RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 9 November 2011

PUSAT JUDI DI NEGARA INI AKAN DITUTUP, JIKA....

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU `Seksualiti Merdeka' sudah pun selesai apabila pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan program tersebut diadakan di negara ini.  Tahniah kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan sedemikian. 


Walaupun isu ini sudah selesai beberapa hari yang lalu, namun pihak media pencacai yang masih kelaparan isu terus memainkan isu berkenaan, dan sasaran mereka bukan pihak Penganjur tetapi S.Ambiga.  Pemimpin-pemimpin Umno pun menjadi seperti kebodohan dengan meratib nama S.Ambiga saban waktu.  Hebat sungguh aura S.Ambiga, sedangkan beliau hanya tokoh NGO yang dijemput oleh Penganjur bagi merasmikan program yang kita pun tidak bersetuju itu.

Apabila pihak berkuasa mengarahkan program tersebut dibatalkan, pihak penganjur pun akur termasuk S.Ambiga, namun media tetap memainkan isu ini termasuk stesyen TV yang saban malam menyiarkan program maksiat untuk tontonan kita semua.  Semenjak bila stesyen TV ini peka dengan akidah?  

Ertinya, mereka menentang `Seksualiti Merdeka' bukan kerana agama, tetapi kerana di situ terlibatnya nama S. Ambiga, seorang tokoh yang berjaya `memeningkan' kepala pemimpin Umno, SPR serta JPN. BERSIH 2.0 benar-benar mengancam nyawa Umno sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Khas di Parlimen bagi membersihkan SPR.

Saya ingin bertanya, menentang `Seksualiti Merdeka' dengan menentang kewujudan Pusat Judi, apakah bezanya?  Sepatutnya tiada beza kerana judi juga haram di sisi Islam dan tidak dihalalkan juga oleh mana-mana agama.  Seperti juga gaya hidup Gay atau Lesbian, judi juga perosak tamaddun masyarakat semua bangsa dan agama.  Soalnya, mengapa tidak ditentang seperti mereka menentang `Seksualiti Merdeka'?  Di mana suara Muhyiddin selaku TPM di dalam isu judi ini?  Di mana suara garau Zul Kulim dan Ezam sesumpah?  Apa yang Ibrahim Ali mahu kata di dalam isu judi yang sama buruknya dengan isu `Seksualiti Merdeka' ini?

Jawapannya mudah.  Pertama Judi `dihalalkan' di dalam negara ini malahan Pusat Judi terbesar di Genting itu adalah `hadiah' paling berharga dari Umno buat tokeh Cina.  Saya tidak mahu sebut siapa yang menganugerahkan kawasan perjudian yang terbesar itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi yang telah tiada di dunia ini. 

Paling releven, judi tidak ditentang mungkin kerana bukan S.Ambiga yang menjadi pemegang sahamnya di situ.  Bayangkan jika sehari dua ini S.Ambiga membeli saham terbesar di Genting sekarang, rasa-rasanya akan berkumpullah para pencacai `pembela agama' ini mengarahkan Pusat Judi itu ditutup.  Maka, mereka akan berkata, lihatlah, Pembangkang bersekongkol dengan tokeh judi iaitu S. Ambiga.  Tetapi ini tidak berlaku kerana di Genting tiada S. Ambiga.  Siapa di sana yang mempunyai saham dari dahulu hingga kini? 

Jika mahu tahu, anda boleh tanya bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar atau Tengku Adnan Mansor, SU Agung Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu.  Jika anda semua mahu lihat Pusat Judi di Genting itu pupus, kita syorkan S.Ambiga membeli saham terbesar di situ.  Jika tidak percaya, kita boleh cuba./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. umno kerja dgn british dulu..itulah sumber pendapatan masa tu...

    BalasPadam
  2. silap2 haribulan pas akan kata judi halal plak..
    hehehehehahaha...

    BalasPadam
  3. Apakata dicadangkan PAS mengepalai demontrasi jalanan untuk penutupan pusat judi dan maksiat diseluruh Malaysia....kalau untuk Bersih 2.0 PAS boleh melakukannya, takkan yang ini tak boleh kot!!!

    BalasPadam
  4. N.ajis nak jawab apa depan Rasullah SAW dan Allah SWT nanti????saya takberkuasalah atau saya tak kuasa???November 5, 2011 8:59 AM Reply Pusat Pelacuran popular di SERAMBI MEKAH KOTEBARU Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???



    Video URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs


    Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...


    Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"
    Posted by Bro Jinggo at 2:00 PM
    Labels: Nik Aziz, PAS Kelantan, Pelacuran, Video Seks

    BalasPadam
  5. Sembang ja Hang nie Nam Ron,Kedah sampai lanie awat kedai judi tak tutup tutup.Rumah urut bertambah ,pusat nombor ekor haram berlambak.Unit Amal hang buat apa?melarang pun tidak malah dia beli nombor ada lagi.Babi sial punya keadilan dan PAS

    BalasPadam
  6. Kau nie juga spesis jolok belakang jugak kot.PAs dah halal kot,haprak punya melayu lah kau nie.

    BalasPadam
  7. Berubah dan bertaubatlah bro,belum terlambat lagi.berfikir dengan ketenangan dan kejiwaan jangan berfikir terlalu taksub dan penuh emosi,anwar kaya dah,mungkin kerana duit

    BalasPadam