RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 11 November 2011

JAMIL KHIR TOLONG JAWAB UNTUK HAJI NAJIB PASAL TWITTER

Oleh:  WFAUZDIN NS


DI DALAM Twitter Haji Najib sewaktu di Mekah, beliau ada mencatatkan bahawa beliau dan isteri telah selesai menunaikan ibadah Haji.  Walhal pada waktu Twitter tersebut, masih ada Rukun Haji yang belum dilaksanakan, dengan itu membuatkan Mufti Perlis jadi `pening' dan terperanjat.

Isu ini menjadi bahan lawak jenaka di dalam Face Book dan blog.  Sekembalinya Haji Najib dari Mekah, beliau tidak menjawab isu ini.  Ini bukan tuduhan sesiapa, ini adalah catatan dari Haji Najib sendiri di dalam Twitter beliau.  Sewajarnya beliau boleh menjawab isu tersebut atau mengaku beliau tersilap mencatatkan selesai Haji.

Samada disuruh atau `tersuruh', mungkin juga sebagai bukti `kesetiaan' terhadap bos, maka yang menjadi tukang jawab Haji Najib adalah Jamil Khir.  Bekas Pengarah KAGAT yang kaki golf ini muncul menjawabnya.  Jamil Khir berkata, " Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.  "PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.  Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.  "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau (Malaysiakini).

Begitulah hebatnya Jamil Khir.  Beliau tahu bagaimana untuk melepaskan Haji Najib.  Hajah Rosmah selepas ini jangan khuatir jika ada yang menegur beliau yang menampakkan `jambul' rambut di depan selepas balik dari menunaikan Haji.  Jamil Khir tentu ada `dalil' lain untuk melepaskan Hajah Rosmah nanti.  Jadi, Jamil Khir boleh lah bersiap sedia untuk menjadi calon di dalam PRU akan datang. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Mana boleh Jamil kata selesai wukuf, sebab Najib sendiri yang tulis bahawa dia selesai haji. Mengaku jelah wahai Najib bahawa anda bodoh macam baghal dalam bab-bab agama ni, dan penasihat agama tahu adalah tahi baghal tu.

    Orang kalau lepas pergi haji, dia takkan hadir ke majlis-majlis maksiat... yang kau Najib ooooi yang bodoh macam baghal pi buat bacaan doa selamat di klang tu ape ke hal... dah buang tebiat? Kalau macam nilah, baik kau main dam aji je... boleh naik aji dan makan buah lawan banyak-banyak... ni pi perabih duit rakyat di sana.

    BalasPadam
  2. PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu. Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata Jamil Najib Khir....sebenarnya siapa yang tersilap faham???..

    BalasPadam