RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 12 November 2011

CERAMAH UMUM DI KUANTAN MALAM INI - SAMM DAN MAP GEMPUR PAHANG

 

KEADILAN Pahang hari ini (12 Nov 11 - Sabtu) bersama anjuran Cabang Kuantan akan mengadakan dua program bermula pada sebelah petang sehingga ke tengah malam nanti. Kedua-dua program tersebut akan diadakan di Perkarangan Pejabat Keadilan Negeri Pahang, Jalan Baserah, Kuantan.


Apa yang menarik, program hari ini akan menampilkan dua pemimpin pertubuhan (NGO) yang turut bersama di dalam program ceramah yang akan bermula jam 09.00 malam ini. Dua pertubuhan tersebut adalah SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) dan MAP (Memacu Arus Perjuangan). SAMM diketuai oleh Penyelarasnya Sdr Badrulhisham Shahrin (Chegu Bard) manakala MAP oleh Presidennya Sdr Mustafa Kamil Ayub.
 

Program pertama, bermula jam 4.00 petang bertempat di Pejabat Keadilan Negeri akan diadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran MAP (Memacu Arus Perjuangan) Peringkat Negeri Pahang yang akan dilancarkan oleh Presiden MAP iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Majlis akan diadakan secara tertutup di dalam Bilik Mesyuarat Pejabat Keadilan Negeri yang hanya akan disertai oleh Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa MAP Pahang yang telah dilantik bersama ahli-ahli.

Program kedua, bermula jam 09.00 malam akan diadakan ceramah umum di Dataran Rakyat, Perkarangan Pejabat Keadilan Negeri Pahang. Penceramah-penceramah yang akan tampil pada malam ini adalah;

1. Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid - Pemangku Pengerusi MPN Pahang.

2. YB Fuziah Salleh - Ahli Parlimen Kuantan.

3. Sdr Mustafa Kamil Ayub - Presiden MAP

4. Sdr Badrulhisham Shahrin (Chegu Bard) - Penyelaras SAMM.

5. Sdr Andansura Rabu - Timb. YDP PAS Indera Mahkota.

6. Sdr Ahmad Jufliz Faiza - Peguam kes Allahyarham Baharudin ( BERSIH 2.0).

Difahamkan pada malam ini Chegu Bard bersama ahli-ahli SAMM akan mengedarkan risalah kepada para hadirin berkaitan Fitnah terhadap DS Anwar dan Cincin RM 24 Juta `Imelda Rosmah' yang hangat diperkatakan beserta penjualan buku-buku terbitan SAMM.

Di samping isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh setiap penceramah, penjelasan berkaitan isu Lynas juga akan disampaikan oleh YB Fuziah Salleh. Kesemua Ketua-Ketua Cabang serta rakan-rakan pimpinan dari Pakatan Rakyat dijemput hadir pada program malam ini.

Keadilan Pahang juga menjemput orang ramai untuk hadir pada program yang akan diadakan pada malam ini. Buat para peniaga kecil, ruang perniagaan akan disediakan dengan kadar bayaran RM10.00 bagi setiap peniaga. Mohon hebahkan maklumat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan