RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 22 Mac 2011

DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS

KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?

Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. “Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar,” katanya.

Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?

Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?

DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?

Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Datuk Temberang ni kurang pandai mereka cerita..sah2 menuntut ilmu sekerat jalan sbb otak ada ketumbuhan selulit...suruh amik jam tapi jumpa CD,bila dah jumpa dia bw blk rumah dulu utk tgk cd dan terlupa bg jam...sampai sekarang anuar lupa minta jam dia...sama mcm najib suruh naik harga minyak dan letak paras apung tapi bila dah jumpa rosmah lupa nak turun kan harga..sampai rakyat pun lupa nak suruh dia turun kan lepas harga minyak dunia turun...anuar dianiaya...kalau betul video tu dah tentu datuk temberang tu berani berdepan mcm si zul kulim yg buat muka selamba tuduh anuar dlm video tu...ni org yg jaja nama islam tapi tak amalkan islam...bodoh...aku nak zul minta maaf secara terbuka kalau betul video tu bkn anuar...aku nak tgk muka dia yg konon suci bersih tu asyik pandai suruh org bertaubat mcm dosa dia tak ada langsung padahal dosa fitnah membabi buta yg dia buat tak sedar ke....bodoh sekali lagi aku nak bagi kat dia dgn datuk temberang tu....

    BalasPadam
  2. Aku Pernah Menginap DiHotel 5 Bintang Juga. Suatu Peristiwa yg masihku ingat,Apabila dah Chek out,Aku Tertinggal Botol Susu Anak,Pihak Hotel dah Tak Bagi Aku Masuk Biliktu untuk cari botol susu anakku,Pekerja Hotel,House Keeping yg dirujuk olih Pengurusan Hotel buat semuatu,
    dah jumpa dia org serah dgn aku,Iklas aku bagi Tip RM10/= Kalau Aku Beli Botol Baru,Tak Sampai RM10/= Pandai dan Hebat Aku kan kan kan

    Datuk T Lagi Hebat,Senang2 Boleh Masuk Biliktu
    dan Geledah,Boleh Pula Potong Wayar CCTV,
    Ambil Camera Perakam Dlm Laci yg Terkunci,
    Pihak Hotel Biarkan saja,Security Guard Cuti Semua Kot masa tu...?

    BalasPadam
  3. hahahahaa...typical anwar, kalu datuk T serah kat polis, nanti anwar kata video tu da dimanipulate..

    cayalah datuk T, da dapat baca style anwar kaki betina and punkoq ni..

    BalasPadam
  4. cerita temberang... tak abih2 fitnah bosanla aku

    BalasPadam