orang Umno/BN tahu semua itu dan pasti mereka akan bertindak sedemikian sekiranya keadaan ini berlaku pada mereka. Tapi mereka sengaja merendahkan akal mereka daripada budak tadika malah beberapa ekor binatang lebih bijak daripada mereka

    BalasPadam
  3. SEMOGA AKAN DAPAT MERUNGKAI SEGALA KEMELUT YANG BERLAKU

    BalasPadam
  4. dari awal lagi aku dah pelik..dia ada bergambar dgn org kuat najib,alasan jumpa najib sbb pasal pinjaman pelajaran,siapa dia dpt jumpa najib?kami yg ada masalah ni pun tak dpt jumpa PM,dia dah la pembantu anuar..tau-tau dah kena liwat...dia ni ckp mcm ular...semua benda nak dipatuknya...jaja jubur semata2 nak selamatkan diri...cuba tanya dia...kenapa anuar nak liwat dia sekor aje..sedangkan byk lg yg lebih montok utk di sontot...bodohnya si saiful ni...aku kalau jumpa dia ludah aje kat muka dia...buat la jalan cerita yg bagus skit...ni awal2 lg dah tempang ceritanya...siapa la pengarah nya....david teo ke?..

    BalasPadam
  5. Betulke Bro...Pahang Daily Ni Mesti Kena Bagi Sapina,Beri Keterangan di Mahkamah.
    Sebodoh2 manusia,Mangsa jika dah buat laporan polis,untuk pemereksaan lanjut,mestilah mangsa
    dibawa olih Polis bukan pergi sendiri ke Hosp.
    Nama pun dah Say Fool,Carilah pelakon yg lain.

    Beranikah Nak Ke Mahakamah,Kalau Karpal Minta di Sapina,Nanti Minta Khidmat Nasihat Tun M.
    Minta Sediakan Soalan Dulu,sebelum ke Mkmh.

    BalasPadam
  6. Nasihat untuk Reformis,esok kalau nak gi berkumpul depan mahkamah,kalau takde kerja,
    jangan mandi pagi.Korang takde kerja nak buat,
    Polis ada kerja nak buat.

    BalasPadam
  7. sekarang macam2 yang kita dengar>> sebelah DSAI kata fitnah semata2... sebelah UMNO pula mereka kata ada bukti dan ternyata PAPAGOMO adalah benar.. orang munafik yang ada rekod jenayah pun UMNO leh percaya??

    BalasPadam