ISU
 `Seksualiti Merdeka' sudah pun selesai apabila pihak berkuasa tidak 
membenarkan sebarang aktiviti berkaitan program tersebut diadakan di 
negara ini.  Tahniah kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan 
sedemikian.  
Walaupun
 isu ini sudah selesai beberapa hari yang lalu, namun pihak media 
pencacai yang masih kelaparan isu terus memainkan isu berkenaan, dan 
sasaran mereka bukan pihak Penganjur tetapi S.Ambiga.  Pemimpin-pemimpin
 Umno pun menjadi seperti kebodohan dengan meratib nama S.Ambiga saban 
waktu.  Hebat sungguh aura S.Ambiga, sedangkan beliau hanya tokoh NGO 
yang dijemput oleh Penganjur bagi merasmikan program yang kita pun tidak
 bersetuju itu.
Apabila
 pihak berkuasa mengarahkan program tersebut dibatalkan, pihak penganjur
 pun akur termasuk S.Ambiga, namun media tetap memainkan isu ini 
termasuk stesyen TV yang saban malam menyiarkan program maksiat untuk 
tontonan kita semua.  Semenjak bila stesyen TV ini peka dengan akidah?  
Ertinya,
 mereka menentang `Seksualiti Merdeka' bukan kerana agama, tetapi kerana
 di situ terlibatnya nama S. Ambiga, seorang tokoh yang berjaya 
`memeningkan' kepala pemimpin Umno, SPR serta JPN. BERSIH 2.0 
benar-benar mengancam nyawa Umno sehingga terpaksa diwujudkan 
Jawatankuasa Khas di Parlimen bagi membersihkan SPR.
Saya
 ingin bertanya, menentang `Seksualiti Merdeka' dengan menentang 
kewujudan Pusat Judi, apakah bezanya?  Sepatutnya tiada beza kerana judi
 juga haram di sisi Islam dan tidak dihalalkan juga oleh mana-mana 
agama.  Seperti juga gaya hidup Gay atau Lesbian, judi juga perosak 
tamaddun masyarakat semua bangsa dan agama.  Soalnya, mengapa tidak 
ditentang seperti mereka menentang `Seksualiti Merdeka'?  Di mana suara 
Muhyiddin selaku TPM di dalam isu judi ini?  Di mana suara garau Zul 
Kulim dan Ezam sesumpah?  Apa yang Ibrahim Ali mahu kata di dalam isu 
judi yang sama buruknya dengan isu `Seksualiti Merdeka' ini?
Jawapannya mudah.  Pertama Judi 
`dihalalkan' di dalam negara ini malahan Pusat Judi terbesar di Genting 
itu adalah `hadiah' paling berharga dari Umno buat tokeh Cina.  Saya 
tidak mahu sebut siapa yang menganugerahkan kawasan perjudian yang 
terbesar itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi yang telah
 tiada di dunia ini.  
Paling releven, judi tidak ditentang
 mungkin kerana bukan S.Ambiga yang menjadi pemegang sahamnya di situ.  
Bayangkan jika sehari dua ini S.Ambiga membeli saham terbesar di Genting
 sekarang, rasa-rasanya akan berkumpullah para pencacai `pembela agama' 
ini mengarahkan Pusat Judi itu ditutup.  Maka, mereka akan berkata, 
lihatlah, Pembangkang bersekongkol dengan tokeh judi iaitu S. Ambiga.  
Tetapi ini tidak berlaku kerana di Genting tiada S. Ambiga.  Siapa di 
sana yang mempunyai saham dari dahulu hingga kini?  
Jika mahu tahu, anda boleh tanya 
bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar atau Tengku Adnan Mansor, SU 
Agung Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu.  Jika anda semua mahu lihat 
Pusat Judi di Genting itu pupus, kita syorkan S.Ambiga membeli saham 
terbesar di situ.  Jika tidak percaya, kita boleh cuba./wfauzdin.blogspot.com
 

 
 
 
 

 



umno kerja dgn british dulu..itulah sumber pendapatan masa tu...
BalasPadamsilap2 haribulan pas akan kata judi halal plak..
BalasPadamhehehehehahaha...
Apakata dicadangkan PAS mengepalai demontrasi jalanan untuk penutupan pusat judi dan maksiat diseluruh Malaysia....kalau untuk Bersih 2.0 PAS boleh melakukannya, takkan yang ini tak boleh kot!!!
BalasPadamN.ajis nak jawab apa depan Rasullah SAW dan Allah SWT nanti????saya takberkuasalah atau saya tak kuasa???November 5, 2011 8:59 AM Reply Pusat Pelacuran popular di SERAMBI MEKAH KOTEBARU Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???
BalasPadamVideo URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs
Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...
Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"
Posted by Bro Jinggo at 2:00 PM
Labels: Nik Aziz, PAS Kelantan, Pelacuran, Video Seks
Sembang ja Hang nie Nam Ron,Kedah sampai lanie awat kedai judi tak tutup tutup.Rumah urut bertambah ,pusat nombor ekor haram berlambak.Unit Amal hang buat apa?melarang pun tidak malah dia beli nombor ada lagi.Babi sial punya keadilan dan PAS
BalasPadamKau nie juga spesis jolok belakang jugak kot.PAs dah halal kot,haprak punya melayu lah kau nie.
BalasPadamBerubah dan bertaubatlah bro,belum terlambat lagi.berfikir dengan ketenangan dan kejiwaan jangan berfikir terlalu taksub dan penuh emosi,anwar kaya dah,mungkin kerana duit
BalasPadam