RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 20 Mac 2011

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

| Mar 19, 2011

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini?

GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor./MerdekaReview

3 ulasan:

  1. aku cukup syok tengok keberanian faekah nie......
    mcm nie laa baru ada ummmmpphhh....
    selangor beruntung dpt orang mcm faekah ini...
    MB Khalid n PR....lepas ni boleh laa pikir kan kawasan yg sesuai untuk faekah kita nie bertanding di DUN selangor......
    boleh jugak bagi satu kerusi parlemen kat faekah kita nie.........biaq dia galaih dua-dua sekali....
    ada 'tokoh' dlm dirinya sekarang ini......

    jangan lupa tu.......

    BalasPadam
  2. Baru 35,000 Naskah je,Itupun 30,000 di Sarawak,
    Selangor baru 5,000 Naskah je. Mana Cukup untuk Melayu2 Yg Dah MURTAD di Semenanjung Berpuloh Ribu Kini Jumlahnya,Dia Org pun Nak Baca Juga Kitab Dia.Ulamak2 yg Makan Gaji dengan UMNO,Kecut T...r Nak Bersuara,nanti kena pecat,siapa nak bagi anak bini dia makan.

    Harakah Bolehlah Patuh "Hanya Untuk Ahli Pas"
    Sama2 kita tunggu keputusan Mahkamah,Dia Org Dah Nak Saman KDN,Menghina Agama Dia "Untuk Pengganut Kristian Sahaja"dan No.Siri.

    BalasPadam
  3. 'Beware the rise of 'new world order'...ramai jesuit knight di bawah arahan black pope vatican berkeliaran skg, diorg semua bergembira sebab taktik mempluralisme ciptaan mereka sudah mula meresap secara halus dan perlahan. Umnok jelas terang berkerjasama protokol zionis.

    Kita umat islam mempercayai 4 kitab, taurat,zabur,injil dan alquraan kerana itu adalah salah satu rukun iman. Jadi adakah negara kita mempunyai pakar2 di kalangan ilmuwan islam utk kaji tafsiran ayat 'bible' imported dari indon tu? kalao tiada mengapa b-end selaku gov pemerintah membuat keputusan terburu2 tanpa pengkajian terperinci? nak buat modal amik hati penganut kristian di sarawak?. Adakah buku bible tu benar2 kitab INJIL yang benar2 asli?. Kalau timbul keraguan elok diharamkan dan dilarang edar.

    Dari persatuan ulama hingga mufti2 di m'sia nie adakah mereka sendiri pakar2 yg di iktiraf dunia dlm tafsiran kitab taurat, zabur,injil?
    kalau buat sidang media semata2 nak jaga periuk nasi dgn kerajaan b-end baik letak jawatan sahaja, kami umat islam di malaysia malu dengan kelakuan anda yg tidak ada jati diri seorang muslim sejati. Sedangkan Al-quraan itu puak2 yahudi dan puak2 anti islam boleh cetak, edar dan ubah2 dlm kandungan secara halus dan berleluasa apatah lagi taurat,zabur dan injil yg tidak diketahui asli tulen atau tidak kandungannya.

    Jadi berhati2 lah saudara/saudari semua, ajaran ugama kita tidak memusuhi mana2 agama, mana yg tidak baik dan sesuai eloklah dibantah dan di jauhi... kalau kita tidak membela kesucian syiar islam abislah akhlak moral penduduk islam di m'sia. Sekarang sudah ada bala tuhan turunkan dari gempa bumi sebagainya, fikirkanlah.

    BalasPadam